Wednesday, February 5, 2014

KK Kelana Jaya la pula... Boleh tak nak KK Paya Jaras je?

pagi tadi pergi checkup pregnancy untuk week 35 kat kk sg buloh... giliran yang first, so kul 9 dah siap... alhamdulillah la, sampai office pukul 9.15... cepat pagi ni sikit...

tapi masa dalam bilik tengah ambil darah kat lengan, nurse tu bagitau pasal kes patient yang buat report kat kementerian pasal kk sg buloh punya perkhidmatan lembab dan crowded sampai minta nurse-nurse dekat situ berhenti kerja... bila check rekod, rupanya patient luar kawasan lebih ramai dari patient yang dalam lingkungan kawasan dorang... jadinya kk sg buloh dah buat decision untuk tak ambil lagi patient daerah lain kat situ untuk checkup...

sob3... kalau ikut alamat rumah, aku daerah petaling which is tergolong dalam kategori luar kawasan kk sg buloh... nurse bagitau disebabkan aku dah di akhir-akhir pregnancy, so dikecualikan sekejap untuk habiskan checkup dekat kk sg buloh je... tapi after dah deliver, kena lapor kelahiran baby dan checkup baby kat kk kelana jaya katanya... ha? kat ceruk mana pun aku tak tahu la... tapi yang pasni mesti sangat-sangat menyusahkan nanti...

tapi nurse tu ada cakap pasal kk paya jaras juga... cuma tak terang panjang lebar pasal tu... asyik bagitau pasal problem dorang dengan kk kelana jaya... HUHU... aku mengiyakan aje la... siapa tak panas hati kan bila ada orang complaint sampai macam tu sekali...

then dijadikan cerita, bila sampai office, aku pun membuat carian google dekat mana la letaknya kk kelana jaya tu... pastu baca blog-blog pengalaman bakal2 ibu yang checkup kat situ... wah banyaknya masalah dari apa yang aku baca tu... lagi lembab servisnya disebabkan ramai orang... camne ni?

google lagi kk daerah petaling... nampak kk paya jaras pun tersenarai dekat situ... jadinya macam nak kena tanya nurse lagi la bila next checkup nanti boleh tak kalau aku nak lapor kelahiran baby kat kk tu je... at least lebih dekat and aku tahu kat mana... pernah follow my mama masa checkup adik aku yang bongsu dulu...

ni belum bagitau kat mr.abe pasal ni... mesti dia bising... HEHEHE...





Pssttt: mr.abe cakap mata dia bengkak sebelah... alahai kesian... skodeng awek kat luar ler tu... KIKIKI :P

No comments: