hehe... semua perkara tak semudah yang kita gambarkan dan kita harapkan... semakin payah sesuatu perkara tu, semakin bernilai hasilnya kan? sama la juga bagi diri aku... pentauliahan 12 jun yang lepas dapat watikah diraja... messnite semalam pun dapat lagi... tapi semalam watikah Kurnia Satriajaya yang diberi oleh canselor ukm, DYMM Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir...
semalam, 18/06/2010 berlangsungnya makan malam rejimental palapes ukm batch 29 sempena pentauliahan kami pada 12/06/2010 yang lalu kat hotel royale chulan, kl... semalam hari yang sangat meletihkan bagi aku... sebagai kumpulan pendahuluan untuk menyelesaikan beberapa perkara sebelum kumpulan induk sampai ke hotel, banyak kerja yang kena buat... memang x berkesempatan nak merayau2 kat hotel pun... tambah lak aku ditugaskan di bahagian setting plan... so sangat banyak kerjanya...
semua kerja2 kami boleh siap awl sebenarnya tapi bila ci kami datang je untuk tengok rehearsel kami, adoiii... macam2 yang dia tak puas hati... dan perkara yang membuatkan aku terus hilang mood untuk meraikan messnite malam tadi bila ci suruh ubah beberapa tempat... dan tempat yang ditukarkan tu ada kena plak dengan seat aku... haishhh!!! hangin... dah tak dapat duduk satu meja dengan my bf... lepas tu ada la beberapa perkara lagi yang kena ubah... teks yang aku rasa bukan dibuat oleh ajk setting plan pun aku juga yang kena ubah... sampaikan aku tak join pun raptai untuk messnite... lantak! memang mood aku serius hilang... rasa nak nangis je dapat ketua jurulatih camtu... nasib la aku dah nak blah dari ukm ni sok...
perjalanan meesnite malam tadi agak lancar... ada silap sikit... dan kesilapan tu datang dari ci kitorang sendiri... memalukn betul... pandai2 je nak betulkan orang lain tapi diri sendiri pun sama... hahaha...
disebabkan ci juga la berlakunya penganjakan pemberian skrol... sebab ajk skrol dah susun ikut kedudukan meja... satu kerja pula aku nak mencari skrol sendiri lepas habis majlis... lagi bertambah rasa tension bila aku tanya beberapa skuad aku tau nombor skrol sendiri ke tak? dorang cakap xtau... apakah kejadahnya aku buat setting plan seat dorang pancarkan guna lcd terpampang besar kat luar hall tapi dorang tak tengok? ooo tak juga... dorang tengok tapi sekadar tengok sahaja... tak reti dah nak ambil tahu bertanya apa fungsi aku letak nombor kat tepi seat kat plan tu padahal pada meja sebenar kitorang letak tag nama? budak u kan... malu kalau bertanya ni...
menu? haha... mesti nak selitkan juga bab makan ye? menu pun aku x berpuas hati... x sesedap yang diharapkan bagi hotel mewah seperti tu... lagi best menu time pra-messnite...
bergambar? xde... hanya ada gambar aku dengan my bf dan beberapa skuad aku... tu pun sebab dia pujuk aku walaupun dia tau aku dah hilang mood time tu... hilang kegairahan aku yang gila bergambar ni bila jadi macam semalam... rasa geram yang teramat sangat...
ada la aku upload kat facebook aku gambar2 yang sempat aku ambil tu... boleh tengok kalau nak...
Pssttt: xde sangat la kenangan aku untuk messnite ni... hancur dilanda ci...
No comments:
Post a Comment