semalam aku bawa my family pergi genting... saja berjalan2... semua join kecuali epan dan abah... alasan epan sebab nak kuar dating... yang abah pula sebab kerja... huh!
kitorang ambil pakej outdoor sebab xde pakej indoor yang disediakan... hahaha... rm47 per person... adult 5 orang and 2 orang kanak2... tapi harga pakej tu sama je bagi kedua2nya... ingatkan kanak2 dapatlah separuh harga ke... hiks!
bas kitorang pukul 9 pagi and baliknya pula pukul 6 petang... pukul 8 kitorang dah gerak dari rumah.. takpe awal asalkan tak tertinggal bas... ye x? tepat pukul 9 pagi bas kitorang pun bergeraklah...
kitorang sampai dekat hentian genting skyway after +-45 minit kemudiannya... and kami terus bersarapan... breakfast sahaja dah rm41... plus beli makanan2 ringan untuk adik2 aku tu, semuanya hampir rm100 kot...
pukul berapa kami naik gondola tu aku tak ingat tapi sampai ke atas dalam masa 15 minit lepas tu... seronok layan muka cuak dorang... gayat tapi beberapa minit kemudiannya ok la... hahaha! sampai je kat atas, dah sedia photographer yang tukang snap gambar tu... mula2 aku buat tak tahu je tapi sebab mama macam excited je tengok gambar tu, aku pun bayarkan jela... rm35 untuk sekeping gambar berukuran berapa kali berapa tu kan... 2 keping totalnya? xpe, asakan mama happy...
oleh sebab niat ke genting untuk bawa adik2 aku bersuka-sukaan sahaja, so tempat2 yang dituju lebih pada sesuai untuk kanak2... plan memang la nak belikan tiket indoor untuk ada dengan boboy sebab cuaca kat atas tu kejap2 hujan... pastu berhenti... tapi rasanya macam membazir pula sebab masa bukannya lama sangat untuk bermain... lagipun aku tengok muka dorang dah cukup happy dapat main permainan dalam kawasan outdoor tu...
sebelum sambung bermain, aku ajak dorang pergi makan dulu... baru la tak buat perangai... huhu...
pukul 5 petang gitu kitorang dah bergerak untuk turun ke bawah semula... tambah tolak berbaris tunggu giliran untuk naik gondola, lagi 15 minit gitu kitorang sampai ke bawah sebelum tepat pukul 6 petang... alhamdulillah, tak tertinggal bas... kalau tertinggal dah jadi satu masalah pula nak beli tiket lain... itupun dalam bas kitorang ada 2 orang penumpang yang dah tertinggal bas sebelumnya... and satu seat kitorang diberi percuma kepada dia tanpa bayaran! konduktor bas tu punya pasal la duk merayu kat aku suruh bagi seat tu walaupun aku dah cakap tak boleh sebab si ada tu confirm akan tertidur punya... dah tu si minah yang menumpang tu tak pula ucapkan terima kasih! damn3... kesian adik aku ketiduran atas riba jek sementara tunggu sampai ke hentian ou tu... benci orang camtu!
oleh sebab kepenatan sangat, aku tidur awal malam tadi... ^_^
Pssttt: lenguh badan melayan adik2 kecil ni...
No comments:
Post a Comment