hari ni aku tak pergi kerja... sebab aku kena attend satu seminar kat microsoft auditorium klcc... actually my boss yang register nama aku sama2 dengan dia... seminar tu pasal sharepoint 2010...
nak dijadikan cerita, aku rasa hari ini hari yang malang la bagi aku... walaupun tarikh ni pernah jadi tarikh yang sentiasa memekarkan kenangan2 manis... nak tahu apa jadi dengan aku? huhu...
aku dah janji dengan kawan aku yang kerja kat area klcc untuk pergi dengan dia pagi tadi sama2... kul 6.30 gitu la kitorang sampai kat ktm sungai buloh...naik la kitorang dalam tren... tengah aku duk bebel2 tersebut la pasal phone... mak aihhh, tercari2 aku dalam beg... phone ak
u xde! pastu teringat la aku tertinggal dalam kereta... terus menggelabah aku...
kitorang turun kat stesen kepong sentral... masa tu dalam pukul 7 kot... satu lagi kelemahan aku... aku tak ingat nombor phone adik2 aku... mama ngan abah je yang aku ingat ha... nasib la pergi dengan isyad, pinjam kejap phone dia... minta dihantarkan 'nyawa' aku dengan segera...
aku rasa sangat stress pagi tadi bila teringatkan phone aku tertinggal... kalau ikutkan bukannya nak main mesej dengan sesiapa pun kan... boleh je pergi je terus and tak payah bawa phone... tapi tak boleh... sebabnya?
first sekali sebabnya ialah maklumat pasal seminar tu aku simpan dalam phone... heee... kang aku salah level macam mana? (alasan je tu, padahal boleh tanya kaunter pertanyaan kot...)
second, dah janji dengan ketua aku yang aku akan on phone sebab maybe dia akan call kalau ada apa2 yang dia tak tahu pasal kerja yang aku cuba siapkan semalam tu... untuk pengetahuan semua, nak bagitau juga... semalam dalam sejarah sepanjang aku kerja dah beberapa bulan ni, first time aku balik lambat... pukul 9 malam baru aku sampai rumah tau semalam... semuanya pasal kerja yang aku kena siapkan tapi disebabkan ada problem siang hari semalam, lambat la jadinya... but thanks to my ketua sebab sanggup tunggu and teman aku dekat office sampailah kerja aku siap... seram ooo kalau stay sorang2...laluan semua dah gelap... dah la department aku
kat bahagian belakang2, rasa lambat je sampai ke bahagian depan masa aku nak balik semalam... haha...
ok, sambung...
ketiganya ialah aku tak ingat nombor phone my boss... macam mana kalau aku pergi and sesat tak jumpa2 tempat tu kat mana? macam mana aku nak inform dia kan? huhu... tapi sebaliknya berlaku... my boss call confirmkan tempat sebab dia sesat... ngeee... ok, kiranya memang perlu lah aku bawa phone untuk sebab ni kan?
cukup lah kot tiga sebab utama... actually ada sebab2 lain gak... tapi rasanya tak perlu sebab tak berapa nak penting... hehehe...
seminar yang aku hadiri tu pasal sharepoint campaign... gain or lose: change the way your teams collaborate within... start 8.30 pagi sampai 2.00 petang... menarik and tertarik dengan perisian yang ada tu... my boss pun macam menunjukkan minat untuk cadangan upgrade sharepoint yang kami gunakan sekarang dengan yang ini... erk! macam akan bertambah jek kerja aku lepas ni... xmo...
after lunch percuma, aku pun blah la dari level 29 turun ke bawah... sambil mesej kat isyad bagitau aku merayau dalam suria klcc sementara tunggu dia habis kerja... sempat lah terbang beberapa puluh ringgit kat situ... duit2... kejap je ko ek dengan aku?
dalam pukul 3 kot kitorang sampai dekat kl sentral... then sebelum balik ke sungai buloh, belanja isyad makan ais krim mcd sebagai ganti guna kredit dia pagi tadi menelefon my mama... isyad
turun kat kepong sentral, so aku meneruskan perjalanan ke ktm sungai buloh... after my adik jemput aku, terus ke kompleks sungai buloh... banyak perkara perlu di settle kan... and of course semua perkara tu melibatkan duit... nampak gaya bulan ni tak menyimpan lagi la... hahaha...
aku dah selesema... semuanya pasal aircond masa seminar tu sejuk yang teramat... memang menggigil aku dibuatnya... sok nak kerja macam mana ni? sebut pasal kerja, aku tak sure my boss suruh aku balik ke office after seminar tadi or balik ke rumah terus... haha, xnak tanya semula pula tu... nampak sangat tak nak balik ke office kan? ngeh3... tu lah point tajuk entri aku kali ni...
di bawah ni apa yang aku dapat after attend seminar tu... pengetahuan... oh lupa, ada lagi satu mende... pastu aku dapat baucer starbuck rm10 gak (^_^)
Pssttt: kena wish or tak? kalau tak wish? "happy birthday to you..."