Saturday, April 23, 2011

Syabas Streamyx!


hehehe... sekarang aku dah tak pakai broadband... walaupun sebenarnya broadband aku belum pergi terminate agi kan... sekarang aku pakai streamyx... aku tukar ni pun disebabkan aku and adik2 selalu bergaduh setiap kali nak online... yang tu nak pakai, yang ni nak pakai juga... and semuanya berebut broadband yang satu ketul tu je...

rabu lepas aku ke tm dekat area sungai buloh ni... oh ye. time tu aku mc... aku singgah sebentar masa nak ambil adik aku dari sekolah... dah alang2 aku ke sana, terus la daftar... nak tunggu hari lain tak buka la pula tm tu... akak tm tu kata dalam tempoh seminggu dorang akan pasangkan line telefon dulu... then kalau tak ada masalah, baru orang tm akan datang pasangkan streamyx pula...

then keesokan harinya, ada someone call masa aku kat office... aku tak gemar sangat menerima panggilan yang tak dikenali semasa office hour... rupa2nya orang tm... dorang nak datang rumah pasang line telefon... aku kata ok je sebab my mama kan ada kat rumah... bila balik dari kerja, aku tengok kat rumah aku dah ada telefon berwarna oren pekat... hahaha!!!

petang tadi pula, tengah aku duk busy kat dapur, adik aku si ayuni kata ada someone calling me... oh, sekali lagi orang tm... katanya dia berada kat area damansara damai and tanya aku kalau aku senang untuk dia datang setup streamyx... katanya lagi kalau tak senang hari ni boleh esok je... tapi dah alang2 dia dah dekat kan, buat apa tangguh2 sampai esok pula...

result nya ialah aku dah dapat rasmikan wifi kat rumah aku ni pada malam ni... kat lappy adik aku dah cuba, kat phone pun dah cuba... (^_^)





Pssttt: esok celcom buka tak? aku nak gi terminate broadband la... hahaha...

No comments: