06/02/2016
Plan nak gerak paling lewat pukul 9 pagi sebab dah boleh jangka kesesakan jalan raya kat Karak sempena cuti CNY tapi mr.abe sangat payah nak bangun kalau dia baru tidur. Hahaha! Paksa punya paksa sambil siapkan apa yang patut dari breakfast, barang-barang, hadiah kahwin...akhirnya pukul 10 pagi kami bergerak!
|
Kami otw ke Kuantan! |
Macam yang dah dijangkakan, masuk je tol Gombak, dah down dah rasa... terus wasap officemate cakap maybe sampai lambat sangat... siap suruh simpankan lauk tu... bila jalan macam semut, kejap-kejap je jalan clear, mr.abe dah tak boleh tahan mata dia... so tukar driver la jawabnya... aku no hal lagi asalkan bukan kena drive malam. Bila dah lepas tol Karak barulah jalan clear tapi mr.abe tak boleh tidur sebab Dhia dah melalak nak datang kat aku, jadi terpaksalah dia drive semula.
|
Buang masa dengan wefie dalam kereta lagi best dari tengok jalan raya sesak :P |
Kami sampai ke rumah pengantin dalam pukul 3 petang, ingatkan pengantin masih ada, rupanya dah keluar untuk outdoor. Melepas nak jumpa pengantin, kena jumpa kat office jugalah bila dia dah balik dari honeymoon. Hehe... sempat kacau dia malamnya tu :P
|
Kat kenduri kahwin officemate |
Kami sampai ke Arenaa Butique Hotel dalam pukul 4 lebih, sangat lambat nak check-in... maybe pekerja baru kot. Takpelah... asalkan boleh check-in sebab kesian mr.abe nak berehat katanya sebelum keluar makan malam.
Hati agak tak puas hati sebab dapat bilik yang tak semacam apa yang aku tengok kat tenet tapi melihatkan anak aku dan suami tak berapa kisah, so aku diam ajela... lagipun nak tidur semalam je kan, tak perlulah cerewet sangat. Mr. abe terus tidur manakala aku dan dhia berehat sambil tengok tv then mandi...
|
Keadaan bilik selepas check-in |
Malamnya dalam pukul 8 lebih, kami keluar ke Teluk Chempedak untuk dinner kat restoren sekitar tu je... Oh ye, terjumpa my old friend Zul yang baru je posting ke Kuantan tapi tak sempat nak bersembang la... lepas makan sempat round-round kedai yang macam uptown tu dan melayan Dhia bermain kat permainan sambil kena tiup ngan angin pantai. Wah best! Kami sampai semula ke hotel dalam pukul 11 malam.
|
Wefie sebelum keluar makan malam... |
|
Selamat menjamu selera! |
|
jalan-jalan sambil berpimpin tangan kat uptown Teluk Chempedak |
|
Wefie ummi dan Dhia dalam gerabak keretapi sambil kena tiup ngan angin pantai :) |
|
Ayah Dhia tolong ambilkan gambar sebelum keretapi kami bergerak! |
|
Sambung bermain kat dalam bilik pula sampai tertidur anak dara seorang ni tau! |
07/02/2016
Maybe sebab tidur lambat, aku sendiri terjaga pukul 8 pagi hokey... gler betul! Kejut mr.abe dan Dhia untuk bersiap-siap nak turun breakfast. Tak mandi pun... risau makanan habis! Hahaha! Sekali dah sampai kafe, eh eh banyaknya makanan... Heaven rasa!
|
Makanan banyak sungguh even orangnya pun ramai yang nak makan... bab servis makan suka suka suka! |
Ayah dhia naik bilik awal sikit sebab nak sambung tidur katanya... hahaha... it's OK, biar ummi dan Dhia berkenyang-kenyang dulu...
Pukul 10 camtu baru kami naik ke bilik... tak terus mandi lagi sebab nak mandi dekat nak check-out... so melayan cerita kat tv dulu... sambil surfing tenet... edit gambo... dhia pula sambung bermain... duk bungkus-bungkus badan dia sendiri... rindu doll baby dia la tu, lupa sangat nak bawa!
|
Dah siap untuk check-out! |
|
Dhia bosan tunggu ayah tak siap-siap lagi... |
Lepas check-out, ajak mr.abe untuk naik Kuantan RIver Cruise tapi tak jadi... dah sampai ke jeti, hujan plop! tengok air sungai pun macam mengganas jek... terpaksalah lupakan niat tu... muka dah merajuk sebab semalamnya lagi aku duk ajak mr.abe pergi terus lepas check-in tapi dah dia nak tidur... So, dapat rasa dia nak pujuk... ajak gi makan ayam kicap KFC yang aku selalu duk cakap sedapnya sedapnya kalau ayah dhia belanja ni... well, termakan pujuknya... terus ajak ke Teluk Chempedak semula semata-mata nak KFC kat sana!
|
Kami lunch KFC kat Teluk Chempedak... nak ayam kicap punya pasal la ni... |
Sebelum bergerak balik, kami jalan-jalan sekitar pantai dulu... Dhia dapat baju Teluk Chempedak satu!
|
Bergambar pemandangan pantai dulu... |
|
Ayah kena paksa bergambar pemandangan pantai dengan ummi! |
|
Budak excited kena tiup angin ni terjatuh sebab berlari... padan muka! |
Pssttt: Insyaallah kalau berkesempatan ke Kuantan lagi, nak naik Kuantan River Cruise tu...
No comments:
Post a Comment