4 november 2010...
huhu... sepanjang 22 tahun aku hidup di atas muka bumi ni, hari ni hari bersejarah aku kerana berjaya mendapatkan saman pertama... masa study kat ukm dulu pun tak berjaya dapatkan saman, tapi dah habis ni baru berjaya...
actually saman ni aku dapat tanpa sengaja aku gatal2 nak suh polis perbandaran tu saman... atas kesalahan tidak mempamerkan tiket parking kereta di cermin... aik? bilamasa plak ada tiang2 masuk duit untuk parking kat kawasan tu? serius tak nampak! setahu aku dan sepanjang aku pergi kawasan tu dengan my abah sebelum ni, tak pernah terjadi pun... even tak pernah nampak pun ada polis yang menyaman secara beramai2 macam tadi... rm100 wei kena bayar... hehe... tapi of course la tak bayar lagi kan, duit mana ada ma...
niat pergi ke situ punya lah baik kan, buka akaun tabung haji... alhamdulillah, kali ketiga aku ke bank islam tu, akhirnya baru hari ni berjaya mendaftarkan diri sebagai ahli tabung haji... jangan tanya kenapa kedatangan aku yang dua kali tu tak berjaya... huhu...
yang paling bengang dengan saman yang aku dapat tu semestinya my mama... gila bengang mama aku sebab tak puas hati... memang sebelum ni tak pernah nampak ada polis yang suka round2 menyaman kereta2 yang parking kat situ...
aku? aku macam tak tahu apa perasaan time tu... bengang tu memang la ada sebab nilai nak bayar untuk parking yang beberapa ringgit tu digantikan dengan ratusan ringgit saman... tapi terasa gak bangga sebab rupanya aku dah berjaya menjadi pemandu yang normal macam orang lain... tak lepas dari saman... hahaha... sah aku mereng!
apa2 pun benda dah jadi bubur... nak merayu kat dorang yang menyaman tu pun xtau yang mana satu penyamannya... ramai sangat... kereta yang disaman pun banyak... silap2 lagi dorang up saman, mampus aku nak membayar nanti... kena bayar dalam tempoh 2 minggu dari tarikh saman... insyaallah simpan rm10 sehari dapatlah gi bayar yek? abah, silalah bermurah hati membantu anakmu ini... aminnn...
on da way balik dari buat akaun tabung haji dan layan bengang my mama, kitorang singgah isi minyak... pastu my mama belanja ais krim sebab katanya nak bagi cool kepala dari kebengangan tersebut... hihi...
pastu kitorang gi lunch kat sungai buloh... aku, mama dengan adik bongsu aku je... xpe, mama yang belanja... aku on jela...
lepas tu kitorang gi kota damansara, tetiba terasa nak gi tukar ic aku yang dah jadi macam apa ntah... lagi 2 minggu gak bolehlah gi ambil yang baru... agak frust sebab aku tak mekap2 pun muka masa kuar tadi sebab plannya nak gi wat tabung haji je kan... xpela, terima seadanya...
Pssttt: petangnya pula, kitorang keluar lagi, khas untuk my wugie punya hal... then gi makan kat kampung melayu.
No comments:
Post a Comment