Thursday, April 28, 2011

Dah Setahun Umurnya...


hehe... selamat hari lahir adikku, noor alya shahira...




dah setahun umur adik aku ni... seronoknya jadi anak bongsu kan? jelesnya...

umur baru setahun tapi dapat dua kek hari jadi... satu daripada my abah, and satu lagi daripada epan...

aku? aku just beli hadiah je untuk adik aku tu... sebuah basikal beroda tiga yang tak mahal tu je... sama juga dengan ayuni, dia hadiahkan 2 helai baju untuk alya...









Pssttt: balik kerja baru terkejar2 beli kek... abah pula boleh terlupa nak ambil kek doraemon sebab katanya tiba2 je gi tunjuk kat orang kedai kek berwarna oren tu... hahaha... abah, birthday abah dah lepas, next year k...



Saturday, April 23, 2011

Syabas Streamyx!


hehehe... sekarang aku dah tak pakai broadband... walaupun sebenarnya broadband aku belum pergi terminate agi kan... sekarang aku pakai streamyx... aku tukar ni pun disebabkan aku and adik2 selalu bergaduh setiap kali nak online... yang tu nak pakai, yang ni nak pakai juga... and semuanya berebut broadband yang satu ketul tu je...

rabu lepas aku ke tm dekat area sungai buloh ni... oh ye. time tu aku mc... aku singgah sebentar masa nak ambil adik aku dari sekolah... dah alang2 aku ke sana, terus la daftar... nak tunggu hari lain tak buka la pula tm tu... akak tm tu kata dalam tempoh seminggu dorang akan pasangkan line telefon dulu... then kalau tak ada masalah, baru orang tm akan datang pasangkan streamyx pula...

then keesokan harinya, ada someone call masa aku kat office... aku tak gemar sangat menerima panggilan yang tak dikenali semasa office hour... rupa2nya orang tm... dorang nak datang rumah pasang line telefon... aku kata ok je sebab my mama kan ada kat rumah... bila balik dari kerja, aku tengok kat rumah aku dah ada telefon berwarna oren pekat... hahaha!!!

petang tadi pula, tengah aku duk busy kat dapur, adik aku si ayuni kata ada someone calling me... oh, sekali lagi orang tm... katanya dia berada kat area damansara damai and tanya aku kalau aku senang untuk dia datang setup streamyx... katanya lagi kalau tak senang hari ni boleh esok je... tapi dah alang2 dia dah dekat kan, buat apa tangguh2 sampai esok pula...

result nya ialah aku dah dapat rasmikan wifi kat rumah aku ni pada malam ni... kat lappy adik aku dah cuba, kat phone pun dah cuba... (^_^)





Pssttt: esok celcom buka tak? aku nak gi terminate broadband la... hahaha...

Tuesday, April 19, 2011

Riyu @ Saba'

actually aku tak tahu plan sebenar dorang tapi aku on je... yang aku tahu kononnya 'berbuka puasa' di restoran saba' di cyberjaya... aku memang tak pernah jejak kaki ke sana tapi berani2 ye nak gi sorang kan? huh! sebab nak kurangkan rasa risau my mama kalau aku pergi sorang, aku kenalah ada teman... isyad... huhu, isyad on je sebab itu pun member2 dia gak, so no problem la kan? ima tak dapat join sebab macam biasa dia pekerja yang rajin, stay back dekat office lama2 sikit... ngeee... aku plak yang terasa macam pemalas, 5.30 tepat aku dah cabut dari office semalam... selalu lambat2 sikit, nak dekat pukul 6 baru aku keluar dari office... tapi tu pun kadang2, maybe minggu ni and minggu depan aku kena stay back untuk tempoh yang agak lama sikit untuk siapkan kerja2 aku...




"hehehe...
thanks isyad sebab temankan aku...
sorry sangat2 susahkan kau balik2 kerja dah kena follow aku plak...
thanks to 'cik nor' kau gak sebab pinjamkan pakwe dia sekejap...
hahaha!"


aku sampai kat sana dekat pukul 8 malam dah... thanks to miss gps sebab kalau xde dia confirm kami sesat... yelah kan, first time aku gi sana... dah tu malam pula... sebelum sampai ke sana, kami dah berhenti sekejap kat petronas puchong untuk beli air sebab aku kena berbuka puasa... tak elok lambat2 kan berbuka... hehe...

poyo je tikah sembang lebat2 dalam fb cakap kat kitorang jangan bagi dia tunggu lama2 dekat sana sorang2... mentang2 duk area putrajaya je kan... padahal kami yang sampai dulu... su memang akan sampai lambat sebab dia kena jemput member2 kat ukm tu dulu... hihi, si nedy sesat dalam gelap... ingat jalan malam dengan siang sama ke? berbeza tau... nasib tak kena culik dengan bunian sebab drive sorang2...

yang ada malam tadi ialah aku, su, nedy, tikah, odah, kak nad, masyi, kak nana and of course the only kumbang yang ada, isyad... thanks cause invite me untuk join riyu ni... dapatlah merasa nasi arab cyberjaya gitu... *wink*




heee...
berpuas hati dengan rm17 untuk satu pinggan nasi ni yang boleh dimakan dua orang...
and of course aku tapaukan untuk my mama satu...
oh ye, nasi ni ada sos tersendiri...
thumbs up!




Noor Sahedah@odah and Noor Shahida@shishi




Nadiah@kak nad and Azlina@kak nana




Masyitah@masyi and Nadia@nene




Suhaina@susu and Atikah@tikoh





Pssttt: lain kali please jangan pilih weekdays untuk riyu ok? hehe...


Sunday, April 17, 2011

Teruja...

Pg tadi aku baru perasan sesuatu... And aku amat teruja melihat tu... Sangat happy walaupun sekadar 'like'...

Thank you...
Published with Blogger-droid v1.6.8

Thursday, April 14, 2011

Tayar Buncit?

hehehe... hobi aku bila ke 'boring' an buat kerja di office... menyalahgunakan authorization yang aku ada... skodenggggg...



lateness sebab tayar buncit?






Pssttt: hahaha!!!

Monday, April 11, 2011

Bersama Family Ke Genting...


weekend yang memenatkan...

semalam aku bawa my family pergi genting... saja berjalan2... semua join kecuali epan dan abah... alasan epan sebab nak kuar dating... yang abah pula sebab kerja... huh!

kitorang ambil pakej outdoor sebab xde pakej indoor yang disediakan... hahaha... rm47 per person... adult 5 orang and 2 orang kanak2... tapi harga pakej tu sama je bagi kedua2nya... ingatkan kanak2 dapatlah separuh harga ke... hiks!






bas kitorang pukul 9 pagi and baliknya pula pukul 6 petang... pukul 8 kitorang dah gerak dari rumah.. takpe awal asalkan tak tertinggal bas... ye x? tepat pukul 9 pagi bas kitorang pun bergeraklah...

kitorang sampai dekat hentian genting skyway after +-45 minit kemudiannya... and kami terus bersarapan... breakfast sahaja dah rm41... plus beli makanan2 ringan untuk adik2 aku tu, semuanya hampir rm100 kot...

pukul berapa kami naik gondola tu aku tak ingat tapi sampai ke atas dalam masa 15 minit lepas tu... seronok layan muka cuak dorang... gayat tapi beberapa minit kemudiannya ok la... hahaha! sampai je kat atas, dah sedia photographer yang tukang snap gambar tu... mula2 aku buat tak tahu je tapi sebab mama macam excited je tengok gambar tu, aku pun bayarkan jela... rm35 untuk sekeping gambar berukuran berapa kali berapa tu kan... 2 keping totalnya? xpe, asakan mama happy...

oleh sebab niat ke genting untuk bawa adik2 aku bersuka-sukaan sahaja, so tempat2 yang dituju lebih pada sesuai untuk kanak2... plan memang la nak belikan tiket indoor untuk ada dengan boboy sebab cuaca kat atas tu kejap2 hujan... pastu berhenti... tapi rasanya macam membazir pula sebab masa bukannya lama sangat untuk bermain... lagipun aku tengok muka dorang dah cukup happy dapat main permainan dalam kawasan outdoor tu...

sebelum sambung bermain, aku ajak dorang pergi makan dulu... baru la tak buat perangai... huhu...

pukul 5 petang gitu kitorang dah bergerak untuk turun ke bawah semula... tambah tolak berbaris tunggu giliran untuk naik gondola, lagi 15 minit gitu kitorang sampai ke bawah sebelum tepat pukul 6 petang... alhamdulillah, tak tertinggal bas... kalau tertinggal dah jadi satu masalah pula nak beli tiket lain... itupun dalam bas kitorang ada 2 orang penumpang yang dah tertinggal bas sebelumnya... and satu seat kitorang diberi percuma kepada dia tanpa bayaran! konduktor bas tu punya pasal la duk merayu kat aku suruh bagi seat tu walaupun aku dah cakap tak boleh sebab si ada tu confirm akan tertidur punya... dah tu si minah yang menumpang tu tak pula ucapkan terima kasih! damn3... kesian adik aku ketiduran atas riba jek sementara tunggu sampai ke hentian ou tu... benci orang camtu!

oleh sebab kepenatan sangat, aku tidur awal malam tadi... ^_^





Pssttt: lenguh badan melayan adik2 kecil ni...

Dia, Good Luck Exam!


hari ni dah hari isnin... aku tak sure bila tarikhnya tapi tengok pada status kat fb, macam hari ni la harinya... nak update ni malam tadi tapi aku tertidur awal sangat sebab kepenatan yang teramat...



"dia, good luck untuk exam last ni... tidur awal... bangun awal... supaya semuanya tak kelam-kabut... jangan tension2 sebab org tau dia boleh jawab dengan baik... org doakan yang terbaik utk dia..."





Pssttt: usaha, doa, tawakkal...

Saturday, April 9, 2011

Melepak Lagi... Haha...

Malam tadi aku telah melepakkan diri bersama my friends... Maran, isyad, ima and rozek...

Kitorang lepak dekat kedai makan di area damansara damai, kira port biasa untuk melepak... Bukannya sebab makanan kat situ sedap mana pun... Hehe...

Actually kat area tu ada jual nasi kukus.... Dah semakin maju perniagaan akak tu... Masa aku latihan industri tahun 2009 yang lepas, akak tu hanya guna meja and payung je... Ni dah berubah, pakai lori untuk berniaga tu dah... Nampak sangat la bisnes maju yek? Tahniah...

Tapi malam tadi xdela aku makan nasi kukus sebab dah makan kat rumah... Tapi sebab maran segan nak makan sorang2, aku dengan ima order la something dari kedai tu... Kang mengata pula orang kedai tengok kami order air jek tapi lepaknya bukan main lama lagi... Hahaha...

Macam2 yang disembangkan, sampai pukul 1.30 pagi kot... Heee... Nasib dah minta kebenaran dengan mama untuk bermalam di rumah maran... Kesiannya nak biar dia balik ke rumah lewat2 pagi... Ima pun balik lagi awal sebab stay rumah family kan... Kalau aku tak temankan maran, confirm aku kena balik lagi awal dari ima... Huuu...

Rasanya dekat pukul 3 baru kitorang tidur... And sekarang aku dah berada di rumah aku semula... Maran dah bergerak balik ke rumahnya di maran... Hati2 ye maran drive tu...





Pssttt: hari ni ada misi nak kena buat... Malas pula rasa... Erk!
Published with Blogger-droid v1.6.8

Monday, April 4, 2011

Babe, Dah Sampai...


hahaha... thanks to my friend, amal yang semakin maju menulis novel... hehe... sebagai member, aku just boleh support kebolehan member aku ni... camne? dengan membeli novel terbitan sendirian berhad dia...

hari jumaat lepas aku dah bank in duit untuk novel2 and cerpen2 ke apa entah lagi, belum sempat usya... and hari ni bungkusan tu dah sampai...

tengahari tadi ada someone call, ooo... posmen rupanya... tanya ada orang kat rumah tak? sebab ada bungkusan yang hendak dihantar ke depan muka pintu katanya... hahaha... then balik kerja petang tadi, nampak bungkusan berwarna putih di atas meja kerja aka study ku...

"oh ye amal, kau memang tak tahu nama betul aku or memang saja tulis nama panggilan aku camtu kat bungkusan tu?"

korang nak tahu, siap ada pesanan lagi diselitkan kat bungkusan tu... wow! haha...



masa upload gambar ni melintang...
dah siap upload menegak pula?
pelik aku...




tadaaa...



4 buah buku dengan harga hanya RM_ . 00 sahaja...






shida: "babe, dah sampai novel ko tu... :)"
amal: "hehe. ok cool.selamat membaca. :p"





Pssttt: mencari masa untuk membaca hasil kerja kawanku ini...