kepada korang-korang yang belum baca kisah aku sebelum masuknya ke stage labour room ni, silalah baca pengalaman sakit perut sebelum bersalin...
sebelum sampai ke labour room, aku cuma rasa katil aku kena tolak je... then berhenti, nurse minta aku pindah ke katil dalam labour room... macam-macam bunyi la yang datang... dengar orang meneran kat bilik sebelah... tambah dengan nurse tengah siapkan peralatan yang patut... mulut aku tak habis-habis tanya mana hubby aku dekat nurse yang ada... katanya ada dekat luar, nanti bila aku dah nak bersalin dorang akan panggil... tapi aku memang dah nak bersalin rasanya, apalah salah panggil je terus...
dengar doc tanya soalan macam-macam kat aku... blur-blur nak menjawab dengan aku tengah sakit tu... ak patut betul dorang ni menanya soalan dalam keadaan pesakit dah nak bersalin kot... macamlah tak ada rekod yang dorang boleh refer, padahal soalan-soalan tu dah ditanya kat aku sebelum ni... bila dah habis kecoh-kecoh dorang buat kerja, eh tetiba senyap... aku tengok dorang macam relax je... tunggu apa lagi wahai nurse dan doc, bukan korang bawa aku ke labour room untuk bersalin ke?
then aku bagitau la dorang yang aku dah tak tahan, rasa nak teran sangat-sangat dah... bila dorang check dengarlah dorang cakap macam dah nampak rambut baby je ni... ha? kelam-kabut dorang pergi panggil doc yang pergi sambut kelahiran kat bilik lain... then nurse tu masuk ngan seorang sister, katanya doc kat bilik lain dulu... sister tu yang akan sambut katanya... aku tak kesah doc or sister, bagi aku lebih baik sister yang ada pengalaman dari doc baru yang baru nak berpengalaman...
dorang ada bagi instruction cara-cara nak teran, tapi macam dengar tak dengar... aku cuma ingat apa yang nenek aku ajar je... so itu la yang aku buat... bila contraction datang, tarik nafas dan teran, kepala angkat dan rapatkan ke arah perut masa meneran, jangan angkat punggung, tangan kekal pegang buku lali kaki... sekali teran dengar sister cakap dah nampak kepala baby... time tu juga my hubby masuk dan dia pergi ke tepi katil untuk bagi semangat... tapi tak hirau dah kat dia time tu, fokus aku nak keluarkan baby je cepat-cepat...
2 kali teran yang next tu baru keluar semuanya... time tu rasa macam satu perasaan lega yang amat sangat... tak termampu ucap apa-apa... nampak my hubby cakap "dah kuar baby kita yang..." tengok jam pukul 12.50 pagi... 6/3/2014...
dengar suara baby menangis... nurse datang tanya jantina baby apa, aku cakap perempuan... then lepas tu sister datang letakkan baby atas dada... rasa nak menangis pegang my baby time tu... terasa indah sangat moment tu... aku akan ingat sampai bila-bila... next baby pun aku nak moment yang tu datang camtu juga... lepas tu nurse ambil semula untuk cucikan baby dan buat apa yang patut sementara aku menjalani proses mengeluarkan uri, dijahit dan ditukarkan baju yang bersih... my hubby kena keluar semula tunggu kat luar, nanti nurse panggil untuk ambil uri je nanti...oh ye, dapat minum air milo secawan rasa macam dah lama gler tak minum air... thanks nurse tolong buatkan air...
bila uri dah selesai dikeluarkan, masa untuk dijahit pun tiba...tengah dijahit tu baby pun dibawa masuk untuk disusukan tapi dek aku belum siap dijahit, aku cuma dapat tengok jela dan pegang jari-jari halus my baby... kesian dia menangis nak susu... bila dah siap dan nurse keluar untuk bagi masa untuk aku berdua je dengan baby, baby merajuk la pula... dia taknak susu... so aku peluk jela dia yang tengah tidur tu... my hubby pun dapat masuk sekejap je untuk ambil uri, dah kena balik... tak boleh tunggu dah nurse cakap... kena datang esok la pula time waktu melawat...
sejam lepas tu, aku dibawa ke wad... bermulalah kisah aku sebagai seorang ummi malam tu walaupun badan masih sakit-sakit... ikutkan badan memang tak larat serba-serbi time tu tapi tengok ibu-ibu lain yang semacam aku juga menahan sakit but still kuat nak uruskan anak yang menangis malam-malam, aku pun dapat semangat tu juga...
Pssttt: as a woman, me must proud! HAHAHA!
Showing posts with label bersalin. Show all posts

Tuesday, May 6, 2014
Pengalaman semasa bersalin...
Label
2014,
aku,
anakku dhia,
baby,
bersalin,
contraction,
family,
hati dan perasaan,
kesihatan
Pengalaman sakit perut sebelum bersalin...
HUHU... tahuk entri tak boleh blah rasanya... pengalaman sakit perut sebelum bersalin tu ha...HAHA! semua orang pun pernah sakit perut apa... sakit perut sebab salah makan, gastrik, macam-macam lagi la... lelaki ke perempuan, dua-dua dapat rasa... tapi hanya perempuan yang merasa sakit perut nak bersalin tau... tak tergambar dek lelaki even dorang bayang camne sekalipun...
orang kata sakit perut nak beranak ni start dari sakit perut main-main tu dulu ha... oleh sebab pengalaman pertama nak melahirkan anak, aku memang tak tahu sakit perut yang setiap kali aku rasa tu yang main-main ke betul-betul ke... aku anggap semuanya betul-betul sampailah rasa sakit yang betul-betul sakit contraction tu datang, baru la aku dapat bezakan dah yang mana betul, yang mana kurang betul... main-main dari baby dalam perut... KIKIKI...
so nak dijadikan cerita, sakit perut yang kejap datang kejap pergi terjadi sejak pertengahan bulan 2 lagi... tapi jadi makin kerapnya bila masuk bulan 3... kalau ikut rekod, 28/2/2014 aku dah dapat mc sebab perut aku sakit semacam... kepala pun sakit... cirit-birit lagi ha... tak berani pergi kerja... bila check dengan doc panel, doc suruh rehat kat rumah sebab katanya dah nak dekat bersalin dah ni...
1/3/2014
makin menjadi-jadi sakit perut aku... baring tak kena, bangun tak kena... semua la jadi tak kena... HIHI... time tu cakap dengan baby keluarlah kalau nak keluar tu... senang tak sakit perut masa kat office sebab 1hb dan 2hb jatuh pada weekend... tapi tak mahunya juga... sabar lagi...
3/3/2014
tak ingat pula sebab baby kurang gerak or sebab rasa sakit perut, aku pergi ke hospital untuk check... pergi tengahari, petang sangat dah baru dapat balik... time ni kena VE dah... bila balik ada brownish discharge with lendir camtu keluar... eh, dah keluar tanda... :)
4/3/2014
pagi-pagi datang lagi ke hospital... kena tahan sekejap untuk buat ctg dan buat ve sekali lagi... doc cakap dah ada bukaan 1cm camtu, so depends pada aku nak duduk hospital or balik rumah dulu... aku pilih untuk balik rumah sebab mama cakap lambat lagi tu nak keluar kalau baru 1cm bukaannya...
5/3/2014
balik dari hospital tu cuba berehat dan kumpul kekuatan mental sebab rasa macam seram nak bersalin... HEHE... tak dapat nak tidur lena dah malam tu sebab serba-serbi rasa tak kena posisi nak tidur... susah nak bernafas semua ada time tu... tengah duk melayan perasaan dengan sembang-sembang with my hubby sambil baring-baring tu, rasa basah-basah la pula... dalam kepala ni, aku terkencing ke? memang akhir-akhir pregnant tu dah macam tak larat nak ulang-alik pergi toilet malam-malam, so stay je atas katil...
tapi makin lama makin basah kain batik yang aku pakai... boleh pula aku tanya my hubby air ketuban ke? macam la dia tahu... my hubby suruh aku bangun, kalau air makin banyak keluar betul la kot katanya... so aku bangun la berdiri tepi katil... mak aihhh!!! laju meleleh-leleh air keluar... aku cakap betul la ni... tak ada bau apa-apa, jernih... memang terus melompat my hubby dari katil suruh aku bersiap nak pergi hospital... tapi relax je aku menjawab sabarlah... nak pergi mandi dulu... tak dibaginya aku mandi kata nanti tak sempat camne? nak tergelak rasa time tu... aku cakap lambat lagi la keluarnya, sempat nak mandi makan makan makan dan makan lagi ni... kecoh dia pergi ketuk rumah mama bagitau pasal air ketuban pecah pagi-pagi buta camtu...
lepas mandi bersiap barang-barang yang patut, dalam pukul 6 pagi camtu kitorang gerak pergi hospital... bila nurse tanya masa daftar bila air ketuban start pecah, aku cakap je dalam pukul 5 pagi camtu la rasanya, tak ingat nak tengok jam time tu... so nurse bagitau kena admit dan tak boleh balik rumah dah sebab ketuban dah pecah, kena monitor kat hospital sampai bersalin... dipesannya kat aku untuk check selalu air ketuban tu ada bertukar ke kuning or tak... dan kalau dah bertukar ke hijau bagitau segera... tu tandanya baby dah berak katanya... ok nurse, saya faham...
tunggu punya tunggu taknak beranak la juga... bukaan pun dah jadi 2cm, doktor cakap bila dah 3cm dorang akan masukkan aku dalam labour room tapi dek labour room asyik penuh je kan, so tak jadi... then doc cakap nak masukkan aku dalam wad dulu untuk induce sebab dah pecah air ketuban beberapa jam dah tapi bukaan still sikit... tapi tunggu punya tunggu tak ada juga dipanggilnya aku untuk masuk wad... aku ni beriya la ulang-alik berjalan keluar jumpa my hubby dan mama kat luar... setiap 4 jam nurse akan panggil untuk buat ve dan ctg lagi... bila bukaan dah masuk 4cm, sakit perut makin menjadi-jadi... mama ada tanya samada air ketuban aku bercampur dengan darah or tak... aku cakap aah, keluar sekali dengan darah dah... katanya tu ketuban darah dah panggilnya, memang sakit kalau jadi camtu... huuu...
dari berselera nak makan sampai dah tak boleh nak telan apa-apa dah rasanya... minum air pun paksa-paksa... tak ingat pukul berapa start sakit rasa tak boleh nak berdiri... masa tu jumpa mama kat luar wad bersalin... punya tak tahan nak duduk or berdiri, aku baring kat lantai... dah tak heran orang tengok ke apa, air mata tak payah cakap la meleleh-leleh tu... time tu la aku start merasa contraction yang kerap gler-gler rasanya... baru nak tarik nafas, dah datang semula contraction... mama terus panggil nurse supaya bawa aku masuk...
bila dah masuk dalam terus dorang suruh baring je... tak tahu jam pukul berapa, berapa jam aku sakit camtu pun tak tahu la... dari cuba tenang menahan sakit contraction sampai dah mengerang setiap kali contraction datang... rasa nak membuang tang tang tu juga... minta pergi toilet nurse tak bagi... bila aku suruh check bukaan katanya tak boleh kerap check risau infection katanya... aku ni punyalah merintih cakap dah tak tahan macam benda nak keluar tang-tang tu juga bila contraction datang, dorang boleh dengan yakin cakap still4 cm tu puan... belum masa lagi... rasa nak mati... nak cakap banyak-banyak pun dah tak larat... dorang macam peduli tak peduli pun ada sebab ramai lagi pesakit nak kena dorang jaga kan... sedih...
mama setiap 5 minit rasanya call aku, aku menangis... mama menangis... mama pesan time contraction datang tu teran sikit, bagi lagi cepat bukaan... itulah yang aku buat pun sampai rasa macam ada benda nak keluar sangat-sangat dah... aku minta my hubby untuk pergi bagitau doc yang aku nak czer tang tu juga... tak tahan sakit sangat-sangat dah... sister datang cakap tak boleh... aku minta untuk dorang buat ve sekali lagi... dorang cakap buat ctg dulu, baru buat ve... sambil dorang pasangkan alat ctg tu, air mata memang dah meleleh segenap muka dah rasanya ha... mata memang tak boleh buka, rasa berpinar-pinar... then terdengar nurse-nurse bercakap...
tingginya contraction ni...
puan rasa camne sekarang?
kita check bukaan ye...
dah 8cm, jom tolak masuk labour room...
rasa nak menangis sebab nurse-nurse tak percaya cakap aku... mentang-mentang baru first time nak beranak kan... bajet lambat lagi la semuanya... aku ni dah separuh mati menahan contraction saja, belum masuk bab nak bersalin kat dalam labour room lagi...
Pssttt: dah panjang la pula entri ni, next entri la aku ceritakan pengalaman dalam labour room... ok korang?

Subscribe to:
Posts (Atom)