Tuesday, November 23, 2010

Babai Alex...



"alex, babai... huhu..." kata aku dalam hati jela...

hehe... alex ni one of my colleagues... antara orang terawal beramah-mesra dengan aku yang aku rasa sangat sempoi kat department aku tu... tau jela kan... IT... ramai orang kata department penyenyap... huhu... tapi sebenarnya department yang busy sebab phone asyik berdering2... antara nak angkat ke tak jela bezanya... haha...

dah 3 bulan lebih aku join company ni, dia la yang selalu merayap ke meja aku... untuk makan kerepek2 yang aku bawa... sembang2... selalu pun kalau aku bawa apa2 kat office, mesti aku offer dia dulu... dia belasah je semua asal bukan asam... hikhik... kalau aku tak sempat offer, dia sendiri offer untuk diri dia... kelakar sangat...

tapi agak terkilan... sebab aku tak tahu pun dia nak blah dah dari company ni... dah tu last day di aku tengah bercuti... isnin ritu jela aku baru tau sebab baca emel yang dia hantar kat semua... punya terkejut aku ha... dah kurang lagi sorang dalam department... dahlah dia banyak pengalaman... senior la katakan...

agak2 korang berapa umur dia ek? aku tak pernah ambil tahu plak pasal tu... tapi yang aku tau dia dah lama dengan company aku ni... dah 12 tahun kalau tak silap... lama kan? ha, cuba lah teka umur dia... memang patut pun dia bertukar company baru... tak pun bersara je terus... eh2 memandai je aku kan?





Pssttt: lepas ni siapa la plak yang nak blah yek? huhu...

No comments: