Monday, March 7, 2011

Confirmation Letter...


alhamdulillah... tengahari tadi aku dipanggil masuk ke bilik manager department aku... dah tu bukan aku seorang yang dipanggilnya, ketua aku merangkap manager juga lah pun turut dipanggilnya... adoiii... apa aku dah buat salah ni? cuak pula aku time tu... huhu...

masuk je bilik manager aku tu, dia hulur sampul surat kat aku beb! terpinga kejap... tapi akhirnya tersenyum bila my boss ucap tahniah sebab dah confirm jadi permanent staff kat company aku kerja sekarang ni... alhamdulillah sangat2... sebab aku dah risau tarikh confirmation aku dah lepas kot... then bila aku tengok kat surat tu, rupa2nya tarikh confirmation memang pada tarikh yang sepatutnya pun... cuma surat je yang tak sampai2 kat aku...

my boss suruh tingkatkan lagi usaha di masa hadapan... ayat pembakar semangat gitu... tapi memang agak berjaya la... sebab after tu ada meeting untuk projek terbaru yang aku kena buat... syukur sangat aku dapat performed dengan agak baik, bagi pendapat aku la kan... and next week akan ada meeting lagi untuk perkembangan projek tu... chaiyok!!!

bila dah dapat confirmation letter, boleh dah la aku apply uniform kerja... huhu... esok after minta pengesahan dari manager, then baru hantar borang tu... dengar cerita uniform kerja akan ditukar untuk membezakan staff yang bekerja di office dengan bahagian production... apa2 or bila2 pun ditukarnya, aku harap sempatlah merasa uniform lama and uniform baru gak... hehe...





Pssttt: malam ni nak buat dadih.. esok mahu bawa ke office... kasi my colleague rasa sempena confirmation aku... nak jamu yang mahal2 belum mampu... hehe...

No comments: