Showing posts with label bercuti. Show all posts
Showing posts with label bercuti. Show all posts

Thursday, February 11, 2016

060216-070216: Kenduri kahwin dan jalan-jalan Kuantan

06/02/2016

Plan nak gerak paling lewat pukul 9 pagi sebab dah boleh jangka kesesakan jalan raya kat Karak sempena cuti CNY tapi mr.abe sangat payah nak bangun kalau dia baru tidur. Hahaha! Paksa punya paksa sambil siapkan apa yang patut dari breakfast, barang-barang, hadiah kahwin...akhirnya pukul 10 pagi kami bergerak!

Kami otw ke Kuantan!


Macam yang dah dijangkakan, masuk je tol Gombak, dah down dah rasa... terus wasap officemate cakap maybe sampai lambat sangat... siap suruh simpankan lauk tu... bila jalan macam semut, kejap-kejap je jalan clear, mr.abe dah tak boleh tahan mata dia... so tukar driver la jawabnya... aku no hal lagi asalkan bukan kena drive malam. Bila dah lepas tol Karak barulah jalan clear tapi mr.abe tak boleh tidur sebab Dhia dah melalak nak datang kat aku, jadi terpaksalah dia drive semula.

Buang masa dengan wefie dalam kereta lagi best dari tengok jalan raya sesak :P


Kami sampai ke rumah pengantin dalam pukul 3 petang, ingatkan pengantin masih ada, rupanya dah keluar untuk outdoor. Melepas nak jumpa pengantin, kena jumpa kat office jugalah bila dia dah balik dari honeymoon. Hehe... sempat kacau dia malamnya tu :P

Kat kenduri kahwin officemate


Kami sampai ke Arenaa Butique Hotel dalam pukul 4 lebih, sangat lambat nak check-in... maybe pekerja baru kot. Takpelah... asalkan boleh check-in sebab kesian mr.abe nak berehat katanya sebelum keluar makan malam.

Hati agak tak puas hati sebab dapat bilik yang tak semacam apa yang aku tengok kat tenet tapi melihatkan anak aku dan suami tak berapa kisah, so aku diam ajela... lagipun nak tidur semalam je kan, tak perlulah cerewet sangat. Mr. abe terus tidur manakala aku dan dhia berehat sambil tengok tv then mandi...

Keadaan bilik selepas check-in


Malamnya dalam pukul 8 lebih, kami keluar ke Teluk Chempedak untuk dinner kat restoren sekitar tu je... Oh ye, terjumpa my old friend Zul yang baru je posting ke Kuantan tapi tak sempat nak bersembang la... lepas makan sempat round-round kedai yang macam uptown tu dan melayan Dhia bermain kat permainan sambil kena tiup ngan angin pantai. Wah best! Kami sampai semula ke hotel dalam pukul 11 malam.

Wefie sebelum keluar makan malam...


Selamat menjamu selera!


jalan-jalan sambil berpimpin tangan kat uptown Teluk Chempedak


Wefie ummi dan Dhia dalam gerabak keretapi sambil kena tiup ngan angin pantai :)


Ayah Dhia tolong ambilkan gambar sebelum keretapi kami bergerak!

Sambung bermain kat dalam bilik pula sampai tertidur anak dara seorang ni tau!



 07/02/2016

Maybe sebab tidur lambat, aku sendiri terjaga pukul 8 pagi hokey... gler betul! Kejut mr.abe dan Dhia untuk bersiap-siap nak turun breakfast. Tak mandi pun... risau makanan habis! Hahaha! Sekali dah sampai kafe, eh eh banyaknya makanan... Heaven rasa!

Makanan banyak sungguh even orangnya pun ramai yang nak makan... bab servis makan suka suka suka!

Ayah dhia naik bilik awal sikit sebab nak sambung tidur katanya... hahaha... it's OK, biar ummi dan Dhia berkenyang-kenyang dulu...

Pukul 10 camtu baru kami naik ke bilik... tak terus mandi lagi sebab nak mandi dekat nak check-out... so melayan cerita kat tv dulu... sambil surfing tenet... edit gambo... dhia pula sambung bermain... duk bungkus-bungkus badan dia sendiri... rindu doll baby dia la tu, lupa sangat nak bawa!

Dah siap untuk check-out!


Dhia bosan tunggu ayah tak siap-siap lagi...


Lepas check-out, ajak mr.abe untuk naik Kuantan RIver Cruise tapi tak jadi... dah sampai ke jeti, hujan plop! tengok air sungai pun macam mengganas jek... terpaksalah lupakan niat tu... muka dah merajuk sebab semalamnya lagi aku duk ajak mr.abe pergi terus lepas check-in tapi dah dia nak tidur... So, dapat rasa dia nak pujuk... ajak gi makan ayam kicap KFC yang aku selalu duk cakap sedapnya sedapnya kalau ayah dhia belanja ni... well, termakan pujuknya... terus ajak ke Teluk Chempedak semula semata-mata nak KFC kat sana!

Kami lunch KFC kat Teluk Chempedak... nak ayam kicap punya pasal la ni...


Sebelum bergerak balik, kami jalan-jalan sekitar pantai dulu... Dhia dapat baju Teluk Chempedak satu!

Bergambar pemandangan pantai dulu...

Ayah kena paksa bergambar pemandangan pantai dengan ummi!

Budak excited kena tiup angin ni terjatuh sebab berlari... padan muka!





Pssttt: Insyaallah kalau berkesempatan ke Kuantan lagi, nak naik Kuantan River Cruise tu...












Tuesday, January 19, 2016

010116-020116: Permulaan tahun baru di Cameron Highlands (^_^)

Alhamdulillah... perancangan di saat akhir hasil dari ajakan mr.abe untuk pergi bercuti... akhirnya kami memilih untuk ke Cameron Highlands memandangkan kami berdua ni tak pernah sampai pun ke sana lagi... Dhia pun belum merasa pergi tempat ala-ala sejuk ni kan... jadi semua perancangan dikelola oleh mrs.abe yang sememangnya pakar bab pengurusan masa dan bajet ni... kah kah kah!

Jadinya bermulalah pengembaraan TripAdvisor yang ada kat dalam phone ni... ha ada pun kegunaannya... cari punya cari berkenan untuk booking kat Nova Highlands Resort & Residence memandangkan hotel-hotel bajet di area pekan dah penuh, kalau ada pun mahal sangat harganya dah macam duduk hotel yang tak berapa nak bajet orang panggil. Alang-alang tengok harga dah mahal gitu, baik duduk kat hotel betul-betul kan? Puas hati!



01/01/2016

Memandangkan tahun baru jatuh pada hari Jumaat, ambil berkat memulakan perjalanan selepas mr.abe balik dari sembahyang Jumaat. Kami bergerak dalam pukul 3 petang, sempat singgah membeli makanan-makanan ringan risau lapar dalam perjalanan nanti. Dhia dan ummi yang paling excited dalam kereta, siap menyanyi-nyanyi lagi ha... suka sangat moment yang macam ni memandangkan mr.abe sangat payah nak meluangkan masa kekeluargaan macam ni. Huhu...

Kami akhirnya sampai dekat pukul 7.30 malam selepas mengharungi liku-liku jalan raya kat Tapah tu yang kami rasakan sangatlah lama nak sampai ke atas dek kerana jalan sesak dengan pengunjung-pengunjung lain yang turut memilih Cameron Highlands untuk bercuti. Nasib baik hotel dah booking, kalau tak tak tahu lah macam mana nak mencari hotel dengan keadaan yang sesak macam tu...



Oleh kerana sampai dah gelap, sangat cantik pemandangan kat Cameron Highlands dengan lampu-lampu yang berwarna-warni. Selepas parking kat basement hotel, terus bergegas untuk check-in kerana perancangannya nak ke muzium 3D yang berada di hotel pada malam tu juga. Esok hari hanya untuk berjalan-jalan sekitar Cameron Highlands selepas check-out dari hotel sebelum memulakan perjalan balik. Nasib baik muzium tu tutup pukul 10 malam, jadinya sempatlah kami bergambar sakan sampai menangis-nangis Dhia kena sakat dengan ayahnya. Kesian anak ummi tau! Ayah jahat!



Perut yang lapar cepat-cepat kami isi. Layan hot chocolate kat Old Town White Coffee di hotel tu juga sambil melayan kedinginan malam... Actually, Dhia yang habiskan semua hot chocolate ummi... huwaaa!!!



Melayan Dhia bermain kat fun fair dalam hotel tu dulu sebelum naik ke bilik untuk mandi, tengok tv, tidur... kroh kroh kroh...



02/01/2016

Of course la ummi yang akan bangun pagi dahulu setiap hari pun... cuti-cuti pun akan terbangun awal juga... hirup-hirup dulu udara segar dari balkoni bilik hotel, layan cerita yang ada kat tv, tengok anak tidur, tengok mr.abe tidur... seronok... then berlama-lama di bawah pancuran air panas... best sangat! tak berkejar-kejar mandi macam selalu sebab dhia tengah sedap tidur lagi dengan ayahnya...



Bila dah siap bermekap-mekap, baru kejutkan mr.abe dan dhia... bersiap-siap untuk pergi breakfast! sejuk-sejuk boleh buat perut cepat lapar tau... nasib baik tak perlu menapak jauh-jauh... turun lif then ke cafe hotel je untuk breakfast ala kadar... kemudian naik semula ke bilik...



Mr.abe macam biasalah tak tahan sejuk... naik bilik sambung tidur... so tinggallah ummi dengan Dhia je... kami tengok tv, mengemas pakaian, makan... then Dhia kejutkan ayahnya semula untuk bangun dan mandi. Dah bosan la tu kan... Kami check-out dalam pukul 12 tengahari!

Keluar je dari hotel, singgah ke CH Butterfly Garden dulu... tengok-tengok bunga, rama-rama, dan bermacam lagi... asalkan Dhia happy, ummi dan ayah pun happy!



Meneruskan perjalanan ke Big Red Strawberry Farm yang orang kata paling best tu... bagi kami, biasa-biasa sahaja sebab orang sangat ramai... nak makan di kafe situ pun kena beratur panjang, so kami decide untuk beli strawberry kat tepi-tepi jalan jela senang... sama juga... lagipun tak berpuas hati dengan pekerja mereka yang sangat lambat buat kerja... timbang strawberry pun lambat! kami yang pada mulanya turut beratur sebab nak mencuba makanan di kafe situ rasa macam tak bergerak langsung barisan! lain kali tak nak datang situ lagi... setakat nama je yang gah tapi servis tak bagus, baik pergi je strawberry farm lain rasanya...



Jalan-jalan lagi sampai dah penat, dalam pukul 3 petang camtu, kami dah bergerak turun... tapi sempat singgah di tepi jalan membeli madu, barangan rotan dan macam-macam lagi... kopak duit!

Alhamdulillah, dalam pukul 7.30 malam kami akhirnya sampai ke rumah... macam janji-janji ke perjalanan pergi dan balik sama masanya... hahaha!





Pssttt: Insyaallah kami akan ke Cameron Highlands lagi dalam bulan 3 sebab ada kenduri kahwin kawan... dah siap booking hotel tapi mungkin akan cancel booking tu sebab nak kena direct balik ke Kelantan pula memandangkan keesokannya sepupu pula kahwin...