Tuesday, August 17, 2010

Habis Sudah Hari Orientasi Tempat Kerjaku...


alhamdulillah... dua hari dah berlalu dengan agak lancar bagi diri aku memandangkan aku masih lagi cuba membiasakan diri dengan tempat kerja aku ni... dua hari ini aku ditempatkan bersama beberapa pekerja lain yang terdiri daripada pelbagai jawatan untuk menjalani orientasi kerja...

hari pertama orientasi, aku dah berkenalan dengan dua orang yang boleh aku kira sebagai kawan baru aku, seorang chinese dan seorang malay... yang malay tu kak nini dan yang chinese tu tin ( aku x ingat nama penuh dia)... chinese tu akan kerja bahagian finance, kak nini plak dia seorang tea lady... pastu ada lagi dua orang lelaki, seorang yang kerja bahagian hr dan yang seorang lagi bahagian production... siapa ntah nama dorang, aku tak ingat gak... hahaha...

pagi2 lagi kitorang dah mengisi beberapa dokumen yang diperlukan oleh company aku ni... masih ada beberapa lagi la yang tak selesai... akan aku selesaikan kemudian... pastu kitorang bergerak pergi ke bilik orientasi... kat situ kitorang dengar trainer kitorang tu bercerita pasal company dan juga keselamatan... petang tu plak kitorang ada test bertulis... agak banyak juga soalannya... trainer tu kata esoknya yakni siang tadi kitorang akan membuat beberapa praktikal... pastu kitorang ada perbincangan dalam kumpulan mengenai keselamatan di tempat kerja... pastu kena bentang? hihi... siap dengan kena cipta slogan kumpulan... ntah2 pape kitorang ni... nama kumpulan kitorang kumpulan 3+2... slogan yang kitorang cipta plak ialah 'kesedaran keselamatan, kesejahteraan kesihatan'... ok x?

oleh sebab company aku ni sebuah kilang yang sangat besar dan merupakan pengeluar air conditioner kedua terbesar dunia (siapa tahu pengeluar terbesar air conditioner terbesar apa?), so aspek keselamatan dan disiplin sangat dititikberatkan... yang paling utama lagi bos besar kami orang jepun... so aku tengok pekerja kat company ni bekerja macam orang jepun gitu... nak keluar nak pergi mana2 pun kena pakai cap yang dah ditetapkan... tapi yang seronoknya semuanya on time... waktu rehat minum pagi, lunch, minum petang semua ada muzik jepun sebagai peringatan... waktu2 tu la kalau pekerja kat sini nak makan (bagi non-muslim sebab bulan puasa) dan untuk solat...

siang tadi pula merupakan hari kedua orientasi... kami memang kena buat praktikal pun... start dari pukul 8 pagi, bersenam bersama pekerja yang lain ikut muzik jepun... comel je aku rasa... untuk bahagian production aku tak berkesempatan untuk tengok lagi pemandangan bersenam beramai2 ni... tapi tadi di bahagian office, semua executive dan non-executive akan bersenam di koridor di luar department masing2... termasuk la bos besar kami... mr.jepun... kikiki...

lepas senaman kitorang sambung mengisi dokumen... kami dimaklumkan esok diberi masa untuk keluar membuka akaun untuk gaji... wow! baru dua hari kerja dah fikir gaji? ngeh2... nak buat macam mana kan... kerja memang untuk dapatkan duit pun...

di bilik training, kami kena buat ujian menskru 10 skru dalam masa kurang dari 40 saat... banyak kali gak praktis, jadi seronok plak main ngan alat skru elektrik tu... kreng2... kruttt... hahaha... pastu kitorang kena buka aircond plak... indoor dan outdoor... dah buka tu kena la pasang semula yek?

walaupun aku dan chinese yang akan bekerja di bahagian office agak pelik dengan apa yang kitorang kena buat ni, tapi aku enjoy... seronok... trainer tu kata latihan dan test yang kami ambil tu ada sebabnya... walau apa sebabnya, orientasi kami dah berakhir tepat 5.05 petang tadi...

suppose waktu bekerja aku dari pukul 8 pagi sampai 5.30 petang... tapi untuk bulan puasa ni sampai pukul 5.05 petang... maknanya dah kurang 25 minit... hanya lepas muzik jepun tu berbunyi tepat pukul 5.05 petang je, baru la pekerja boleh thumb print untuk balik... oleh sebab pekerja kat company ni ramai sangat, so aku boleh nampak dalam kul 5 petang tu dah ramai berbaris... hihi...

bagi aku sangat bagus ada orientasi macam ni... sebab kalau mula2 masuk kerja aku terus kerja kat office, mesti aku tak nampak situasi yang mencuit hati aku macam dua hari ni...





Pssttt: badan rasa nak demam kena hujan lebat petang tadi...


No comments: