Terpulang?
kata2 tu pernah aku dengar dari seseorang sebelum ni... semakin lama makin kerap aku dengar... sampailah aku dah tak dengar perkataan tu keluar dari seorang insan yang bergelar lelaki...
tapi...
perkataan tu dah kembali menghantui diri aku... terpulang? hahaha... sakitnya jiwa aku dengar perkataan tu... senang bagi insan yang mengungkapkan perkataan tu tapi perit bagi insan yang mendengarnya... event perkataan tu hanya la pada tulisan...
bak kata diri aku sendiri, apa yang kita baca takkan sama dengan apa yang cuba disampaikan si penulis... sebab kita membaca dengan intonasi kita sendiri... kita tak tahu bagaimana intonasi si penulis semasa menulis...
banyak tafsiran yang kita boleh tafsirkan dari pembacaan kita tu... maybe pemahaman kita tu betul tapi maybe juga salah!
jadinya, luahan secara berdepan antara diua insan tu adalah yang terbaik... tapi dari pengalaman lama, cara ni selalunya akan melalui risiko yang tinggi... tambah2 plak kalau dua insan tu "panas"
faham tak?
orang tua pernah berkata:
manusia ni terdiri dari 4 sifat... tanah, air, api dan angin...
anak pertama = tanah
anak kedua = air
anak ketiga = api
anak keempat = angin
selalunya orang tua dulu2 akan tanya si perempuan tu anak keberapa dan si lelaki anak keberapa... kalau "panas" memang tak digalakkan berkahwin... katanya takkan kekal...
tanah + tanah = ok dan tak ok gak
tanah + air = ok sebab air dapat sebati dengan tanah
tanah + api = tak digalakkan sebab tanah boleh terbakar
tanah + angin = ok sebab angin dapat sejukkan tanah
air + tanah = ok sebab tanah dengan air dapat sebati
air + air = ok dan tak ok gak
air + api = ok sebab air boleh padamkan api
air + angin = ok dan tak ok sebab angin leh wat air jadi berombak... tsunami?
api + tanah = berjaga2 jangan sampai tanah terbakar...
api + air = natural...
api + api = oh no! hangus la jadinya...
api + angin = bahaya... angin boleh marakkan lagi api... jaga2...
angin + tanah = semoga sejuklah tanah...
angin + air = jangan kasi air berombak sudahlah...
angin + api = jauhkan angin dari api...
angin + angin = jom lawan siapa leh jadi taufan... hahaha...
anak kelima dan seterusnya pula tergolong dalam kategori apa? well, anak kelima akan kembali ke kategori tanah dan begitulah seterusnya... ha, korang kira la sendiri...
boleh pakai juga la petua ni...
sebagai contoh yang aku boleh lihat sendiri pada ahli keluarga sendiri la... both my parent anak ketiga... memang berapi kalau bergaduh tu... huhu... air... air...
then adik beradik2 aku sendiri... aku (tanah) dengan adik ketiga aku (api) agak berapi sebab adik aku tu jenis baran, pastu suka bakar aku sampai terbakar dah tanah aku... hihi... tapi adik kedua aku (air) rapat dengan adik ketiga (api)... dorang tu kalau tengok tak macam adik beradik rapat macam kawan2...
pendek kata jenis yang paling perlu berwaspada ialah api dan angin... sebab dua kategori ni boleh jadi penyebab... tapi insyaallah dengan adanya ilmu agama yang dididik sejak kecil, semua petua yang diperturunkan ni tak menjadi halangan...
jangan risau ok? chill!
Pssttt: Terpulang la pada diri masing2 untuk percaya atau tidak. petua orang dulu2... sekadar untuk share dengan korang, maybe ada yang tak tahu lagi...
No comments:
Post a Comment