Tuesday, March 29, 2011

Aku Ponteng Kerja...


hari ni aku tak pergi kerja... sebab aku kena attend satu seminar kat microsoft auditorium klcc... actually my boss yang register nama aku sama2 dengan dia... seminar tu pasal sharepoint 2010...

nak dijadikan cerita, aku rasa hari ini hari yang malang la bagi aku... walaupun tarikh ni pernah jadi tarikh yang sentiasa memekarkan kenangan2 manis... nak tahu apa jadi dengan aku? huhu...

aku dah janji dengan kawan aku yang kerja kat area klcc untuk pergi dengan dia pagi tadi sama2... kul 6.30 gitu la kitorang sampai kat ktm sungai buloh...naik la kitorang dalam tren... tengah aku duk bebel2 tersebut la pasal phone... mak aihhh, tercari2 aku dalam beg... phone ak
u xde! pastu teringat la aku tertinggal dalam kereta... terus menggelabah aku...

kitorang turun kat stesen kepong sentral... masa tu dalam pukul 7 kot... satu lagi kelemahan aku... aku tak ingat nombor phone adik2 aku... mama ngan abah je yang aku ingat ha... nasib la pergi dengan isyad, pinjam kejap phone dia... minta dihantarkan 'nyawa' aku dengan segera...

aku rasa sangat stress pagi tadi bila teringatkan phone aku tertinggal... kalau ikutkan bukannya nak main mesej dengan sesiapa pun kan... boleh je pergi je terus and tak payah bawa phone... tapi tak boleh... sebabnya?

first sekali sebabnya ialah maklumat pasal seminar tu aku simpan dalam phone... heee... kang aku salah level macam mana? (alasan je tu, padahal boleh tanya kaunter pertanyaan kot...)

second, dah janji dengan ketua aku yang aku akan on phone sebab maybe dia akan call kalau ada apa2 yang dia tak tahu pasal kerja yang aku cuba siapkan semalam tu... untuk pengetahuan semua, nak bagitau juga... semalam dalam sejarah sepanjang aku kerja dah beberapa bulan ni, first time aku balik lambat... pukul 9 malam baru aku sampai rumah tau semalam... semuanya pasal kerja yang aku kena siapkan tapi disebabkan ada problem siang hari semalam, lambat la jadinya... but thanks to my ketua sebab sanggup tunggu and teman aku dekat office sampailah kerja aku siap... seram ooo kalau stay sorang2...laluan semua dah gelap... dah la department aku
kat bahagian belakang2, rasa lambat je sampai ke bahagian depan masa aku nak balik semalam... haha...

ok, sambung...

ketiganya ialah aku tak ingat nombor phone my boss... macam mana kalau aku pergi and sesat tak jumpa2 tempat tu kat mana? macam mana aku nak inform dia kan? huhu... tapi sebaliknya berlaku... my boss call confirmkan tempat sebab dia sesat... ngeee... ok, kiranya memang perlu lah aku bawa phone untuk sebab ni kan?

cukup lah kot tiga sebab utama... actually ada sebab2 lain gak... tapi rasanya tak perlu sebab tak berapa nak penting... hehehe...

seminar yang aku hadiri tu pasal sharepoint campaign... gain or lose: change the way your teams collaborate within... start 8.30 pagi sampai 2.00 petang... menarik and tertarik dengan perisian yang ada tu... my boss pun macam menunjukkan minat untuk cadangan upgrade sharepoint yang kami gunakan sekarang dengan yang ini... erk! macam akan bertambah jek kerja aku lepas ni... xmo...

after lunch percuma, aku pun blah la dari level 29 turun ke bawah... sambil mesej kat isyad bagitau aku merayau dalam suria klcc sementara tunggu dia habis kerja... sempat lah terbang beberapa puluh ringgit kat situ... duit2... kejap je ko ek dengan aku?

dalam pukul 3 kot kitorang sampai dekat kl sentral... then sebelum balik ke sungai buloh, belanja isyad makan ais krim mcd sebagai ganti guna kredit dia pagi tadi menelefon my mama... isyad
turun kat kepong sentral, so aku meneruskan perjalanan ke ktm sungai buloh... after my adik jemput aku, terus ke kompleks sungai buloh... banyak perkara perlu di settle kan... and of course semua perkara tu melibatkan duit... nampak gaya bulan ni tak menyimpan lagi la... hahaha...

aku dah selesema... semuanya pasal aircond masa seminar tu sejuk yang teramat... memang menggigil aku dibuatnya... sok nak kerja macam mana ni? sebut pasal kerja, aku tak sure my boss suruh aku balik ke office after seminar tadi or balik ke rumah terus... haha, xnak tanya semula pula tu... nampak sangat tak nak balik ke office kan? ngeh3... tu lah point tajuk entri aku kali ni...

di bawah ni apa yang aku dapat after attend seminar tu... pengetahuan... oh lupa, ada lagi satu mende... pastu aku dapat baucer starbuck rm10 gak (^_^)








Pssttt: kena wish or tak? kalau tak wish? "happy birthday to you..."

Saturday, March 26, 2011

Terasa Stress...


dah tiga hari kepala aku ni main2 dengan aku... berdenyut2 je sentiasa... tension sangat ke dengan kerja2 kat office tu? ke sebab masalah diri? or maybe gak sebab masalah berkenaan perasaan...

lupakan seketika sakit2 or denyut2 kepala aku ni... or ulser pada mulut... aduhhh...lupakan semuanya seketika dengan lepak2 minum bersama kawanku, ima and isyad... berbekalkan duit yang berbaki beberapa ringgit je dalam dompet aku tu, aku pergilah melepak dengan meminjam motor baru adikku... aka motor aku secara hitam putihnya... hahaha, nak gak bagitau... eh, mesti... ngeh3...

lepak dari pukul 9 malam sampailah 10 lebih kot... cincai2 dalam pukul 11 malam baru sampai rumah... sejuk betul tadi, berangin sepoi2 bahasa gitu... terasa berada di tepi pantai pula... haha...

oh, time ni aku masih terasa sakit2 di kepala... macam mana nak tidur macam ni? da 2 malam aku tak lena... diganggu mimpi yang tak menyenangkan fikiran aku... aku jadi musykil kalau2 mimpi aku tu merupakan satu petanda buruk... bukan nak percaya tapi bila teringat balik mimpi tu, aku takut... minta dijauhkan semua tu dari berlaku...

hal office dah cukup buat aku stress... sepatutnya petang tadi aku dah selesaikan satu projek... tapi disebabkan beberapa sebab yang masih dalam kajian, tak selesai juga... bengang teramat tadi... rasa nak hempuk2 je monitor pc tu... dah la mata aku memang berpinar2, system pula buat hal... rasa menyesal pula buat testing dekat development site, kalau awal2 dah buat kat tempat yang berkenaan, mesti semua masalah ni tak wujud...

cannot publish la new version tu!!!

but i will continue on this monday... gudluck2 to myself, shida... ^_^

one more thing, my boss rajin register my name untuk hadiri satu seminar berkenaan sharepoint dengan klcc selasa ni... macam best tapi awal2 aku dah rasa stress... camne aku nak gi ke sana? 8.30 am da start! huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa............





Pssttt: satu lagi perkara yang menambahkan stress aku untuk bulan ni... damn! what is wrong with me?


Wednesday, March 23, 2011

Jangan Buat Aku Sedih...


aku sedih... kenapa ye? sebab aku tiba2 teringat kisah2 lama... aku sedih sangat... tapi dalam masa yang sama, aku geram and terasa amat marah kepada seseorang yang telah mengoyakkan kembali luka yang aku dah jahit tu... tunggu masa untuk sembuh sahaja...

tapi luka tu dah koyak... :(

andai kau tahu betapa payahnya aku untuk buat keputusan seperti yang aku khabarkan kepada kau tu... huhu... tapi aku terpaksa dalam rela... mesti buat dalam tak nak... sebab aku tak sanggup memikirkan akibatnya kelak... andai tindakanku tidak mengikut akal rasional tapi mengikut hati semata2... bayangkanlah... tak sanggup... tak sanggup...

hidup mesti ada pendirian... dan seandainya kita semua ada pendirian tu, teguhkanlah...






Pssttt: yep!


Sunday, March 20, 2011

Bersama Family Tengok Belon Panas!


assalamualaikum...

jika tahun lepas kunjungan aku ke precint 2 putrajaya untuk menyaksikan putrajaya international hot air balloon fiesta ialah bersama kawan2ku... tapi tahun ni aku bersama family aku pula... mama, ayuni, boboy, ada and alya...

semalam...

plan awal nak gerak pagi... tup2 tak jadi gerak pagi sebab hujan turun... mood pun dah tak berapa beria sebab tahu2 jela sekarang ni musim hujan... tengok2 petangnya hujan macam tak jadi turun je kat kawasan rumah aku ni... apa lagi, keluarlah kami... hehe...

pesanan: kunjungan kami ialah tanpa kehadiran kawanku yang beria nak tengok belon2 tu tapi bila aku ajak macam2 alasan dia bagi... ok fine...

kami bergerak dari rumah dah petang, sebab memang plan nak tengok malamnya je... sebab dari pengalaman lepas, memnag nampak cantik belon2 tu bila dah bernyala api2nya... tapi aku tak snagka pula siang2 hari pun tak kurang bestnye... lagi clear... hehe...

kami memang agak bernasib baik yang teramat sangat sebab walaupun dalam perjalanan kami ke putrajaya tu cuaca agak renyai la... tapi bila kami sampai dah reda... alhamdulillah... bukan apa, sebab aku datang dengan adik2 aku yang masih kecil tu... kalau basah kena hujan, aku gak yang susah kalau dorang demam... oh jangan...

seronok tengok belon2 tu walaupun tak berpeluang nak naiknya... orang pula memang ramai sangat...nak jalan pun kena jaga2... nak beli makanan pun kena beratur... hehe... bagus amalan tu... kalau ikut agenda, 8.30 malam ada pertunjukan bunga api... tapi masa tu dorang baru baut persembahan belon2 panas ikut irama muzik gitu... comel sangat... so dalam pukul 9 malam camtu, aku pun ajak la family aku balik sebab kalau lambat2 nanti risau jam teruk pula nak keluar dari parking... sekali lagi memang aku rasa bernasib baik sebab masa tengah berderet2 keluar ke jalan utama tu. bom bom bom bunga api kat langit... terus la berhenti tepi jalan and menikmati pemandangan warna-warni tu kejap sebelum bertolak balik...

kami sampai ke rumah dalam pukul 10 camtu la... sebab jalan agak lengang kan, bolehlah berlaju-lajuan... tambah lak tak ikut jalan yang aku anggap memnag akan jam teruk... tapi of course la akan lalu banyak tol... erk! takpe lah... asalkan cepat sampai sebab adik2 aku semua dah terlentok kepenatan dalam kereta... sekurang2nya adik2 aku yang kecil2 tu happy tengok belon2 yang macam2 warna tu...



^_^





ayuni dengan alya...




mama dengan alya...
baru perasan adik aku ni suka buat mulut!




mama dan adik2 ku...







Pssttt: tahun depan? hehe...



Tuesday, March 15, 2011

Kejutan Dari Family...


i love my family...

balik je kerja petang tadi, aku terus masuk bilik sebab rasa penat sangat... guess what? suprised!!! my mama tengah pegang kek and adik2 aku datang and nyanyikan lagu untuk aku... happy birthday to me... :)

rasa terharu sangat... cuma agak terkilan sebab my abah tak join bersama celebrate birthday aku... tapi mama cakap abah yang ingatkan dorang hari ni ialah ulang tahun kelahiran aku... and abah yang belikan kek tu...

oh ye, mama cakap gak yang adik aku si bear tu bersungguh betul nak buat suprise kat aku... dia punya planning sampai berpeluh2... risau kantoi... hahaha... tambah lak adik2 aku yang kecil tu
, mana boleh simpan rahsia...



pedulikan yang tak berkenaan...



haha... comot2 adik beradik aku ni...



dengan mama yang garang...
waaa...





Pssttt: aku tertanya2 adik aku si bear tu beria sambut birthday aku sebab nak aku hantar dia balik kolej ke jumaat ni? hahaha...