Thursday, June 23, 2011

Aku Bercuti Ek?


Hari ni aku bercuti... Tapi macam biasa, rasa macam tak bercuti...

Pagi2 dah kena hantar adik aku si boboy ke sekolah agama... Kalau hari biasa after hantar dia terus gi kerja la kan... Cuma hari ni aku gi taman kat bukit rahman putra tu, joging la konon... Joging la dalam tiga pusingan taman tu, lepas tu dah malas...berjalan je... Oh ye, bukan aku sorang yang pergi tapi ditemani mama, bear, ada dan alya... And macam biasa kalau mama join, after joging kitorang mesti singgah kedai makan roti canai...kahkah! Turun 100g, naik 1 kg... Lalala...

Dah balik rumah, bersiap nak keluar untuk uruskan beberapa perkara...

Pukul 12 tengahari aku keluar untuk hantar boboy ke sekolah kebangsaan pula... Tapi sempat singgah bank untuk keluarkan duit dulu... Waaa... Duit lagi...

Setengah jam menunggu pukul 1 petang aku rasa macam berjam2... Tambah lak ayuni keluar dari sekolah dia dengan terkedek2, lagi ar lambat... Menyesal hantar boboy awal, kalau datang lambat sikit mesti tak payah menunggu camtu... Haha... Bebel2...

Sebelum balik singgah beli goreng pisang untuk mama... Pastu singgah ke bank lagi... Semuanya duit... Dah keluarkan, apa salahnya masukkan sikit untuk simpanan tabung haji ku... Punya impian mahu menunaikannya...

Hoho...hantar ayuni, ambil bear... Dia kena temankan aku ke manjalara... Sebab aku nak renew roadtax and insuran kereta... Pelik, akak tu boleh tanya apsal na renew awal padahal bulan 8 baru expired... Eh akak, suka hati la... Dah la bulan 8 tu nak raya kot, mahu terpakai nanti camne? Ingat duit senang nak dapat? Memang bahagia la aku kalau cucuk je kad bank, nampak jumlah berdouble2... Ah, berangan da...kikiki...

Yang aku geram dengan jaga parking tu, tulis kat depan free untuk sejam yang pertama... Alih2 bagitau kena bayar rm2... Apekes? Boleh plak kata tu free kalau cuci kereta dengan dorang... Wah2, parking tak berbumbung nak hisap darah pulak... Nasib ada bear, tahu takut... Kira baik aku bayar seringgit tau untuk parking beberapa minit je tu... Huh!

Tujuan utama aku minta cuti belum terlaksana... ke klinik kerajaan... Nak tanya pasal nak cabut gigi bongsu aku yang tak dapat nak tumbuh ni la... Beria nak kerajaan juga sebab rasa tak berbaloi nak bayar smpai rm600++ hanya untuk sebatang gigi bongsu kat private clinic... Nak claim pun setakat rm200 je, lagi rm400++ tu siapa pula bermurah hati nak bagi ye?

Rupanya memang aku pergi hari untuk cabut gigi dah... Tapi xdela aku nk cabut tadi, mahu aku tak dapat makan sedap2 nanti menahan sakit... Banyak plan makan2 yang bakal menyusul, so cabut gigi boleh tunggu... Maybe after raya kot... Hehe...

Pukul 3 petang juga la aku sampai rumah... Penat sungguh rasanya tapi sempat layan drama korea kat astro... Nak tidur tapi memang tak biasa tidur siang... Last merasa dapat tidur siang masa kat ukm kot... Dah kerja ni xde pula peluang ketiduran di siang hari ni... Siapa yang masih study tu, tidur puas2 tau... Haha!

5.30 petang... Masa untuk ambil boboy dari sekolah... Sangat stress bawa alya dengan ada sekali... Ingatkan ada boleh pegangkan alya, sampai menangis2 si alya... Terasa perjalanan yang agak dekat tu sangatlah jauhnya... Huuu...

Tgklah dorang yang sempat aku snap sementara tunggu traffic light bertukar hijau...








Pssttt: aku nak berehat...
Published with Blogger-droid v1.7.2

2 comments:

aimie amalina said...

mang akak yg berjaye..ngeee ;D

shIdA said...

hehehe... tengkiu ime... :)