Sunday, January 2, 2011

Pembuka 2011 Bersama Mereka...


ALHAMDULILLAH...
syukur sebab masih bernafas di awal tahun 2011 ni...

syukur juga sebab plan ber vacation bersama coursemate ts/tc berjalan lancar walaupun hanya sembilan daripada kami sahaja... at least ada wakil untuk vacation pertama after kami semua graduated... dah kerja ni, faham2 jela... bukan mudah nak kumpulkan semua orang dalam sesuatu event...

thanks to mira, liza, maran, ecah, fila, rozek, zam and sepul sebab sudi menghadirkan diri anda semua... kepada ahli2 keluarga ts/tc yang lain2 tu, hope korang dapat join la event yang seterusnya... untuk pengetahuan korang, event seterusnya kita pergi pulau pula kot... hehe... ok korang? just masing2 buat simpanan sendiri supaya bila masing2 dah boleh meluangkan masa bersama2 nanti, kuranglah sedikit beban dari segi kewangan... ye tak? event seterusnya nak tukar pengarah program yang baru ke? aku tak kesah asalkan kita semua still dapat join bersama2...

jom dengar cerita aku...


dalam pukul 10 pagi, aku dengan mira and liza bergerak ke bagan lalang... sambil2 tu duk busy contact yang lelainnya... agak geram sebab gagal nak contact zam dan ketam... plan awalnya zam akan gerak bersama rozek dan ketam... huhu... bila dah tak boleh contact tu, risau lah gak... sebabnya rozek tak ada pengangkutan untuk ke sana... tambah lak, rozek yang deal dengan resort untuk kami menginap tu... kami pula tak ikut laluan ke ukm...

after 2 jam perjalanan camtu, kami pun sampailah ke bagan lalang... ramai sungguh orang yang datang tengah ber bbq kat pantai... mungkin sebab weekend, sebab tu ramai orang... kami pun berjalan2 lah kat tepi pantai... dah penat, kami lepak kedai makan... agak kepenatan sebab menunggu 3 lagi sampai... fila, ecah dan rozek... hihi, thanks tu fila sebab sanggup patah balik ke ukm untuk angkut rozek...

dah dapat minum air, lega sikit rasanya... tambah lak dah dapat hubungi sepul... jadi pula dia join... katanya akan gerak ke sana dengan zam after asar... terus contact maran suruh dia join sepul dan zam ke bagan lalang petang tu after majlis kat rumah abang dia tu... kalau tak bagitau mesti maran tak join punya... ada hikmah tak dapat contact zam pagi tu... ngeee...

sampai je fila, ecah dengan rozek kat bagan lalang tu, kitorang terus pergi check in bilik yang kami tempah... untuk pengetahuan korang yang nak menginap di bagan lalang beach resort, check in ialah after pukul 2.30 petang... and check out pula pukul 12 tengahari... dah dapat masuk bilik tu faham2 jela... rest2 dulu... nak buat aktiviti pun still panas cuacanya...



dalam pukul 5 petang, kami keluar berjalan kat pantai... main2 air... aku pula duk pening sebab sepul, zam dengan maran dah macam sesat jalan... kenalah guide dorang dari telefon je... dalam pukul 7 juga lah dorang sampai... itu pun sebab kitorang tunggu tercegat kat tepi jalan dah macam menyambut kedatangan vip... tapi memang kena buat camtu pun, sebab orang sangat ramai time tu... keeta2 pun banyak...

after isyak barulah kami keluar dari sarang masing2 dan menuju ke kedai makan... kononnya nak makan seafood dulu sebelum memulakan bbq... mak aih! beratur2 orang kat kedai... setiap satu kedai yang ada dekat pantai tu kitorang masuk... kot2 ada yang agak kosong kan... takde! baliklah semula kami ke bilik dan ambil barang2 untuk bbq...

ngeee... start la malam bbq kami... sangat kelakar... nak hidupkan api pun sangat2 lah menguji kesabaran... tapi kami bagus, sangat sabar...






bila dah start membakar ayam dan hotdog, banyak plak aksi2 dari setiap seorang dari kami... berkumpul sekeliling api dan bersembang... bab membahan pun bermula lah... paling tak boloh lupa bila jaring pembakar ayam kami banyak klai terbakar... haha... cepat2 selamatkan ayam dari hangus... time ni lah aku banyak kali menangis sebab mata kena asap...tapi nasib baik sebab ayam2 tak hangus dan dapat diselamatkan... tahu tak macam mana kami padamkan api kat jaring tu? huhu... semua orang duk main ketuk2 kat jaring tu... nasib ayam2 tak terpelanting... hahaha...

banyak lah lagi perkara yang berlaku... tak perlu share semua, simpan2... dalam pukul 1 juga lah kami siap berbbq... sempat juga kami makan seafood tau... beli dari kedai and makan bersama ayam bbq kami...



then kami balik bilik dan berehat...

pagi tadi pula, after mandi main badminton dengan sepul, rozek dengan zam... yang lain semuanya duk busy mandi dan bersiap untuk pergi breakfast... alih2 semua dah siap mandi, aku pula yang kena mandi sekali lagi... hihi...

dalam pukul 10 kami pergi breakfast kat kedai berdekatan... nasi lemak... sedap2...



bergambar before meninggalkan bagan lalang beach resort...









kul 12 tengahari kami check out bilik dan terus gerak pergi alamanda... wahhh... sampai sana tau kitorang buat apa? makan lagi... kat mcd...

after makan baru kami berpecah dan masing2 bergerak balik... aku sampai ke rumah tepat pukul 3 petang tadi... alhamdulillah, selamat...





Pssttt: apa lagi, upload gambar la... sila tgk kat fb...

No comments: