Monday, February 15, 2016

140216: Dhia dan baby carrier barunya...

Assalamualaikum... hari ini Isnin tapi tak ada la pula rasa Monday blues kan, ada bersemangat sikit nak buat kerja selain daripada proposal satu projek kena hold dari boss besar sikit, dia nak suruh brief serba-sedikit kat dia... for this, my boss akan pergi berjumpa dengan dia petang nanti... kira kawtim dahla tu!

OK, now proceed kepada cerita berkenaan tajuk, yang ini semua sebab anak la ni... anak baru seorang, so seboleh mungkin selagi mampu, kita akan bagi asalkan tak naik kepala kemudian hari... ikutkan aku taknak pun belikan permainan baru untuk Dhia sebab nak dia fokus bab mengaji dan membaca pula, tapi kesian tengok dia duk terbongkok-bongkok menyorong trolley mainan kepunyaan Ceksu Yaya dia tu... bila pesan jangan bongkok, siap ajar tolak sambil melutut, aishhh... lagi kesian bila budak yang buat... kita yang dewasa ni rasa ok je bila buat aksi menolak sambil melutut tu sebab kita tinggi kan...

Nak dijadikan cerita, bermulalah proses memujuk mr.abe which is sangat susah nak bagi dia cakap OK selagi dia rasa benda tu tak penting. So, mula-mula aku cerita je dulu gitu gini kenapa nak beli... then, minta Dhia ulang tayang camne dia menolak troli tu pula... Hehehe... pujukan berkesan!

Terus ajak mr.abe ke Tesco Manjalara sebab sangat yakin mesti ada jual kat bahagian toys kat situ... dalam hati berdoa juga minta-minta jumpa sebab taknak dengar mr.abe membebel... kikiki... setiap satu bahagian rak permainan tu aku tengok betul-betul... dan akhirnya jumpa!

Balik je rumah, terus buka dan pasang... dek kerana trolley tu macam besar, Dhia boleh pula ingat tu untuk dia... nak duduk dah pun. Nasib baik nampak dna sempat larang... meraung la juga ingat orang taknak bagi dia guna... pujuk siap tunjuk camne nak letak baby mainan dia dalam tu, barulah Dhia faham tu untuk mainan dia jer...


memperagakan baby carrier dengan baby kesayangan Dhia...





Pssttt: CekSu Yaya dia pun nak juga baby carrier ni ha... ish ish ish...

No comments: