Tuesday, August 31, 2010

Merdeka Aku Merdeka Apa?



"satu Malaysia menjana transformasi..."

merdeka! merdeka! merdeka!



tu tema hari merdeka negara kita pada tahun ni... dah 53 tahun negara kita merdeka yek? tapi umur aku baru 22 tahun bagi tahun ni... hehe...

selamat hari merdeka kepada korang2 semua... fikir sendiri a apa maksud tema merdeka tahun ni... tak terasa nak elaborate pasal tu... hahaha...



banyak2 sambutan merdeka yang aku lalui sepanjang 22 tahun aku hidup ni kan, tak tahu mana satu yang aku masih ingat... hehe... bajet umur setahun dah sambut merdeka day je kan? hihi...

sambutan merdeka masa aku kat matrik yang paling aku ingat sekali... kira time aku dah boleh berfikir dengan waras dan agak mengerti pasal merdeka2 ni la kan... time ni umur aku 18 tahun... huhu... mudanya rasa...

aku join persembahan silat time ni sementara tunggu detik 12 malam 31 ogos tu... saat2 tengah bertempur dengan my partner aka budak sukma silat... gila je rasa aku dapat tahan buat latihan dengan dia... masa tu kitorang buat persembahan tempur silat gayung fatani... biasalah kalau berlatih dengan 'orang silat' betul ni... masuk je gelanggang memang lain dari diri sebenar... nasib aku belum sampai tahap macam tu...

tak boleh lupa sangat time ni kitorang bertempur lain dari apa yang kitorang berlatih... uishhh, lebam2 la kitorang time ni... sakit gler rasanya... seminggu lebih baru lebam tangan aku surut kot... hihi... lawak betul... lengan dah macam kena calour dengan warna hitam, biru, hijau, merah... semua warna ada...



ok, habis bab persembahan... sambung merdeka2...



ada bunga api after detik 12 malam.... weee... macam agak batak juga la tengok bunga api dum dam dum dam kat langit time ni... excited... pastu mula la fon berbunyi2 member duk wish merdeka day...

pastu lepak2 kat trek balapan stadium matrik aku tu dengan member2... tapi macam tak ingat ada mengabadikan gambar ke tak time tu... tapi pada aku memang xdela... hehe...



ntahla, aku membebel pasal apa ni? aishhh... tu la kalau baru bangun tidur. malam2 camni... hihi... dah2... cukup la tu shida... nanti2 ada masa aku update lain la... huhu...





Pssttt: alhamdulillah masih boleh tidur dengan lena di tanah air tercintaku ini Malaysia...

Friday, August 27, 2010

Cinta Adalah Kekecewaan dan Kebahagiaan...




Love is a cycle...




When you love,
you get hurt,
you hate...

When you hate,
you try to forget...

When you try to forget,
you start missing...

and...

When you start missing,
eventually you'll fall in love again...




and now...



my love is
Mohamad Fauzi





Pssttt: hope aku takkan melalui proses ini lagi...

Wednesday, August 25, 2010

Happy Birthday Cayang... (^_^)





~~~<<@ 25/08/2010 >>@~~~



cayangku,
mohamad fauzi





genap sudah 22 tahun
umur cayang
tahun ni
(^_^)





semoga...

1) panjang umur
2) murah rezeki
3) sihat selalu
4) happy
5) cute selalu
6) menjadi anak yang soleh
7) senyuman sentiasa mekar
8) hidup sentiasa dirahmati oleh-Nya
9) sabar dengan setiap dugaan
10) lulus cemerlang dalam exam
11) jadi pendidik yang terbaik
12) tak nakal
13) menjadi rendengar yang baik
14) sentiasa memahami
15) bersyukur sentiasa
16) jujur dengan perasaan sendiri
17) tabah bila ada masalah
18) yakin dengan keputusan yang dibuat
19) percaya dengan diri sendiri
20)menjadi ketua/pemimpin yang adil
21) matang berfikir
22) ikhlas menyayangi 'org'





love you so much
cayang





Pssttt: sorry tak dapat sambut birthday cayang lagi buat masa ni... tapi tetap ada... wait ye cayang...


Monday, August 23, 2010

Pembuka Minggu Kedua Aku...


sebagai pembukaan minggu kedua aku berada di company tempat aku bekerja, aku hadiahkan korang semua dengan gambar pintu masuk ke department aku dulu k?



IT department...






Pssttt: sebenarnya nak ambil gambar tulisan "IT" kat pintu tu kasi besar gitu kan... tp segan dengan pekerja2 department lain yang lalu - lalang kat koridor tu... ini pun ambil curi2... hahaha...

Sunday, August 22, 2010

Kenapa Mesti Tanya Lagi?



sedang aku tengah berbaik hati menolong my mama masak untuk berbuka petang tadi, aku diajukan satu soalan yang buat aku tergamam sekejap...

" _ _ ada contact kaklong?" tanya mama...

aku yang macam tergamam sambil pegang pisau, terhenti sekejap... aku pandang muka my mama... agak lama juga la... pastu baru aku bersuara...

" dia dah kahwin pun mama..." tu je yang terkeluar dari mulut aku... padahal aku tak nak bagitau pasal ni kat my mama... sebab macam boleh teka je reaksi dia... memang betul pun... my mama terkejut... terus bertubi2 soalan menimpa aku... penat juga la aku nak menjawabnya...

aishhh! hope tu yang terakhir my mama tanya... aku dah tak nak dengar or jawab apa2 pasal dia dah...

cukup! aku dah bosan! dia tengah syok berseronok, aku plak yang sakit kepala nak menjawab bagi pihak dia... (emo ni...)





Pssttt: tolonglah...

Masa Memuat Turun Lagu Raya...




hahaha... perasaan nak raya semakin memuncak... yiiiihaaaaa...

tangan aku dah mula gatal mendownload lagu2 raya... ada la dekat 30 buah lagu gak yang aku download... tak ingat dah lagu raya mana yang best dan tak berapa best... yang mana aku rasa macam pernah dengar je tajuk lagu tu terus aku download... 

sambil2 download tu ada gak la usya comment2... wah! ada lagi yang lagi awal mendownload lagu raya dari aku ha... rasa macam meriah baca komen2 tu... duk cerita pasal zaman kanak2 la... hihi... teringat... banyak sangat kenangan... kenangan yang aku still ingat sampai lah kenangan yang macam blur2 je ingatan aku... smapailah kenangan yang aku rasa aku nak erase memory tu dari ingatan aku pun ada... pelbagai gitu...

lagu yang takkan ketinggalan aku nak dengar setiap kali dekat raya ni ialah lagu balik kampung... huhu... otw nak balik kampung tu memang sesuai dengar lagu ni... rasa excited... lagi satu lagu ialag dendang perantau... best lagu ni... memang kena dengan jiwa aku yang memang jadi perantau sejak kecil lagi... sekarang ni je macam dah bermastautin lama sikit... hehehe...

lagu lain? hurmmm... boleh tahan la... lagu siti ke kan... air mata syawal... sesuci lebaran... nazam lebaran... pastu  lagu dj dave, menjelang hari raya... sharifah aini, hai selamat hari raya... banyak lagi la... aku pun tak ingat sangat tajuk2 lagunya...

ada lagi dua minggu nak kena kerja... pastu minggu lagi satu tu kerja sampai hari rabu... khamis pagi2 lagi dah nak bertolak balik kelantan... lepas sahur gitu ke...perjalanan jauh kot... mesti macam konvoi jalan ke kelantan nanti ni... dah lama tak tengok situasi ni... tak sabarnya...





Pssttt: tinggal lagi berapa hari ye nak raya?

Friday, August 20, 2010

Macam Tu Tak Kena, Macam Ni Pun Tak Kena...



aku punya ke bukan aku punya?

tak kot...
aku tolong bayar jek...
hahaha...


apa?


entahlah...
bagitau macam tak patut bagitau
bila
respons yang aku terima
sebijik
macam apa yang aku sangkakan...





kenapa firasat aku ni asyik betul jek ek?
ni yang buat aku stress lebih...

oh tidak!





aku sedang mengalami tekanan perasaan ke?
maybe juga...
orang sekeliling yang aku anggap penting dalam hidup aku
serta
persekitaran
yang tak memahami aku...





Pssttt: permudahkanlah semuanya untuk aku...

Thursday, August 19, 2010

'Mata Ikan' Lagi...



sakit woo... berdenyut2... rasa macam gigi aku yang sakit... ha, tu la bahananya ulser mulut or lebih dikenali 'mata ikan'... pastu boleh plak kena dekat dengan tepi dengan mulut aku ni... bila nak bercakap punya la payah... siap tergigit2 dan berlaga2 lagi dengan gigi... 'mata ikan' tu plak besar... my mama kata geram tengok sebab besar macam kawah? ibaratnya la kan... hihihi...

ni dapat berfikir sedikit sambil meng'update' blog sebab baru lepas pekena bonjela! hahaha... kasi racun kat kawah tu...

meeting aku dengan ketua seksyen department petang tadi betul2 menguji air mata aku dari keluar berjuraian... 2 jam aku menahan beb... pastu tambah lak dengan puasa, mulut kering... lagi la payah nak bercakap... rasa macam herot2 da mulut aku ni untuk mengeluarkan ayat yang yang boleh ketua aku paham...

yang menyedihkan plak bila buka fb tadi terbaca komen yang menyakitkan hati... dah cuba untuk buat tak kesah tapi rasa sakit hati plak... sakit hati sebab tau siapa orang yang dikomen tu berbanding diri aku ni... tak sehebat dirinya untuk dibanggakan...





Pssttt: lamanya minggu ni berlalu kan? x sabar nak tunggu dekat2 dengan raya... mahu balik kampung...

Tuesday, August 17, 2010

Habis Sudah Hari Orientasi Tempat Kerjaku...


alhamdulillah... dua hari dah berlalu dengan agak lancar bagi diri aku memandangkan aku masih lagi cuba membiasakan diri dengan tempat kerja aku ni... dua hari ini aku ditempatkan bersama beberapa pekerja lain yang terdiri daripada pelbagai jawatan untuk menjalani orientasi kerja...

hari pertama orientasi, aku dah berkenalan dengan dua orang yang boleh aku kira sebagai kawan baru aku, seorang chinese dan seorang malay... yang malay tu kak nini dan yang chinese tu tin ( aku x ingat nama penuh dia)... chinese tu akan kerja bahagian finance, kak nini plak dia seorang tea lady... pastu ada lagi dua orang lelaki, seorang yang kerja bahagian hr dan yang seorang lagi bahagian production... siapa ntah nama dorang, aku tak ingat gak... hahaha...

pagi2 lagi kitorang dah mengisi beberapa dokumen yang diperlukan oleh company aku ni... masih ada beberapa lagi la yang tak selesai... akan aku selesaikan kemudian... pastu kitorang bergerak pergi ke bilik orientasi... kat situ kitorang dengar trainer kitorang tu bercerita pasal company dan juga keselamatan... petang tu plak kitorang ada test bertulis... agak banyak juga soalannya... trainer tu kata esoknya yakni siang tadi kitorang akan membuat beberapa praktikal... pastu kitorang ada perbincangan dalam kumpulan mengenai keselamatan di tempat kerja... pastu kena bentang? hihi... siap dengan kena cipta slogan kumpulan... ntah2 pape kitorang ni... nama kumpulan kitorang kumpulan 3+2... slogan yang kitorang cipta plak ialah 'kesedaran keselamatan, kesejahteraan kesihatan'... ok x?

oleh sebab company aku ni sebuah kilang yang sangat besar dan merupakan pengeluar air conditioner kedua terbesar dunia (siapa tahu pengeluar terbesar air conditioner terbesar apa?), so aspek keselamatan dan disiplin sangat dititikberatkan... yang paling utama lagi bos besar kami orang jepun... so aku tengok pekerja kat company ni bekerja macam orang jepun gitu... nak keluar nak pergi mana2 pun kena pakai cap yang dah ditetapkan... tapi yang seronoknya semuanya on time... waktu rehat minum pagi, lunch, minum petang semua ada muzik jepun sebagai peringatan... waktu2 tu la kalau pekerja kat sini nak makan (bagi non-muslim sebab bulan puasa) dan untuk solat...

siang tadi pula merupakan hari kedua orientasi... kami memang kena buat praktikal pun... start dari pukul 8 pagi, bersenam bersama pekerja yang lain ikut muzik jepun... comel je aku rasa... untuk bahagian production aku tak berkesempatan untuk tengok lagi pemandangan bersenam beramai2 ni... tapi tadi di bahagian office, semua executive dan non-executive akan bersenam di koridor di luar department masing2... termasuk la bos besar kami... mr.jepun... kikiki...

lepas senaman kitorang sambung mengisi dokumen... kami dimaklumkan esok diberi masa untuk keluar membuka akaun untuk gaji... wow! baru dua hari kerja dah fikir gaji? ngeh2... nak buat macam mana kan... kerja memang untuk dapatkan duit pun...

di bilik training, kami kena buat ujian menskru 10 skru dalam masa kurang dari 40 saat... banyak kali gak praktis, jadi seronok plak main ngan alat skru elektrik tu... kreng2... kruttt... hahaha... pastu kitorang kena buka aircond plak... indoor dan outdoor... dah buka tu kena la pasang semula yek?

walaupun aku dan chinese yang akan bekerja di bahagian office agak pelik dengan apa yang kitorang kena buat ni, tapi aku enjoy... seronok... trainer tu kata latihan dan test yang kami ambil tu ada sebabnya... walau apa sebabnya, orientasi kami dah berakhir tepat 5.05 petang tadi...

suppose waktu bekerja aku dari pukul 8 pagi sampai 5.30 petang... tapi untuk bulan puasa ni sampai pukul 5.05 petang... maknanya dah kurang 25 minit... hanya lepas muzik jepun tu berbunyi tepat pukul 5.05 petang je, baru la pekerja boleh thumb print untuk balik... oleh sebab pekerja kat company ni ramai sangat, so aku boleh nampak dalam kul 5 petang tu dah ramai berbaris... hihi...

bagi aku sangat bagus ada orientasi macam ni... sebab kalau mula2 masuk kerja aku terus kerja kat office, mesti aku tak nampak situasi yang mencuit hati aku macam dua hari ni...





Pssttt: badan rasa nak demam kena hujan lebat petang tadi...


Sunday, August 15, 2010

Kenapa Aku Rasa Camni?





rasa cuak, gelisah, tak senang duduk... macam2 aku rasa...
kenapa ek?

oh ye, esok aku dah start kerja tau kawan2... rasa cuak nak datang kerja sok ni... mampu ke aku nanti ek buat kerja2 tu... apa pun tetap kena cuba kan?

i will try...
fightin'.....................oh!





pagi tadi masa bangun dari tidur untuk sahur, aku cuba mengingat semula apa yang aku mimpi masa tidur... macam2 datang dalam kepala ni tapi kabur2, tak jelas... rasa macam betul ke aku ada mimpi macam tu? tak ingat...banyak sangat benda yang datang dalam mimpi aku tu... so tak dapat ingat dengan jelas...

tapi rasanya aku ada mimpi berjumpa dengan my ex-bf... dalam mimpi tu aku ucap tahniah kat dia sebab dah kahwin... aku tak menangis pun masa tu tapi aku tengok dia menitikkan air mata... ada lagi la yang kami bualkan tapi aku tak ingat...tak tahu kenapa aku tak ingat... so aku rasa musykil dan agak risau sekarang... kenapa aku tak menangis ek masa tu? padahal aku pasti aku memang tak bersedia pun kalau terserempak dengan dia kat mana2... then kenapa dia menangis? setahu aku dia lah lelaki yang paling ego pernah aku jumpa...

kenapa mesti risau padahal tu cuma mimpi? tapi orang kata mimpi tu macam petunjuk or peringatan or something yang ada makna... sebab tu ada tafsiran mimpi... dan selalu juga orang kata apa yang berlaku dalam mimpi membawa maksud bertentangan dengan apa yang akan berlaku dalam alam nyata ni...

so, aku ke yang akan menangis dan dia akan tetap dengan ego dia sambil tersenyum mendengar kata2 aku tu? jadinya juga aku takkan berjumpa dengan dia la kan? betul tak?





aku macam cuba lari dari hakikat kan?
maybe sebab tu rasa fobia ditinggalkan tak pernah hilang dari diri aku...


tapi

kenapa xde orang nak faham kerisauan tu?
maybe sebab tak pernah rasa begitu...
siapa yang pernah mengalaminya pasti faham...


dan

kenapa lelaki selalu berfikiran mudah untuk semua perkara?
maybe sebab tu lelaki lambat matang kot...


dan

bila lelaki dah cukup matang untuk memahami perempuan,
masa tu dah cukup terlambat bagi seorang perempuan...





hahaha... mesti korang yang baca tak faham kan?














Pssttt: jauhkannya dari diri aku...

Friday, August 13, 2010

Bagaimana Harus Aku Percaya?


kepercayaan tu sangat complicated... ye ke? sesetengah orang sangat senang nak dapatkan kepercayaan dari orang lain dan begitulah juga sebaliknya... semuanya bergantung pada banyak faktor... terutama sekali faktor diri la kan... apa orang kata? first impression... kadang2 pandangan pertama kita ada betulnya tapi maybe juga salah...

kenapa aku tiba2 buat entri pasal percaya plak ni? 

sebabnya aku tengah musykil pasal percaya, dipercayai, mempercayai, kepercayaan... 

contohnya macam aku percaya pada cinta... aku percaya cinta itu sesuatu yang indah tapi pada masa yang sama cinta tu sesuatu yang menyakitkan dan kadang2 boleh membawa kebencian... wow! hebatnya cinta kan? tapi cinta yang paling hebat adalah kepada pencipta sekalian makhluk kat muka bumi ni... Allah...

perasaan cinta sesama manusia ni hanya sementara tapi cinta pada Yang Maha Pencipta adalah yang hakiki... tak kira kita sebagai hambaNya bahagia ataupun sedang dilanda musibah, Allah Taala yang selalu disisi kita... bila kita cinta, maknanya kita percaya... tapi sekarang ni aku nak luahkan pasal percaya sesama manusia... percaya pada orang yang kita sayangi...



dipercayai? 
mesti di dalam sesebuah perhubungan kita mahu diri kita ni dipercayai oleh pasangan kita... barulah perhubungan yang terjalin tu berjaya orang kata...



mempercayai? 
dalam perhubungan juga tak lengkap kalau hanya kita yang mahu dipercayai... kita juga perlu mempercayai pasangan kita kan... maksudnya saling... hehe...



kepercayaan? 
ha... bila kita dengan pasangan kita saling percaya, barulah lahirnya kepercayaan tu... kepercayaan ni lah yang perlu dijaga sampai bila2... sebab dunia ni sebenarnya jahat... sebab apa? sebab banyak syaitan dan juga nafsu...



korang boleh fikir sendiri kot apa akibat dari tiada or hilangnya kepercayaan dalam perhubungan sesama manusia... jangan tengok dari skop hubungan sesama pasangan korang je tapi juga orang sekeliling gak... keluarga... kawan2... dll...

aku pun dah melalui beberapa akibat dari hilangnya rasa percaya ni... bila hilang maka tiadalah... huhu... hope korang faham apa yang aku cuba sampaikan... sekadar memperingatkan memandangkan sekarang ni bulan puasa kan... 





semoga ada hubungan yang boleh diselamatkan di bulan mulia ni...
amin...





Pssttt: hope hubungan yang aku jalinkan dan bakal jalinkan nanti mendapat keberkatan dariNya...

Thursday, August 12, 2010

Terawih VS Ngantuk!


hahaha... korang gi terawih tak sepanjang 2 hari puasa dah ni? maknanya dah 3 kali terawih... pergi ke tak? tak ke pergi? ngeee... sama je tu yek? jangan marah ok? bulan puasa ni... banyakkan bersabar...

actually baru malam ni aku sempat pergi terawih dekat surau kawasan perumahan aku ni... malam first terawih aku dalam komuter otw balik ke rumah aku dari ukm... semalam pula aku pergi surau dengan my mama... tapi huh! penuh beb... nama pun surau kan... kecil je pun... tambah2 lagi bahagian perempuan... setahu aku tahun lepas dan yang sebelum ni yang pernah aku gi terawih, xdela sampai penuh camni sekali... perkembangan yang baik kan? baguslah...

tapi yang aku tak berapa puas hatinya sebab mak2 yang datang untuk terawih ni bawa sekali anak dorang... yang mana dah pandai solat, memanglah join sekali... yang mana kecil2 tu duk main kejar2 kat taman permainan... 

untuk pengetahuan semua, surau kami terletak bersebelahan dengan taman permainan... lebih tepat lagi di taman permainan... agaknya pemaju kawasan kami ni tak cukup tanah yek untuk bina surau...kalau setakat budak2 tu duduk bermain xpela... ini siap menangis2 lagi... adoiii... hilang kekusyukkan... dahlah tambah dengan mengantuk dengar imam duk baca surah mendayu2 meleret2 bunyinya... tak salah imam tu nak baca camne yek? tapi agak2 lah... dahla mendayu, slow plak... pastu sebutan kurang jelas... maybe mikrofon bermasalah...

serius aku ngantuk! rasa macam terhuyung-hayang pun ada kejap2... tak stabil... tambah2 tengah berdiri tegak... nasib masih mampu melawan mata ni... nak salahkan syaitan, xleh yek? syaitan kena tambat... hahaha! salahkan diri sendiri...

yang aku lagi pelik tu, abis je witir boleh plak mata aku ni hilang mengantuk! terus segar... apekah?

xtaulah kerajinan aku nak pergi terawih ni sampai tahap mana je kan... selalunya bila aku dah sampai satu tahap yang macam memotong rutin pergi terawih ni, terus bersambungan rutin tu terpotong... tahun seterusnya pula la baru bersambung semula... ha... buruk perangai kan?

tapi insyaallah selagi termampu kaki aku ni melangkah pergi surau tu, aku pergi... plus my mata dapat menahan rasa mengantuk yang selalu bermaharajalela time solat... lawan!!!





Pssttt: moga terawih menang dan ngantuk kalah...

Wednesday, August 11, 2010

Aku Dah Konvo!



alhamdulillah...



09/08/2010 yang lepas aku dah selamat dikonvokan oleh canselor ukm...
|
|
|
\/
sarjanamuda teknologi maklumat dengan kepujian
sains dan pengurusan sistem



macam2 hal berlaku pada diri aku pada hari tu...
semua tu buat aku rasa sedih pada hari yang sepatutnya aku merasa gembira...
ye la kan, maybe kali ni je aku berpeluang untuk konvo...
lain kali belum tentu...
kalau ada rezeki ada la...
tapi kalau ada rezeki tapi xde umur pun tak berbaloi juga...
hehe...



apa pun yang aku rasa hari tu, aku tak nak la story kat entri ni...
biarlah aku sendiri dan orang2 yang berkenaan sahaja yang mengetahuinya...
tapi yang sure, orang2 yang aku maksudkan tu mesti tak perasaan akan kesedihan aku tu...
biarlah...
touching plak yek?
haha!



kat sini aku nak share beberapa gambar pada hari aku konvo...



with my family...




with my bf...




with my mama...




with my abah...




with both of them (mama & abah)




with my parent + my bf...




with my siblings...




with my friends...






petang tu aku dengan bantuan my bf pergi snap2 gambar sikit dengan jubah konvo aku tu...












~ tambahan ~



10 kuntum bunga merah + pink from my luvly bf...
thanks dear...



bunga ros pink putih dengan anggerik purple yang tak hidup from my mama...
ngeee...
lepas ni buat hiasan kat dalam bilik...




bunga ros pink yang tak hidup gak dengan teddy yang pakai topi konvo from my abah...
suka teddy...
muah2...






Pssttt: teringin nak sambung sarjana... tapi kekangan duit la plak... keje dulu pastu baru sambung... nak kahwin pun belum tentu... hihi...

Sunday, August 8, 2010

Sebelum Konvo...


bergambar dengan kiki, tat, amal, yana dan dayah kat air terjun ukm...
abadikan gambar sebelum dikonvokan ada tarikh masing2...
my convocation day tomorrow ok kawan2...
sesiapa yang nak datang, sangat dialukan...
sekali dengan bunga ye...



pastu kitorang pergi bergambar kat putrajaya...




gambar yang lain sila tengok kat fb...
gambar konvo yang sebenar after 09/08/2010...





Pssttt: my bf marah kat aku ke ek? hurmmm... siapa la yang nak bagi bunga untuk aku sok ye?

Friday, August 6, 2010

Apsal Aku Emo Sangat Dua Tiga Menjak Ni?


rasa serabut pun ada... macam2 yang terlintas kat kepala otak aku masa dalam komuter nak balik ke rumah pagi tadi... aku pun xtau kenapa aku rasa macam tu... tapi yang pasti semua yang aku rasa tu pasal perhubungan antara 2 insan dan perhubungan bakal 2 keluarga... (perhubungan yang kedua tu aku xtau bila dapat direalisasikan)

terasa macam diri aku tengah ada masalah... maybe masalah dalam diri aku sahaja kot... or maybe masalah dari dua pihak... or maybe gak masalah dari pihak ketiga... maksud pihak ketiga tu yang tak nampak pada penglihatan kasar kita ni...

masalah tetap ada dalam diri semua manusia... semua takkan terkecuali dari ada masalah... tak kesah la masalah tu kecil or besar... dan setiap masalah yang tercipta dah diciptakan sekali penyelesaiannya... cuma masa, keadaan dan bagaimana caranya masalah itu diselesaikan yang membezakan...





my bf kata:

"anggaplah masalah tu semua pengajaran yang membuatkan kita matang pada masa akan datang..."


aku kata:

"baik..."





Pssttt: kuatkanlah semangat hamba-Mu ini untuk menjaga perhubungan yang dibina ini...


Wednesday, August 4, 2010

Macam Pelik Pun Ada...


apa yang macam pelik tu? ntahla... aku sendiri cam confuse...

pagi tadi masa aku online, dapat berita yang aku memang tahu akan berlaku tapi tak la dalam masa terdekat ni... huhu... apekah?

my friend yakni kawan sekolah rendah aku, mimie bagitau pasal my ex-bf dah nikah...

terkejut la juga kan... oleh sebab aku tak dapat nak lihat fb dia, so mimie dengan baik hati hantar gambar kat emel aku... 2 keping gambar yang cukup membuatkan banyak persoalan timbul kat kepala aku ni...

cepatnya nikah...

tapi memang tergambar kegembiraan kat wajah kedua2 mereka yang dah sah jadi suami isteri... sedondon baju nikah warna biru laut... warna kesukaan my ex...

my mama tak tahu pasal ni sebab aku tak sure apa reaksi mama nanti dengar pasal ni... biarlah mama anggap yang bulan 11 nanti baru my ex-bf kahwin macam khabar angin yang aku dengar dari kawan2 aku... padahal baru petang tadi mama ada mentionkan pasal dia... tapi aku diam je... hehe...

tarikh dorang nikah plak 31/7 yang lepas... itu pun menurut kata mimie... time tu aku buat apa yek? ngeee...

tiba2 datang impian dalam kepala otak aku ni... rasa berkenan dengan angka 12... 12/12/12... time tu aku berumur 24 tahun... agak2 aku still bujang ke time tu? macam boleh agak je kan? macam jauh sangat untuk aku tukar status bujang ke status lain time tu... impian just impian...





Pssttt: semakin hari aku sedar diri semakin tua... maka, semakin hari saham diri seorang insan yang bergelar perempuan semakin menurun... gitu ek?