Showing posts with label bonus. Show all posts
Showing posts with label bonus. Show all posts

Monday, September 22, 2014

200914: Dhia dah ada bilik sendiri :)

sabtu aritu gatal kaki dan tangan pergi expo baby kat pwtc... expo start 19/09/2014 sampailah 21/09/2014... 3 hari... sebelum ni pernah pergi pesta buku je... ni sejak ada dhia, pergi pesta baby pulak...

mula-mula hajat di hati nak jalan-jalan cari toys dengan drypers je untuk dhia... sekali jumpa booth parklon mat dengan playard tu... tanya harga ma saja, dapat RM159 untuk both side mat... if ambil package dengan playard, dapat RM449... macam rugi pula rasa kalau tak beli kan... sebab sebelum ni memang nak sangat bila usya2 dekat tenet... so ambil juga la... bila tanya mama berbaloi ke tak, mama on aje... baik tak payah tanya... HAHAHA!

Toys tak banyak pilihan pun... macam toy yang sama je jual kat booth... mahal pun ada rasanya... baju pun sama la, tak murah mana pun... ada la yang murah sampai RM5 sehelai tapi payah nak menyelongkar kat timbunan tu... so berjaya beli giraffe toy RM15 seekor dengan 2 helai blaus labuh tak ada lengan RM30... and of course drypers... 4 pack drypers saiz M, dapat RM123, tapi sebab nak dapatkan percuma payung dan 2 helai tshirt baby, tambah beli head to toe syampoo jenama drypers, RM12... so total RM135...

keluar dari expo, perut dah lapar... ikutkan nak makan kat kedai time otw balik ke rumah... sekali kesian tengok adik-adik dan mama yang bersusah payah temankan aku... angkat barang lagi... so belanja makan makanan yang ada jual kat luar expo tu... mahal dan agak tak berbaloi... rasa pun agak plain... HUHU... RM70 untuk 3 nasi goreng biasa, 1 mee goreng, 1 nasi ayam, 4 teh o ais, 1 milo ais...

total keseluruhan yang habis dekat expo tu ialah RM449 + RM15 + RM30 + RM135 + RM70 = RM699...

tapi hasilnya berbaloi... demi anakku dhia yang seorang tu...

ummi jangan angkat dhia lagi... nak main dulu... hihi :P


dhia suka gigit kaki giraffe ni...

no katil for dhia... tunggu besar sikit...
bila malam playtent letak kat depan pintu supaya tak merayap keluar dari bilik





Pssttt: semalam belikan dhia walker, RM136 selepas tawar-menawar dapat RM100... will update about it in next post... dengan rasminya nak maklum duit bonus tahun lepas dah habis licin...

Tuesday, May 7, 2013

060513: Mr. Abe happy dapat PS3 :)

HAHAHA... sabar ajelah my hubby tu... PS3 punya pasal, sanggup nak gi lowyat juga even tengah demam, selesema bagai...

alkisahnya, my bonus untuk last year punya dah masuk masa dia kat kampung. so, aku bagitau la dah boleh belikan dia ps3 yang dia nak sangat tu... so, ahad malam lepas mengundi, terus dia balik ke KL dengan bas. pagi sabtu tu, subuh-subuh dah menunggu bas mr.abe sampai kat putra... kesian, demam...selesema... sampai rumah dia terus sambung tidur...

paginya sikit, bila aku pun dah bangun siapkan sarapan, ajak dia makan sekali... tanya semula, nak pergi juga ke lowyat? sebab kan selangor cuti, so boleh pergi awal... kalau tak kena tunggu weekend la bila tak bekerja... dengan muka tak larat, dia cakap jom pergi... terus pergi mandi, then tunggu aku bersiap pula... tak jadi ajak epan sekali sebab masa mr.abe pergi rumah mama, katanya belum bangun lagi... pukul 11 pagi macam tu, kami bergerak... oleh sebab mr.abe asyik bersin jek, tak larat katanya... jadi aku lah yang kena drive...

sampai je kat lowyat, dah ok sikit condition mr.abe, terus kami pergi tanya kedai yang ada jual ps3 crack... mostly tak ada sebab keluaran terbaru ps3 semuanya dah tak boleh crack dorang kata... kalau ada yang jual ps3 lama, ada kedai yang boleh tolong crack... so kami melilau lagi, sampailah jumpa satu kedai ni... dia cakap dia still ada stock ps3 yang crack punya... kami pun apa lagi, terus la deal... beli external hard disk tambahan, then bagi kat dia untuk install game ikut list yang mr.abe dah bagi... katanya around pukul 6 siaplah... jadi kami cuba riki-riki harga kat kedai lain pula... ternyata keputusan untuk ambil kat kedai tadi yang paling terbaik... tempat lain ada juga bila kami dah tanya banyak kedai, tapi agak mahal katanya... lebih mahal dari harga yang kami dapat kat kedai tadi... aku bayar deposit, then selebihnya bila semuanya dah siap...

pergi la shopping baju sikit... tak banyak yang berkenan, kasut banyak la yang aku suka tapi sebab dah beli kat ou beberapa hari yang lepas, so tutup mata je... tak boleh membazir duit bonus ni, kot tiba-tiba ada emergency, boleh guna kan... dapat 2 helai baju je, itupun lepas dah mendapat kelulusan dari mr.abe... maklumlah, dia sangat cerewet... kalau yang dia tak berkenan, dia cakap jangan pakai tu maknanya janganlah pakai sampai bila-bila dah... HAHA!

dah puas jalan-jalan, makan-makan, mr.abe pun dah kembali lemah tak bermaya badannya... dia duduk je berehat sementara aku sambung melilau tengok gadget pula... seronok je tengok, tapi harganya pun seronok juga... kami pergi semula ke kedai ps3 tu untuk tengok dah siap ke belum... masih ada game yang tak habis download, so mr.abe sempat test bermain kat situ dulu...





Pssttt: mr.abe tak tidur malam tadi bermain ps3... kena marah la dengan aku kan? bese ni! macam budak-budak kaki games!

Tuesday, April 30, 2013

Bonus 2012 :|

apa-apapun, alhamdulillah... dari tak dapat langsung, lebih baik dapat kan? even bonus kali ni sikit la sangat aku rasa, tapi apakan daya... tu je yang aku dapat... memang tak diakui, ada rasa tak puas hati sebab biasalah kan, memang ada bias dalam pemberian bonus ni... if 'bagus' kita di mata orang yang menentukan bonus kita tu, 'bagus' la yang kita dapat... 

dah check dalam account pagi ni, banyak tu je yang dapat... plus dengan advance bonus yang memang dah dapat ujung tahun aritu... sikit tapi alhamdulillah... ada juga bahagian aku...

hurmmm... ada sesiapa yang nak offer kerja tak kat aku? rasa dah macam nak blah sangat-sangat... dah tak sanggup rasanya... muka je tunjuk gembira, hati membara panasss jek! HAHA! tak boleh blah betul aku rasa... geram yang teramat sangatlah rasanya... hu...hu...hu...

even bonus yang dapat sikit, tapi janji tetap janji... bonus yang aku dapat kenalah kongsi dengan orang-orang yang aku sayang... firstly, dah janji nak bagi sikit to my abah untuk settlekan hal teksi baru dia tu... second nya, belikan hadiah to mr.abe for his belated birthday... ps3... mesti mr.abe suka la ni... :) lastly, nak close aeon cc... close tu bukan maksudnya dapat bayar semua balance cc pun, tapi nak transfer sebahagian, then balance yang tak di transfer tu baru langsaikan, lepas tu aku baru tutup aeon cc! benci! menyusahkan aku betul... nak stick with 1 cc only... :P





Pssttt: semoga aku dapat laksanakan ketiga-tiga misi aku ni dengan jayanya...