Wednesday, May 28, 2014

240514-250514: Tiba-tiba balik kampung...

jumaat malam minggu lepas, tengah syok-syok tidur tu my abah datang kejut bagitahu mek macam sakit teruk kat kampung... dari apa yang diberitahu oleh mak cik kat kampung la kan... so kami decided untuk balik ke kampung malam tu juga... mr.abe tak follow balik memandangkan dah cukup-cukup orang untuk isi dalam 2 buah kereta... kereta aku dan kereta mama... semua family aku balik, then 2 orang sepupu aku ikut sekali... mr.abe dah cakap dia boleh balik nanti if keadaan mek makin teruk katanya...

so lepas berkemas, dalam 2.30 pagi sabtu, kami bergerak balik... tak ikut jalan yang selalu kami guna, kitorang guna highway ikut gerik... sampai kat kampung dalam pukul 9 pagi... lebih kurang jugalah masa perjalanan dengan laluan biasa gua musang tu...

sampai je kat kampung, semua meluru jumpa mek... salam... peluk... sedih tengok mek camtu... tak bermaya... nak angkat badan tak boleh, baring je... suppose aritu ada appointment klinik pakar untuk rawatan mek yang dikatakan kena strok... tapi mama dan mak cik-mak cik yang ada bawa pergi berurut... alhamdulillah sebab anak-anak mek masih ingat mek saat-saat tua camtu... diusungnya mek ke kereta sebab mek dah tak boleh berjalan... kitorang yang kat rumah ni hanya mampu menunggu dan berdoa moga-moga mek makin baik keadaannya... kesian tengok mek tak dapat makan sebab asyik muntah...

dah agak petang baru mek balik... tengok keadaan mek agak bersemangat sikit... dia minta makan, macam berebut pula nak bawakan makanan untuk mek... sediakan bekas muntah juga kalau-kalau mek muntah macam selalu... tapi alhamdulillah tak muntah... tak banyak pun mek makan, setakat 3 mulut camtu je... then minum air... mek kata rasa sihat sikit dari sebelumnya, dah mampu bangunkan badan sendiri perlahan-lahan... kalau sebelum ni nak bangun, kena ada orang ampukan belakang mek... sepanjang 2 hari kat kampung, sempat suapkan bubur nasi untuk mek... sedih sangat tengok keadaan macam tu... macam manalah keadaan aku bila dah tua nanti...

tak dapat stay lama sebab balik tergesa-gesa camtu tak ada apply cuti pun... dah janji dengan mek akan balik lagi beberapa hari cuti sekolah nanti untuk jenguk mek... mama pula minggu depan akan balik ke kampung untuk jaga mek sepanjang cuti sekolah 2 minggu tu...

jadinya kena cari pengasuh sementara lah untuk dhia... dah ada orang sudi jaga untuk beberapa hari tapi ada 2 hari yang tak dapat jaga sebab dia akan balik ke kampung juga... terpaksalah aku minta cuti untuk jaga dhia sendiri... maknanya kena cancel la plan balik kampung minggu depan dengan mr.abe sebab kena save cuti untuk emergency case macam ni kan... HUHU...





Pssttt: belum discuss dengan mr.abe, hope dia faham...

Wednesday, May 21, 2014

140514: Cucuk 2 bulan Dhia...

rabu minggu lepas appointment checkup dhia untuk 2 bulan punya cucuk...

tarikh: 14/05/2014
hari: rabu
masa: 9 pagi
tempat: kk paya jaras

kali ni pergi dengan mr.abe... mr.abe excited nak dukung dhia dalam baby carrier yang aku baru beli aritu... layankan jela... tak penat aku nak dukung dhia turun tangga... punyalah dia excited lagi, dia taknak drive, disuruhnya aku yang drive sebab dia nak duduk sebelah penumpang tu dengan dhia... layankan juga la... bukannya aku tak tahu kat mana tempat nak pergi kan...

sampai awal sikit dari masa appointment... dah ramai la juga mak-mak, ayah-ayah, dan baby-baby yang ada... pergi kat kaunter tanya dah boleh ambil nombor ke untuk appointment pukul 9 punya, nurse kata boleh dah... rupanya baru orang pertama je baru dipanggil... nombor aku pula yang ke-46 ha... so kena tunggu 45 nombor sebelumnya la pula... ingatkan ikut urutan, tapi tak juga la... ada je yang nombor lambat kena paggil awal sikit, tak tahu lah dorang ikut kategori apa dapat awal tu... HEHE...

tunggu punya tunggu sampai juga giliran... ukur dan timbang dhia... pastu masuk jumpa nurse pula... ditanya macam-macam pasal perkembangan dhia... tak lupa dia tanya pasal ummi dhia juga ni... pasal perancangan keluarga... eh belum decide lagi, macam mana nak decide, bincang dengan mr.abe pun belum... HEHEHE... then nurse cakap nak buat pap smear... weh, belum sedia la, tak pernah buat tau lagi seumur hidup... nasib nurse faham then dia bagi masa next checkup dhia untuk buat... aku cakap ok... HUHU... mental prepare dulu ye...

pukul 12 tengahari baru siap ha... dah dapat appointment untuk checkup dhia seterusnya...

tarikh: 11/06/2014
hari: rabu
masa: 10 pagi
tempat: kk paya jaras

perut dah la lapar, terus balik rumah la jawabnya... tak ada nak menyinggah mana-mana dah... nak makan kat luar pun tengok dhia dah bosan sangat macam nak tidur, nanti tengah makan dhia menangis pula... so balik rumah tidurkan dhia, then menyibukkan diri akt dapur untuk memasak...





Pssttt: ingat nak balik kampung jenguk mek yang tengah sakit lepas checkup bulan 6 nanti... nak kena apply cuti la ni...

Monday, May 19, 2014

050514: Selepas 2 bulan maternity leave...

kurus? HEHEHE... aminkan aje... my boss pun cakap kurus lepas bersalin ni... memang la kan, dah time mengandung berisi, dah kuar isinya kurus la sikit... sikit je... :P

dapat tahu ada perubahan sedikit dalam department memandangkan ada colleague akan transfer ke company lain but still under group yang sama... diringkaskan cerita, aku dah termasuk ke bahagian teknikal... still manage kerja aku yang sekarang, ditambah ambil-alih kerja colleague aku tu juga... makin bertambah la beban kerja lepas ni... :(

first day tinggalkan dhia kat rumah dengan dijaga oleh my mama, agak gelisah dibuatnya... bukannya mama tak boleh jaga dhia, dah banyak pengalaman jaga anak kan... tapi rindu yang sebenarnya... rasa nak menangis masa pagi sebelum bertolak ke tempat kerja... sayu gler hati aku tengok anak tidur dalam buaian... kiss sikit je pipi ngan dahi dhia, risau terjaga...

pagi tu juga my mama kena tinggalkan dhia dengan mr.abe dulu sebab kena pergi daftarkan adik aku yang naik form 6... serius aku risau sangat-sangat sebab memang tak berapa harap lagi untuk biar ayah dhia jaga sorang-sorang... so masa time aku pergi mengepam susu kat bilik mothercare room akt office aku ni, terdetik hati nak call...

Ya Allah anak aku tengah menangis... memang terdengar esakan dhia... tak bercakap lama dengan mr.abe, tanya dah call mama ke belum? mr.abe cakap dah... so aku pula call mama tanya dah sampai rumah ke belum but mama cakap dalam perjalanan... dia pun risau sebab mr.abe cakap dhia tak nak minum susu... rasa nak balik time tu juga tapi sabar tengok macam mana perkembangan... nak buat kerja pun tak boleh time tu... masuk office pun still teringat anak kat rumah... then dapat gtalk dari mr.abe cakap mama dah sampai rumah, dhia dah berhenti nangis, dah tidur pun... lega sangat rasanya...

rehat tengahari aku call mama lagi... petang pun... sampai nak balik kerja pun call lagi... HUHU... sampai kat rumah, terus ambil dhia dan susukan... macam lapar sangat tengoknya... sedih... tapi kena kuat! bukan sehari tu nak kena tinggalkan dhia untuk pergi kerja, hari-hari mendatang lagi...

so macam-macam carian aku buat kat google macam mana nak buat sebab dhia tak nak menyusu dalam botol... tiba-tiba dia reject... macam tahu-tahu ummi nak tinggalkan seharian pergi kerja... then terjumpalah pasal botol susu mimijumi... mahal weh! RM68 untu 4oz punya botol susu... but pergi juga beli even tak sure lagi dhia suka or tak... nasib dekat kedai manjaku kat bandar baru sg buloh tu ada lagi stok botol susu ni... rembat time tu juga... ingatkan kalau tak jumpa, nak beli online jela...

"dhia sayang, please suka botol susu ni ye..."





Pssttt: dhia suka mimijumi tapi bila aku ada, dia akan reject juga botol tu...

090414: Cucuk 1 bulan Dhia...

lepas beberapa hari balik dari kampung, dapat call dari kk sg buloh bertanyakan butir-butiran kelahiran my baby... nurse tanya juga berpantang di mana, daftar kelahiran kat kk mana, ada nurse datang melawat ke tak masa dalam pantang, macam-macam lagi la... aku jawab la soalan-soalan nurse tu... then nurse bagitau boleh datang checkup kat sana untuk 1 bulan punya, lepas tu kena continue kat kk daerah yang sepatutnya seperti dalam alamat rumah aku...

tarikh: 09/04/2014
hari: rabu
masa: 9 pagi
tempat: kk sg buloh

pada tarikh tu pergilah aku ditemani mama untuk checkup dan cucuk 1 bulan dhia mengikut jadual imunisasi yang kkm keluarkan... so untuk 1 bulan punya suntikan hepatitis b dos 2... dos 1 dah diberi selepas lahir bersama-sama dengan bcg... meraung jugalah kejap si dhia tu kena cucuk kat paha, tapi tak lama pun... budak baik la katakan... asalkan pujuk dengan susu badan, settle kerja!


berjumpa dengan doc juga untuk review perkembangan dhia... alhamdulillah semua ok... cuma doc cakap lambatnya bcg dhia nak jadi, tak bernanah pun lagi... tapi doc cakap tak perlu risau, maybe lambat sikit kesannya dengan dhia... HUHU...

untuk next checkup, aku pergi buat appointment untuk follow up checkup dhia kat kk paya jaras je memandangkan lokasi lagi dekat berbanding kk kelana jaya tu...

tarikh: 14/05/2014
hari: rabu
masa: 9 pagi
tempat: kk paya jaras





Pssttt: masuk je kerja semula selepas 2 bulan bercuti, terus apply cuti untuk checkup dhia yang seterusnya...

Thursday, May 15, 2014

250314: Cukur Rambut & Akikah untuk Dhia...

Hari ke-20...

Ikutkan hati nak buat majlis cukur rambut dhia kat rumah sendiri je... plan nak buat hari ke-7 dhia la... tapi dan-dan tok ayah mr.abe minta buat kat kampung... hurmmm, berusaha la aku ni balik juga ke kampung dengan badan still tak sihat mana semata-mata tak nak orang tua berkecil hati... nak balik lagi awal pun tak dapat juga, kena tunggu cuti sekolah terdekat masa tu sebab my family pun kenalah balik sekali kan...

beberapa cabaran dan dugaan jugalah sepanjang berada kat kampung time tu... perasaan dah macam-macam... tapi nasib ada orang-orang tua yang memahami yang bagi support untuk sambung berpantang kat kampung... alhamdulillah, selesai juga akhirnya majlis cukur rambut dan akikah untuk anak kami...

oh ye, majlis cukur rambut tu cukur sikit rambut je... tukang botakkan kepala ialah makcik aku... gondol pakai mesin rambut tu je, tak licin mana la but still nampak botak orang kata... tiba-tiba ummi dhia ni tak berani nak botakkan kepala anak sendiri, padahal dah ada pengalaman botakkan kepala adik yang paling bongsu...

cilok gambar dari instagram jela...





Pssttt: kadang-kadang bila ramai sangat hati nak kena jaga, hati sendiri tak terjaga...

Friday, May 9, 2014

080314: Masuk wad dek demam kuning

06/03/2014 - dhia lahir
07/03/2014 - dhia dah boleh balik rumah
08/03/2014 - dhia kena tahan di NICU sebab jaundis

baru je balik rumah, dah kena masuk wad semula... badan aku yang tengah sakit lagi tu ditahan-tahan je berulang-alik camtu... macam mana boleh tahu kena jaundis?

ceritanya begini...

masa dapat balik ke rumah pada 7 haribulan tu, cuaca memang panas semacam... rumah aku plak memang jenis tak ada aircond, so bila check suhu badan dhia pada 8 haribulan tengahari tu, macam tinggi... so assume demam... terus bawa pergi klinik untuk kepastian... bila doc check, dia cakap kena demam kuning ni... kena pergi hospital katanya sebab kalau kena jaundis dan demam, agak bahaya... memang nak terus pergi hospital tapi mr.abe cakap pergi kk dulu. if betul kena masuk wad, dorang akan buat refer letter, so tak adalah nak kena daftar dan ikut prosedur dan menunggu lama nanti... memang betul pun, kitorang dapat refer letter so boleh terus pergi bahagian separa kritikal di hospital sg buloh... bukan sebabkan jaundis tu tapi sebab demam...


masa kat rumah

bila sampai hospital

sebelum diletakkan bawah lampu biru

kena duduk bawah lampu tanpa berbaju... :(

benda alah ni lebih besar dari tangan dhia

kesian anak ummi...

dhia dah rasa sihat sikit... :)

tunggu masa nak balik rumah semula...

bila sampai sana, dah check serba-sedikit, dorang masukkan aku dan dhia ke nicu... dhia kena duduk bawah lampu dan kena inject antibiotik... kesian sangat tengok dhia menangis... baru 3 hari kot... memang naluri keibuan terserlah la tiba-tiba... even aku masa tu berjalan macam orang nak mati sebab belum berurut kan, perut pun dah bengkak sangat-sangat, tapi berusaha susukan dhia setiap 2 jam macam yang doc suruh... sekali lagi terasa kekuatan dari ibu-ibu yang senasib dengan aku...

akhirnya selepas 2 hari di nicu, kami dibenarkan balik tapi kena follow up di kk sampai kuning dhia betul-betul baik... dan episod berulang-alik ke kk pun bermula la... di samping tu, macam-macam cara dah aku cuba praktikkan untuk buat kuning dhia cepat hilang... oleh sebab pernah duduk bawah lampu biru, bacaan ujian darah mesti bawah dari kebiasaan baby yang kena kuning tapi tak duduk bawah lampu kata doc...

time balik ke kampung untuk bercukur dan akikah, kuning dhia masih ada dan sambung ubatkan dhia kat kampung pula sampai sembuh... alhamdulillah...





Pssttt: nanti kongsi pasal majlis cukur rambut dan akikah dhia pula...

Wednesday, May 7, 2014

060314: Dhia Nur Syamsina (^_^)

Baby of Noor Shahida Binti Mohd Said
06/03/2014
12:50 AM
3.40 kg
Hospital Sungai Buloh



Tuesday, May 6, 2014

Pengalaman semasa bersalin...

kepada korang-korang yang belum baca kisah aku sebelum masuknya ke stage labour room ni, silalah baca pengalaman sakit perut sebelum bersalin...

sebelum sampai ke labour room, aku cuma rasa katil aku kena tolak je... then berhenti, nurse minta aku pindah ke katil dalam labour room... macam-macam bunyi la yang datang... dengar orang meneran kat bilik sebelah... tambah dengan nurse tengah siapkan peralatan yang patut... mulut aku tak habis-habis tanya mana hubby aku dekat nurse yang ada... katanya ada dekat luar, nanti bila aku dah nak bersalin dorang akan panggil... tapi aku memang dah nak bersalin rasanya, apalah salah panggil je terus...

dengar doc tanya soalan macam-macam kat aku... blur-blur nak menjawab dengan aku tengah sakit tu... ak patut betul dorang ni menanya soalan dalam keadaan pesakit dah nak bersalin kot... macamlah tak ada rekod yang dorang boleh refer, padahal soalan-soalan tu dah ditanya kat aku sebelum ni... bila dah habis kecoh-kecoh dorang buat kerja, eh tetiba senyap... aku tengok dorang macam relax je... tunggu apa lagi wahai nurse dan doc, bukan korang bawa aku ke labour room untuk bersalin ke?

then aku bagitau la dorang yang aku dah tak tahan, rasa nak teran sangat-sangat dah... bila dorang check dengarlah dorang cakap macam dah nampak rambut baby je ni... ha? kelam-kabut dorang pergi panggil doc yang pergi sambut kelahiran kat bilik lain... then nurse tu masuk ngan seorang sister, katanya doc kat bilik lain dulu... sister tu yang akan sambut katanya... aku tak kesah doc or sister, bagi aku lebih baik sister yang ada pengalaman dari doc baru yang baru nak berpengalaman...

dorang ada bagi instruction cara-cara nak teran, tapi macam dengar tak dengar... aku cuma ingat apa yang nenek aku ajar je... so itu la yang aku buat... bila contraction datang, tarik nafas dan teran, kepala angkat dan rapatkan ke arah perut masa meneran, jangan angkat punggung, tangan kekal pegang buku lali kaki... sekali teran dengar sister cakap dah nampak kepala baby... time tu juga my hubby masuk dan dia pergi ke tepi katil untuk bagi semangat... tapi tak hirau dah kat dia time tu, fokus aku nak keluarkan baby je cepat-cepat...

2 kali teran yang next tu baru keluar semuanya... time tu rasa macam satu perasaan lega yang amat sangat... tak termampu ucap apa-apa... nampak my hubby cakap "dah kuar baby kita yang..." tengok jam pukul 12.50 pagi... 6/3/2014...

dengar suara baby menangis... nurse datang tanya jantina baby apa, aku cakap perempuan... then lepas tu sister datang letakkan baby atas dada... rasa nak menangis pegang my baby time tu... terasa indah sangat moment tu... aku akan ingat sampai bila-bila... next baby pun aku nak moment yang tu datang camtu juga... lepas tu nurse ambil semula untuk cucikan baby dan buat apa yang patut sementara aku menjalani proses mengeluarkan uri, dijahit dan ditukarkan baju yang bersih... my hubby kena keluar semula tunggu kat luar, nanti nurse panggil untuk ambil uri je nanti...oh ye, dapat minum air milo secawan rasa macam dah lama gler tak minum air... thanks nurse tolong buatkan air...

bila uri dah selesai dikeluarkan, masa untuk dijahit pun tiba...tengah dijahit tu baby pun dibawa masuk untuk disusukan tapi dek aku belum siap dijahit, aku cuma dapat tengok jela dan pegang jari-jari halus my baby... kesian dia menangis nak susu... bila dah siap dan nurse keluar untuk bagi masa untuk aku berdua je dengan baby, baby merajuk la pula... dia taknak susu... so aku peluk jela dia yang tengah tidur tu... my hubby pun dapat masuk sekejap je untuk ambil uri, dah kena balik... tak boleh tunggu dah nurse cakap... kena datang esok la pula time waktu melawat...

sejam lepas tu, aku dibawa ke wad... bermulalah kisah aku sebagai seorang ummi malam tu walaupun badan masih sakit-sakit... ikutkan badan memang tak larat serba-serbi time tu tapi tengok ibu-ibu lain yang semacam aku juga menahan sakit but still kuat nak uruskan anak yang menangis malam-malam, aku pun dapat semangat tu juga...





Pssttt: as a woman, me must proud! HAHAHA!


Pengalaman sakit perut sebelum bersalin...

HUHU... tahuk entri tak boleh blah rasanya... pengalaman sakit perut sebelum bersalin tu ha...HAHA! semua orang pun pernah sakit perut apa... sakit perut sebab salah makan, gastrik, macam-macam lagi la... lelaki ke perempuan, dua-dua dapat rasa... tapi hanya perempuan yang merasa sakit perut nak bersalin tau... tak tergambar dek lelaki even dorang bayang camne sekalipun...

orang kata sakit perut nak beranak ni start dari sakit perut main-main tu dulu ha... oleh sebab pengalaman pertama nak melahirkan anak, aku memang tak tahu sakit perut yang setiap kali aku rasa tu yang main-main ke betul-betul ke... aku anggap semuanya betul-betul sampailah rasa sakit yang betul-betul sakit contraction tu datang, baru la aku dapat bezakan dah yang mana betul, yang mana kurang betul... main-main dari baby dalam perut... KIKIKI...

so nak dijadikan cerita, sakit perut yang kejap datang kejap pergi terjadi sejak pertengahan bulan 2 lagi... tapi jadi makin kerapnya bila masuk bulan 3... kalau ikut rekod, 28/2/2014 aku dah dapat mc sebab perut aku sakit semacam... kepala pun sakit... cirit-birit lagi ha... tak berani pergi kerja... bila check dengan doc panel, doc suruh rehat kat rumah sebab katanya dah nak dekat bersalin dah ni...

1/3/2014
makin menjadi-jadi sakit perut aku... baring tak kena, bangun tak kena... semua la jadi tak kena... HIHI... time tu cakap dengan baby keluarlah kalau nak keluar tu... senang tak sakit perut masa kat office sebab 1hb dan 2hb jatuh pada weekend... tapi tak mahunya juga... sabar lagi...

3/3/2014
tak ingat pula sebab baby kurang gerak or sebab rasa sakit perut, aku pergi ke hospital untuk check... pergi tengahari, petang sangat dah baru dapat balik... time ni kena VE dah... bila balik ada brownish discharge with lendir camtu keluar... eh, dah keluar tanda... :)

4/3/2014
pagi-pagi datang lagi ke hospital... kena tahan sekejap untuk buat ctg dan buat ve sekali lagi... doc cakap dah ada bukaan 1cm camtu, so depends pada aku nak duduk hospital or balik rumah dulu... aku pilih untuk balik rumah sebab mama cakap lambat lagi tu nak keluar kalau baru 1cm bukaannya...

5/3/2014
balik dari hospital tu cuba berehat dan kumpul kekuatan mental sebab rasa macam seram nak bersalin... HEHE... tak dapat nak tidur lena dah malam tu sebab serba-serbi rasa tak kena posisi nak tidur... susah nak bernafas semua ada time tu... tengah duk melayan perasaan dengan sembang-sembang with my hubby sambil baring-baring tu, rasa basah-basah la pula... dalam kepala ni, aku terkencing ke? memang akhir-akhir pregnant tu dah macam tak larat nak ulang-alik pergi toilet malam-malam, so stay je atas katil...

tapi makin lama makin basah kain batik yang aku pakai... boleh pula aku tanya my hubby air ketuban ke? macam la dia tahu... my hubby suruh aku bangun, kalau air makin banyak keluar betul la kot katanya... so aku bangun la berdiri tepi katil... mak aihhh!!! laju meleleh-leleh air keluar... aku cakap betul la ni... tak ada bau apa-apa, jernih... memang terus melompat my hubby dari katil suruh aku bersiap nak pergi hospital... tapi relax je aku menjawab sabarlah... nak pergi mandi dulu... tak dibaginya aku mandi kata nanti tak sempat camne? nak tergelak rasa time tu... aku cakap lambat lagi la keluarnya, sempat nak mandi makan makan makan dan makan lagi ni... kecoh dia pergi ketuk rumah mama bagitau pasal air ketuban pecah pagi-pagi buta camtu...

lepas mandi bersiap barang-barang yang patut, dalam pukul 6 pagi camtu kitorang gerak pergi hospital... bila nurse tanya masa daftar bila air ketuban start pecah, aku cakap je dalam pukul 5 pagi camtu la rasanya, tak ingat nak tengok jam time tu... so nurse bagitau kena admit dan tak boleh balik rumah dah sebab ketuban dah pecah, kena monitor kat hospital sampai bersalin... dipesannya kat aku untuk check selalu air ketuban tu ada bertukar ke kuning or tak... dan kalau dah bertukar ke hijau bagitau segera... tu tandanya baby dah berak katanya... ok nurse, saya faham...

tunggu punya tunggu taknak beranak la juga... bukaan pun dah jadi 2cm, doktor cakap bila dah 3cm dorang akan masukkan aku dalam labour room tapi dek labour room asyik penuh je kan, so tak jadi... then doc cakap nak masukkan aku dalam wad dulu untuk induce sebab dah pecah air ketuban beberapa jam dah tapi bukaan still sikit... tapi tunggu punya tunggu tak ada juga dipanggilnya aku untuk masuk wad... aku ni beriya la ulang-alik berjalan keluar jumpa my hubby dan mama kat luar... setiap 4 jam nurse akan panggil untuk buat ve dan ctg lagi... bila bukaan dah masuk 4cm, sakit perut makin menjadi-jadi... mama ada tanya samada air ketuban aku bercampur dengan darah or tak... aku cakap aah, keluar sekali dengan darah dah... katanya tu ketuban darah dah panggilnya, memang sakit kalau jadi camtu... huuu...

dari berselera nak makan sampai dah tak boleh nak telan apa-apa dah rasanya... minum air pun paksa-paksa... tak ingat pukul berapa start sakit rasa tak boleh nak berdiri... masa tu jumpa mama kat luar wad bersalin... punya tak tahan nak duduk or berdiri, aku baring kat lantai... dah tak heran orang tengok ke apa, air mata tak payah cakap la meleleh-leleh tu... time tu la aku start merasa contraction yang kerap gler-gler rasanya... baru nak tarik nafas, dah datang semula contraction... mama terus panggil nurse supaya bawa aku masuk...

bila dah masuk dalam terus dorang suruh baring je... tak tahu jam pukul berapa, berapa jam aku sakit camtu pun tak tahu la... dari cuba tenang menahan sakit contraction sampai dah mengerang setiap kali contraction datang... rasa nak membuang tang tang tu juga... minta pergi toilet nurse tak bagi... bila aku suruh check bukaan katanya tak boleh kerap check risau infection katanya... aku ni punyalah merintih cakap dah tak tahan macam benda nak keluar tang-tang tu juga bila contraction datang, dorang boleh dengan yakin cakap still4 cm tu puan... belum masa lagi... rasa nak mati... nak cakap banyak-banyak pun dah tak larat... dorang macam peduli tak peduli pun ada sebab ramai lagi pesakit nak kena dorang jaga kan... sedih...

mama setiap 5 minit rasanya call aku, aku menangis... mama menangis... mama pesan time contraction datang tu teran sikit, bagi lagi cepat bukaan... itulah yang aku buat pun sampai rasa macam ada benda nak keluar sangat-sangat dah... aku minta my hubby untuk pergi bagitau doc yang aku nak czer tang tu juga... tak tahan sakit sangat-sangat dah... sister datang cakap tak boleh... aku minta untuk dorang buat ve sekali lagi... dorang cakap buat ctg dulu, baru buat ve... sambil dorang pasangkan alat ctg tu, air mata memang dah meleleh segenap muka dah rasanya ha... mata memang tak boleh buka, rasa berpinar-pinar... then terdengar nurse-nurse bercakap...

tingginya contraction ni...
puan rasa camne sekarang?
kita check bukaan ye...
dah 8cm, jom tolak masuk labour room...

rasa nak menangis sebab nurse-nurse tak percaya cakap aku... mentang-mentang baru first time nak beranak kan... bajet lambat lagi la semuanya... aku ni dah separuh mati menahan contraction saja, belum masuk bab nak bersalin kat dalam labour room lagi...





Pssttt: dah panjang la pula entri ni, next entri la aku ceritakan pengalaman dalam labour room... ok korang?



Monday, May 5, 2014

I'm back!

HEHE... after 2 bulan tepat yakni 60 hari dalam mode maternity leave, hari ni aku dah kembali menjejakkan kaki ke office tercinta aku ni... boleh pula hari ni general morning assembly untuk bulan 5, baru ingat nak menyorok sikit dah ramai yang tahu aku dah kembali bekerja... maknanya lepas ni bertimpa-timpa la panggilan telefon dari user untuk mengadu, merepot itu ini... HUHU!

tak tahu perli or what but my boss and a few people cakap aku KURUS!!! aku pakai girdle la wei... nak sorok perut yang tak berapa nak slim agi ni... KIKIKI...

kerja? emel? oh berlambak... buat satu persatu la kan... orang pun faham kita baru balik bekerja... 

rindunya kat dhia my gugurl... dengar dhia menangis tadi masa call hubby... dhia taknak minum susu dalam botol... pagi tadi sebelum aku keluar pun dia dh tunjuk muka comel ajak bercakap ngan dia macam selalu aku buat... pastu bila aku sua botol susu kat mulut, dia lelehkan semula susu... dia buat muka sedih minta susu badan, tak tahan tengok kecomelan anak, ummi dhia ni pun bagi la sekejap... tak tunggu sampai dhia betul-betul puas sebab dah lewat, so terus masukkan dhia dalam buaian... kesian sungguh anakku... :(

suppose aku kena ambil my adik dari sekolah petang ni sebab mama yang jaga dhia kat rumah kan... tapi tiba-tiba mama call cakap balik terus la lepas habis office hour sebab mama yang nak ambil dorang, lagipun mama nak ke kedai katanya... wah seronok... tak sabar nak jumpa dhia... sabar ye anakku sayang... kejap lagi ummi sampai...

hopefully dhia tak meragam dah esok-esok





Pssttt: oh ye, tengah cari mood untuk share pasal pengalaman bersalin dan berpantang... tunggu ye korang entri tu nanti...