Saturday, December 11, 2010

Aku Bengang Kot...

ngeee... rasa cam lama tak update blog... berapa hari yek? hehe... no idea tapi nak bagitau yang aku xde plan esok... huhu... terasa boring la plak...

tadi masa tengah online fb dan syok2 main game, someone chat with me... menyampaikan bahawa salam aku dah disampaikan pada yang empunya badan... terima kasih kak nad... tapi kenapa tak rasa happy? sebab empunya badan tu x balas apa2? memang... takde respons... sedihnya kau ni shida...

dan lebih menyedihkan, semalam punya hal... aku dah buat something yang aku tak pernah terlintas or berani nak sebut pun... tapi aku dah "sebut" tu kat ym... haha... remember this korang2... don't put feeling into ym... seyes bahaya!

kat ofice tengah banyak kerja sangat sekarang... huhu... tambah tekanan kalau ada user yang suka push2 kita... setakat push melalui email aku boleh tahan lagi, tapi kalau dah pedih telinga aku dengar kat telefon... adoiii, rasa nak bagi penyepak je! nasib aku ni x ikut perasaan, kalau tak xtau apa la kan... rupa2nya bukan aku sorang anti dnegan user tu... senior colleague aku pun pernah rasa... apa dia buat? kalau user tu call, she will not answer it!

aku rasa nak menangis je tadi... projek aku tak start agi... tinggal 2 minggu je lagi... macam mana nak start buat, baru nak mukadimah, kring kring... "shida, kenapa bla bla bla...?" kalau bercakap dengan elok sebagaimana cara aku bercakap xpela gak... yang mana cakap elok tu thanks... tapi yang sorang tu... aishhh! xleh blah betl rasanya... punya lembut aku cakap, lagi kuat intonasi dia... macam nak bagitau satu department dia tu yang dia tengah marah aku! it's ok, after aku settlekan masalah dia yang kecoh2 sangat tu, jangan harap aku layan ko agi...

huh! aku sangat bengang ni...

kenapa la consultant yang bijak sangat tu menyusahkan hidup aku sekelip mata? habis semua bermasalah sebabkan apa dia buat... pastu tak terangkan kat kitorang mana yang diubahnya... pastu kenapa semua orang ingat aku bertanggungjawab untuk semua masalah tu? sebab aku yang kena handle semua perkara kat portal tu? sebab tu la semuanya aku la yang tau segala ceruk segala benda?





Pssttt: bila aku terasa tension, aku...

No comments: