Monday, June 24, 2013

Berjerebu luar sana tu kan?

mesti ramai yang alami masalah pedih mata, sakit tekak, batuk-batuk, susah nak bernafas... banyak algi la yang seangkatan dengan simpton-simpton ni... semuanya sebab jerebu... dah macam musim pun jerebu ni, setahun sekali mesti ada... haishhh...

kelmarin bila bangun pagi, aku tengok kat luar macam berkabus pun ada... langit macam blur-blur... rupanya jerebu dah sampai ke kawasan aku dah... tapi tetap kena keluar sebab nak pergi riki kedai untuk beli baju raya... pastu basuh kereta dan vakum... last sekali beli lauk kat kedai aceh... sakit-sakit tekak aku ni even dah tahan tak bernafas sangat kan... gler cool sbb tahan-tahan nafas... penutup mulut malas beli, tu la jadinya... mata pun pedih je... bila dah balik rumah, terus tak nak keluar-keluar dah... tapi still dalam rumah tu boleh bau macam bau asap camtu ha... make sure minum air masak dalam kuantiti yang banyak ye korang... aku pun tengah cuba ni... tapi dari pagi tadi, sebotol pun belum habis... HEEEEE...

kelmarin gak my adik ipar sakit perut... dia rasa macam nak bersalin tapi bila pergi hospital, doktor cakap bukaan tak ada lagi... so dia cucuk painkiller je... kalau ikutkan due dia bulan depan, lebih kurang sebulan lagi la tarikhnya... tiba-tiba teringat kat pregnancy aku dulu... suppose due pun bulan 7 juga... HUHU... belum ada rezeki, Allah nak bagi peluang berhoneymoon lagi dengan mr.abe... KIKIKI...

sabtu? tak ada pergi mana rasanya... aku duduk kat rumah je layan program-program ka tv tu... dah puas tengok tv, aku tengok movie... batman collection... HEHE...

jumaat lepas balik kerja, pergi jemput mr.abe kat rumah, then ke kuang... makan steamboat bbq... makan la banyak-banyak, ada orang belanja kan... then seronok sebab tak payah masak... usya tayangan movie kat mbo, ada masa yang sesuai untuk kitorg tengok... so mr.abe ajak pergi tengok wayang la kan... kami tengok world war z... best3... seronok berdating dengan husband sendiri... :P





Pssttt: tak sabar nak tunggu ahad... nak pergi short honeymoon...

Monday, June 17, 2013

160613: Selamat Hari Bapa...

sabtu tak dapat pergi melawat abah kat hospital sebab kaki aku tiba-tiba jadi sakit sangat bila pijak lantai... so baring tengok tv jela kat rumah... then hari ahad tu, aku pergi melawat pada waktu tengahari... sekejap je sambil-sambil nak ambil si yaya dan ada sebab mama nak stay teman abah sampai habis waktu melawat yang belah petang pula katanya..

hari ahad tu sambutan hari bapa kan? so, selamat hari bapa, abah... semoga abah cepat sembuh...





menyibuk je dorang ni datang hospital...






Pssttt: monday always bellusss... nak balik cepat...

Friday, June 14, 2013

Abah dah ke wad ICU...







Pssttt: hope arini abah dah boleh bernafas tanpa bantuan oksigen tu...

Thursday, June 13, 2013

Lama tak jumpa mek dengan tok ayoh...

semoga perjalanan mek, tok ayoh dan mok cik aya sekeluarga berjalan lancar dan selamat sampai ke kl ni sebelum lewat malam... sanggup dorang datang dari jauh semata-mata nak datang melawat abah kat hospital... terharunya rasa...





Pssttt: malam nanti kena memulakan misi mengemas rumah sebelum kena complaint berselerak... wah penatnya... :P

Wednesday, June 12, 2013

110613: Kenapa cuai?

alhamdulillah... pagi ni dah tanya mama yang dah pergi tengok abah kat hospital... mama cakap salur oksigen dah dikeluarkan, doctor tengah monitor perkembangan pernafasan abah... if semuanya ok, insyaallah esok baru akan ditransfer ke CCU...

penat masih terasa bila aku bangun pagi tadi... semalam bercuti sebab abah buat heart bypass operation kat hospital uitm sungai buloh. lepas hantar boboy dan ada ke sekolah, terus pergi ke hospital... sempat jumpa abah sebelum nurse tolak abah masuk ke bahagian persediaan untuk operation... mata abah bertakung, sedih pula aku tengok... tak lama pun sebab lepas nurse check semua yang patut, darah untuk ganti lepas operation, abah dah kena tolak masuk tepat 7.30 pagi...

stay kat situ sampai pukul 9, kemas-kemas barang abah, pergi sarapan dengan mama dan pok muda yang datang juga pagi semalam... lepas tu aku balik ke rumah dulu untuk memasak untuk adik-adik dan my hubby makan... tengahari baru pergi semula sebab ingat abah dah abis operation... tapi belum lagi, still menunggu sampai tertidur... sempat pergi ke aeon sri gombak untuk close kad kredit dengan minta settlement letter motor bear...

petang dalam pukul 5 camtu mama bagitau boleh masuk 2 orang ke bilik after operation tu untuk tengok abah... kena pakai baju, penutup kepala dan kaki pakai buang tu... doktor cakap condition stabil... dorang start operation pukul 10 pagi, siap dalam pukul 3 petang... tak lama pun boleh saty dalam bilik tu, dah kena keluar...

petang dalam 6.30 aku kelaur sekejap untuk ambil adik-adik aku akt sekolah, then terus ke hospital semula... yang lain-lain dah dapat masuk bergilir-gilir dalam tu untuk tengok abah... then masa aku tengah naik lif, ada sorang doktor or nurse lelaki tengah bawa filem xray naik juga... tiba-tiba rasa cuak sebab muka dia macam serius... bila sampai, aku nampak dia tergesa-gesa masuk dalam bilik dengan my mama pun kena masuk juga... abg jep yang baru lepas tengok abah cakap yang doktor nak bercakap dengan mama sebab ada hal penting... cuak betul rasanya...

tambah cuak bila time mama nak keluar tu, aku nampak mata mama merah... macam orang nak nangis... then bila dah ada kat luar, kitorang tanyalah kenapa dengan abah... mama cerita yang doktor bawa abah masuk bilik bedah semula sebab dalam xray ada nampak kapas tertinggal... rasa macam nak menangis tapi aku tahan je... kenapa cuai sangat... suppose doktor dah boleh sedarkan abah masa tu, tapi kena masuk semula bilik bedah pukul 7 petang... 

8.30 malam baru siap, then sekali lagi mama kena masuk jumpa doktor... aku sorang je tunggu kat luar masa tu sebab adik-adik yang lain dah balik... bila mama keluar je, terus tanya... mama cakap doktor dah keluarkan dan mama request untuk tengok sendiri cotton yang dah keluarkan tu... untuk legakan hati mama... doktor minta kami balik sebab tak boleh tunggu... kalau ada apa-apa, nurse akan call katanya... dorang nak monitor keadaan abah bagi betul-betul stabil before dorang buka salur pernafasan dari mulut abah...

tengok dari pintu yang dikunci je...





Pssttt: mama cakap abah tanya siapa mama tadi... maybe tak cam sebab kena pakai mask... pastu abah tanya mana anak-anak? sedihnya dengar... petang nanti kaklong datang tengok abah k...

Monday, June 10, 2013

080613: Jauhnya Mersing...

alhamdulillah... perjalanan yag aku rasakan amat jauh masa gi Mersing sabtu aritu... sebab? satunya sebab tak pernah sampai sana, so rasa macam jauh la sangat kan... then banyak sangat persinggahan... lepas ima dan ajie ambil kami kat rumah, ke KL dulu untuk pickup kiki dan komeng... pastu ke lcct pula untuk hantar komeng sebab dia dah nak balik sabah, isnin dah start mengajar kan, tak sempat la nak join kami untuk pergi kenduri kat mersing... lepas tu kami singgah ke bangi pula untuk pickup cik tat... lepas tu barulah sambung perjalanan yang sebenar ke mersing...

fuh! mana tak rasa jauh kan? KIKIKI...

dari pukul 8 pagi la camtu kan aku kuar, pukul 1 pagi camtu baru sampai ke rumah semula... nasiblah esoknya still cuti... dah selesai urusan makan kenduri si dayah, menyinggah lagi ke rumah eypul kejap untuk kenal-kenal rumah, lepas tu melepak di pantai mersing pula... 6.30 camtu baru gerak balik kl, tapi semapt menyinggah kat muadzam syah untuk makan... lepas hantar kiki dan tat kat bangi barulah sambung perjalanan balik ke sungai buloh... kesian kat ajie sebab dia yang drive pergi dan juga balik... HAHA!

si yaya yang aku bawa sekali, nasib baik tak meragam cuma dia mengamuk kejap-kejap sebab abg ipar kesayangan dia mengacau... HIHI... hanginlah juga aku sekejap dengan my hubby tu, suka sangat mengacau si yaya tu bagi menangis la, bagi bengang la... sabo jela...

tido tido tido jela kerja mr.abe...


ima dan ajie jadi driver kami untuk 1 hari...

kiki dan tat



so kat bawah ni gambar kami dengan pengantin...












oleh sebab kami sampai dah dekat pukul 2 petag, so kami tahan dulu pengantin untuk sesi bergambar sebelum lepaskan dorang untuk pergi outdoor photoshoot... jahat kan kami? kami datang dari jauh ooo... KIKIKI...

bawah ni my gambar dengan mr.abe di pantai sri mersing...

ops! terselit my lil sis, yaya... suka dia dapat main kat playground kat pantai tu... :)

muka orang penat sebab duduk je dalam kereta tak buat pape... hihihi...



yang ni pic mr.abe dan yaya time singgah makan...






Pssttt: yaya budak paling gembira sebab dia dapat jalan-jalan... tak sebut pasal mama langsung... ape la yaya ni...

Thursday, June 6, 2013

010613: Selamat Pengantin Baru Emy & Dayah

dah selamat lagi 2 orang kawan aku melangsungkan majlis perkahwinan mereka... oleh sebab dua-dua buat tarikh yang sama, jadinya dapat pergi 1 je majlis kerana masalah jarak yang jauh... so plannya pergi majlis yang di maran, pahang iaitu majlis emy@maran... minggu ni ingatnya nak ke majlis dayah pula yang sebelah lelaki di mersing, johor... masih dalam perbincangan memandangkan my abah kena masuk wad dah esok sebab tarikh operation bypass jantung adalah selasa nanti... dapat pergi or tak dapat pergi, hope kawanku faham la ye...



ini gambar kami masa di majlis maran...







Pssttt: kami suka ais-krim... arini nak beli ais-krim kacang lagi la...

-RM13.62

akhirnya... akhir bln 4 aritu lagi aku start memohon untuk buat balance transfer credit card from AEON to HSBC Amanah, arini baru aku nampak angka dekat akaun AEON aku jadi negatif! Yes!!! ada beberapa kesilapan teknikal yang membuatkan process nya jadi lama... kira macam aku dah kena apply 3 kali kot baru daapt settle... dah puas bergaduh dengan customer service AEON nya lagi... HAHA! lepas ni dah boleh pergi AEON branch untuk close my credit card... sukaX3... rasa macam terhapus satu beban... alhamudulillah...





Pssttt: esok sempat ke nak pergi ek? macam jauh pun ada...