Monday, October 31, 2011

OYL Team Building - Day 2


siapa yang belum baca entri sebelumnya, silakan --> day 1



25/10/2011

hari kedua sepatutnya bermula 8:30 pagi... tapi oleh sebab aku dah set alarm pukul 6:30 pagi, bangunlah juga awal bersiap apa yang patut... aku memang tak suka kelam kabut, nanti ada la tu menda yang tertinggal la apa la... itupun aku siap2 dah agak lambat... pukul 8 kalau tak silap aku, barulah aku dengan kawan sebilik aku tu turun untuk breakfast... bajet semua akan turun lambat la, tapi tengok macam semua dah turun kot... macam2 dorang makan dah... hehe, isi perut la apa lagi...

kayak and team challenge!!!

victory dapat tempat kedua je untuk game ni... stuck pada clue kedua... arghhh!!! kalau tak ada harapan untuk menang lagi... xpela, tu semua game... hehe... turn aku kayak yang last sekali, memang menguji ketahanan betullah... menyesal jadi team leader time ni... sangat preasure sebab fikir kumpulan berharap pada aku dengan partner kayak aku untuk dapatkan clue yang last... tapi sangat enjoy time ni...




after habis game outdoor yang past tu... kembali ke bilik untuk mandi dan bersiap untuk checkout bilik... sebab after lunch kami kena bersedia untuk presentation pula...




last before kami meninggalkan resort ni... oyl labyrinth 15!




bye2 lumut... habis dekat rm100 juga la beli makanan2 hasil laut lumut ni untuk family dan colleagues. wink! macam sebelum ni gak, gambar2 yang lain di fb k... tq sebab baca...





Pssttt: ada someone tinggalkan nombor telefon kat tisu and selitkan kat bawah pinggan aku masa lunch... kerja siapa ntah kan? x gentleman langsung! sorry ye, saya dah buang nombor tu... huhu...

OYL Team Building - Day 1


hehehe... akhirnya aku baru berpeluang nak update pasal program team building yang aku join isnin dan selasa lepas... oleh sebab program tu 2 hari, so baik rasanya kalau aku update pasal hari pertama dulu kot dalam entri ni... bukan apa, aku ni tak suka menaip entri meleret2, kang korang yang membaca ni juga bosan nak habiskan pembacaan... entri untuk hari kedua, next k... ok, mari membaca ye...



24/10/2011

aku dengan peserta2 team building yang lain dah berkumpul depan gate company kami seawal 6 pagi... sebab kalau follow tentatif program, 6:30 pagi suppose kitorang dah bergerak menuju ke lumut...tapi biasalah kalau menunggu orang ni kan... then ada pula 2 orang peserta yang tak dapat hadir di saat akhir disebabkan mc... oh, ye ke tu? xpela, tu dorang punya pasal... so after dah cukup orang, kami pun bergeraklah... rasanya dalam pukul 6:50 pagi kot lebih kurang la... then dalam bas, kitorang diberi sarapan nasi lemak rendang ayam... oh sangat berselera makan time tu... maklumlah aku bangun awal kot, pukul 5 pagi lagi... mana tak lapar jadinya perut time tu... dan macam biasa, aktiviti selepas makan tidur la... tu kelemahan aku kalau naik bas untuk perjalanan yang lebih dari sejam... cepat mengantuk... kroh3 la apa lagi... haha!

perjalanan kami mengambil masa 3 jam juga la untuk sampai ke orient star resort kat lumut tu... masa sampai, aku tengok jam tepat2 9:50 pagi... hehehe... oleh sebab masih awal kan sampai, so kami simpan barang2 kami dalam hall tempat program kami dulu sementara tunggu tengahari untuk check in bilik masing2... sebelum start program, kami minum pagi dulu sambil menjamu mata tengok laut... oh, angin sepoi2 bahasa...

kami diberi briefing serba sedikit pasal program dua hari kami tu dan kami diagih2kan mengikut bilik masing2... kami diberi masa untuk check in barang2 dulu dan terus lunch before program start pukul 2 petang...




2 petang, program pun bermula... 3 in 1... maksudnya time ni kami belum dibahagikan kepada 3 kumpulan lagi... so macam2 lah yang ditanya then siapa yang rajin menjawab dapatlah point...




3 petang, still dalam hall... indoor activity... raiders of the lost ark...

4 petang, outdoor activity pula... the maze! masa game ni, kami dah dipecahkan untuk masuk kumpulan yang ditetapkan dah... dan kumpulan aku menggelarkan diri kami victory... hehehe... bagi membakar semangat sikit... kitorang main game ni kat tepi pantai... masa ni takdelah panas sangat sebab ada banyak pokok2 kan... nasib baik, aku dah risau kalau kulit burned jek... aku dah kembali jadi puteri lilin semula kot... ceh! untuk pengetahuan semua, kumpulan kami menang dalam ativiti ni... cayalah victory!!!




pukul 5 petang camtu, kami diberi masa setengah jam untuk balik ke bilik masing2 dan bersiap2 untuk jungle treking... tepat pukul 5:30 petang, kami berkumpul dan diberi taklimat oleh pihak resort yang akan mengetuai merentas hutan di bukit engku busu... dekat je dengan resort kami duduk tu... after dah bersedia,kami pun berjalan la kaki ke trek yang disediakan... cuaca agak baik masa kami mendaki tu... sempatlah kami ambil beberapa keping gambar pemandangan... kami sampai ke last trek dalam pukul 7 petang... sementara menunggu 15 minit masa rehat di atas tu, bergambar lagi la... tapi masa ni dah nampak langit dah gelap sangat dan guruh pun bunyi2 dah ha... memang aku dah agak akan hujan punya...




tengok jam tepat 7:30 petang hujan pun turun... makin lama makin lebat... masa ni kami tak sampai suku pun lagi berjalan turun... memang dah kesejukan... tambah lak dnegan gelap, harap pada cahaya juru2 trek kami je... akar2 kayu berlambak2... masa turun ni la aku terlanggar dahan, memang sakit tapi tahankan aje la... dah tak nampak kan... tapi agak seronok sebab dapat main air hujan... hujan bukit pula tu... memnag terbaik dari hutan la... hakhak!

oleh sebab hujan tu lebat sangat, kami sampai semula ke lobi resort dalm pukul 9 malam... seronok dengan layanan resort ni sebab dorang sediakan tuala untuk kami kot... clap2...

kalau ikut perancangan asal, kami akan terus makan malam, then baru balik bilik masing2... tapi sebab dah lencun habis, kami diberi masa sejam untuk mandi dan bersiap turun makan... pukul 10 lebih kami ada last program sebelum dibenarkan balik ke bilik untuk berehat dan tidur...




last2 k... kami kena buat persiapan banner untuk bergambar keesokan harinya... banner kami ialah oyl labyrinth 15... adalah maksudnya... masa ni boleh tengok muka masing2 yang kepenatan dan dah ada yang seleseme sebab mandi hujan... bila dah siap semuanya, sangat seronok dapat balik ke bilik dan bersedia untuk tidur... tapi aku rindu pada someone time ni, so calling2 sekejap then terus tidur dengan lenanya... woha!





Pssttt: tu jela gambar yang rajin aku masukkan kat entri ni... korang ley tengok banyak lagi kat my fb k... tata2... next entri please --> day 2...


Saturday, October 29, 2011

Update: 29/10/2011


penat betul hari ni... aku kuar dari rumah pukul 12 tengahari gitu ha, pergi servis kereta la sebab next week nak balik kampung kan... tahu berapa lama aku kat tempat servis tu? 3 jam! gler naik bosan dah aku menunggu... rasanya setiap majalah terbaru yang dorang sediakan aku dah belek setiap helaian dah kot... still tak siap2 lagi... agak lama la servis tu sebab kali ni kena pula major service kan... dah la tengah xde duit nak balik kampung ni... bayar pun dah dekat rm600 kot semuanya... gler tension aku bulan 11 nanti ni sementara nak tunggu next salary masuk...

arghhh!!! terus berdenyut2 kepala aku after bayar tadi...

habis kerja kat pusat servis kereta tu,terus aku minta mama dengan adik2 aku sedia... dah janji nak bawa dorang gi tesco manjalara tu... tapi sakit kepala tak henti2 kot... sebab gi sana pun ada mende aku nak kena beli... shopping la sikit lagi... hadoi hadoi hadoi... apsal la semuanya mahal2 skang... camne aku nak kahwin kalau camni gayanya setiap bulan? part time please...

after dah settle shopping barang2 aku tu, terus gi makan... tension2 macam ni la lagi berselera nak makan... haha! lepas tu baru la kitorang pergi ke tujuan utama kami ke tesco tu... ke grolier sebab my adik si boboy dengan ada nak masuk pertandingan mewarna... bajet dorang mewarna cantik la kan? hahaha... tapi layankan aje... ni gambar adik aku, ada masa mewarna... waktu ni
dia dah start penat... baru warna sikit dah penat... oh ye, adik aku ni tahun depan baru nak masuk prasekolah...




macam yang aku dah agak la kan... bila my mama dah duk bersembang baik dengan orang2 grolier tu, pasni habis la lagi duit... tepat sekali dugaan aku... tapi takpelah, demi masa depan adik2 aku juga... kaklong sanggup berkorban sementara masih solo molo ni... hakhak!!!

sementara boboy dengan ada tengah mengaler tu, adik aku yang paling bongsu tu pun tak kurang hebatnya... tunjuk bakat dengan main permainan susun2... haha... pandai rupanya adik aku tu... cepat betul budak2 sekarang ni belajar kan? baru dua tahun tu...

kitorang sampai rumah dah dekat pukul 8 malam... so, memang ye la kan aku sangat penat sangat hari ni... masa ni la rasa diri ni nak bermanja... huhu...





Pssttt: lambatnya hari khamis...



Friday, October 28, 2011

FB Shared: Andai lelaki Tahu...


Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang berantem. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda risih, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mau kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih mengangap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu .

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia melebay-lebay. Dia bukannya mahu dipujuk dengan uang atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan bilang lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mau menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi tengking, dia bukan bermaksud untuk menjadi tengking, tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikanya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbedaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.


FB Shared: Ragam Bercinta


kalau bercinta, jangan berkepit macam belangkas, hantar surat berbelas-belas, SMS berbalas-balas, masa dating sebelah tandas, berpeluk-peluk dalam bas, asyik menjeling dalam kelas, minum air perghh kongsi segelas...

bila ada konflik , haa mula la nak frust, nak tunai solat pun malas, tak dapat tumpu study dalam kelas, waktu result nak keluar tahu pulak cemas, takut exam tak pass, tup tup awek sendiri kena kebas, kesian.. melepas !

so, jadilah couple yang ada class, berdating ikut lunas, bergaul ada batas, jaga maruah dengan tegas, syariah dijaga dengan jelas, tutur kata sentiasa beralas, kalaulah cinta yang dihulur ikhlas, janganlah bimbang, cintamu pasti berbalas.



♥ kepada yang masih SINGLE,
cinta ibarat kupu-kupu, makin dikejar, makin dihindar. tapi,bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu disaat kau tak terduga. cinta mampu membahagiakanmu, tetapi sering pula ia menyakiti. cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan cinta kepada seseorang yang layak menerimanya.

♥ kepada PLAYBOY/PLAYGIRL,
jangan katakan 'AKU CINTA PADAMU' bila kau tidak benar-benar peduli. jangan bicarakan soal cinta bila itu tidak benar-benar ada. jangan sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat untuk mempermainkannya. jangan menatap ke dalam mata seseorang bila kau lakukan untuk pembohongan. hal paling kejam yang dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta, sedangkan kau tak berniat langsung untuk MENERIMANYA saat ia terjatuh.

♥ kepada yang PATAH HATI,
bertahan selama kau menginginkannya akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya. persoalannya, bukan bagaimana mengatasi rasa sakit itu, tetapi apa yang boleh diambil dan dihayati sebagai pengajaran dan hikmahnya.

♥ kepada yang BELUM PERNAH JATUH CINTA,
bagaimana kalau jatuh cinta? mahu jatuh, JATUHLAH ! tetapi jangan sampai terjerumus. biar selamba janji stabil. cubalah untuk memahami. bersedialah untuk terluka dan menderita, tetapi jangan disimpan semua rasa jika itu yang benar-benar dialami.

♥ kepada yang TAKUT MENGAKUI,
cinta menyakitkan apabila anda memutuskan hubungan dengan seseorang. tetapi lebih sakit lagi, bila seseorang memutuskan hubungan denganmu. namun, cinta paling menyakitkan apabila orang yang kau cintai langsung tidak megetahui perasaa mu terhadapnya.

♥ kepada yang masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YANG TELAH PERGI,
hal yang menyedihkan dalam hidup ialah apabila kau bertemu seseorang, lalu jatuh cinta.akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodoh dan kau telah mensia-siakan masa bertahun-tahun untuk orang yang tidak layak. kalau sekarang dia tidak layak, 10 tahun dari sekarang pun dia tidak akan layak. biarkan dia pergi, dan lupakan.


Rindu nak bersilat semula?


mengada kan? hahaha... tapi tu la yang ak rasa skang ni... terasa sia2 aku belajar silat dari sekolah menengah, then skang dah terkubur camtu je... terkubur yang betul2 terkubur la rasanya... menda kalau tak dipraktiskan akan lupa... dah banyak langkah2 dalam silat yang aku dah lupa... sayang betul... :(

teringat masa mula2 belajar silat... masa sekolah menengah... hehe, masa tu aku tak minat dengan unit beruniform ni... so bila masuk form 1 dan kena daftar untuk ko-kurikulum, semua unit beruniform tak kira kadet apa pun, puteri islam sekalipun, aku taknak! then ade choices antara silat atau tae kwan do... kalau korang nak tahu, satu lagi yang aku tak suka, tae kwan do la... so aku pilih silat... weee...

masa tu aku bersekolah kat smkbbsb... so dari aku tak reti bersilat, sampai dah reti... oh ye, silat yang aku belajar time tu ialah pusaka gayung... bila masuk gelanggang je, lain betul aku rasa... semangat tu lain macam... best! tak kesah lebam2 tangan kaki asalkan rasa puas... baru nak hilang lebam dah diganti dengan lebam baru... latihan tak pernah ponteng... siapa yang pernah belajar silat ni mesti faham perasaan tu... huhu...

dari form 1 sampai la awal form 4, aku setia dengan pusaka gayung... dah pandai mengajar yang junior... still ingat macam mana aku rasa dilema sangat sebab masa form 4 aku dapat tawaran gi mrsm... seyes rasa nak tolak sebab masa tu tengah wat persediaan untuk pertandingan... tak boleh blah betul rasanya... tapi oleh sebab my mama dah paksa and pujuk suruh pergi juga, aku terpaksalah lepaskan salah satu kan... dengan harapan dekat mrsm tu aku still dapat sambung apa yang aku dah tinggalkan...

so next episode aku dengan silat masih ada sebenarnya masa kat mrsm muar... tapi aku kena belajar silat lain pula... silat cekak ustaz hanafi... masa mula2 belajar silat ni, memang timbul protes dalam diri... maklumlah, bila dah biasa dengan satu silat, then belajar silat lain, rasa tak boleh terima... ini aku rasa salah, tu pun aku rasa salah... tapi alhamdulillah lepas dah biasa, aku dah boleh lepaskan silat pusaka gayung tu dan concentrate dengan silat cekak hanafi je...

dalam silat cekak hanafi ni, kelebihannya dapat habiskan step2 yang ada dalam masa yang singkat... masa masuk form 5 aku dah tamat belajar... so tak rugi... tahu jela study kat asrama ni, masa tu sangat2 padat... so masa yang ada untuk berlatih silat, malam jela... xpe, aku turun juga latihan then balik lewat2 malam pun... minat punya pasal...

banyak sangat kenangan time ni... dan kenangan yang tak dapat aku lupakan sampai sekarang ialah bila bahu aku terseliuh masa latihan... huhu... rasanya aku sangat penat, tak dapat nak concentrate dengan baik masa latihan... tulang bahu aku terkeluar dari kedudukannya... perghhh, xleh bayang perasaan aku time ni... and partner aku time situasi ni terjadi pun tak terkata apa kot... tak tahu mana datang idea memasukkan sendiri tulang bahu aku ni ke kedudukannya... ngeri betul! yang aku ingat after tu tangan aku kebas gler and hampir 2 minggu tak dapat nak gerakkan bahu dengan betul... efeknya sampai sekarang masih ada sebab aku tak pernah pergi urut bahu aku tu... tangan kiri aku ni cepat sangat lenguh...

ok tu kenangan masa kat mrsm... skang masuk ke kenangan di matrik pula...

kat matrik tak ada dah persatuan silat2 ni... so time ni la start stop bersilat... tapi ada ketika tu kena buat demo untuk ambang merdeka... tapi masa ni kena demo silat apa ek? gayung fatani kalau tak silap... aku on jela sebab geng2 yang buat persembahan tu boleh ajar2 mana yang patut...demo je pun... tambah lak gayung fatani dengan gayung pusaka yang aku pernah belajar tu lebih kurang sama je step... hehe... masa ni pun ada mende yang jadi... macam aku pernah cakap kat paragraph kat atas ni la kan, bila diri kita betul2 masuk dengan mode gelanggang tu, kita akan rasa something... so walaupun setakat demo, dah jadi macam lawan betul... partner demo aku tu memang dah bukan diri dia yang aku duk berlatih... hehe, masa ni la aku dapat lebam teruk gler kat lengan... lebam yang besar sangat, semua warna ada...merah, hitam, biru, hijau. kuning... hahaha!

habis matrik, masuklah pula uni... hoho! minggu mesra pelajar, aku join persembahan... of course untuk seni mempertahankan diri la... banyak jenis silat, so aku pilih gayung fatani...










after dah start pembelajaran, aku jumpa silat cekak hanafi semula... seronok gler rasanya... tapi tak lama la belajarnya sebab aku join palapes kan... at least aku sempat join satu lagi demo dengan akak2 silat... siapa yang nak tengok video demo kitorang yang tak seberapa ni, boleh la tengok di youtube, baru je aku upload, berjaya menemui video ni dari simpanan after sekian lamanya ---> Demo Silat Cekak Hanafi (2007)









rasanya after aku dah busy dengan palapes, semuanya berkaitan dengan silat dah terkubur... huhu... sangat rindu... ni dah kerja, memang tambah2 la terkuburnya... tapi still bersemangat kalau tengok orang lain bersilat!





Pssttt: dulu masa kat sekolah sangat minat dengan lelaki yang pandai bersilat...

Thursday, October 27, 2011

Update: 27/10/2011


ohohohohohohohohohohohohohohohohohohohohoh...

dah lama pula rasanya ak update blog... ye ke? haha!



actually isnin dan selasa aritu, aku berada di lumut... ada team building anjuran company la kan... so memang excited nak update pasal aktiviti2 kat sana la... tapi memandangkan tiada gambar2 untuk dilampirkan, niat tu jadi tertangguh la pula... kena tunggu minggu depan sebab minggu ni company aku cuti seminggu... hoyeyyy!!!

nanti satu hal pula nak dapatkan gambar2 daripada dorang2 yang join aritu... huhu... masih terasa kesakitan dan kesengalan kat badan ni dek dah lama tak beraktiviti luar ni kan... tu la, badan dah jadi manja gitu ha... baru tadi perasan ada lebam kat kaki, aku langgar apa ntah pun dah tak ingat... very the pelupa... woha!

sakit2 pun sempat aje aku kuar dengan maran dan isyad semalam ha... thanks to maran sebab belanja kitorang makan kat cheras tu... punya jauh kitorang gi semata2 maran dah kempunan nak makan ayam kampung... tak pasal2 aku pun makan la ayam kampung gak... nasib baik ayam goreng, kalau masak2 yang lain memang sampai sudah la aku tak makan... hehe...

plan after makan tu nak gi tengok wayang la... ntah apa la nasib kami boleh sesat2 pula ha... last2 sampai the mines sambil tunggu 2 orang kawan kami, dayah dan aween balik dari kerja... xpe, kitorang tunggu memandangkan payah nak jumpa dorang ni... busy memanjang...bak kata isyad, orang nepal pun cuti kot, dorang kerja pula... hahaha...

plan tengok movie tu canceled! sebab tak ada cerita yang menarik perhatian kitorang... so yang jadi mangsa tentulah isyad dengan maran... kena follow aku shopping barang untuk dinner... sorry sangat2 korang, aku memang cerewet... tapi kira ok la tu aku beli la juga 1 barang kan?hihi... kesian korang penat duk layan aku... pilih2 pastu tak jadi beli... konon nak usya kedai lain...

lagipun masa tak mengizinkan... aku tak suka kalau rushing2 ni, tak boleh nak memilih... plan nak beli mende lain, gi beli mende lain...xpe, aku berpuas hati... rasa macam kena gi sana semula la, nak beli mende lain pula... tapi maran xde kat sini weekend ni... huhu... next week aku dah nak balik kampung... then after balik ke sini ada seminggu je sebelum dinner tu... sempat x ek nak shopping?

tapi kan korang... nak shopping camne agi ye kalau duit dah habis? hehehe... setiap bulan ada jela halnya... itu la ini la... asyik tak cukup je rasa duit gaji yang masuk... tapi tak cukup2 tu pun, berangan lagi nak pergi situ pergi sini...

oh, next program yang memerlukan aku simpan duit ialah bulan 3 nanti... ada beberapa bulan saja lagi... minta2 sempat la aku simpan duit tu... tapi tadi kan gi buat satu lagi program... hehe, memang saja nak tambah sakit kepala kan fikir pasal duit? tapi xpe, masa ni la nak berjalan pun... dah semuanya dah ada family masing2, mesti dah payah nak get together buat aktiviti bersama dah... so jangan pernah menyesal dengan setiap keputusan yang kita buat... tapi masa depan tetap tak lupa... simpanan mesti berjalan seperti biasa...

oh ye, arini aku terperap je kat rumah... sangat bosan... esok? entahla, maybe kena kuar la kot... kalau terperap juga memang double bosan... ble cuti lama macam ni,terasa nak gi kerja la pula... hehe... gatal!



wait for update pasal team building di lumut k korang... (tunggu...)





Pssttt: next week kerja isnin sampai rabu je... khamis dah nak balik kampung... :)

Sunday, October 23, 2011

Be strong Shida!

Diri ni buat camtu bukan sebab tak sayang, tapi sebab sangat sayang kat dirimu.

Tolonglah jangan salahkan diri ni sebab hati ni dah penuh dengan perasaan bersalah dan kecewa.





Sakitnya kepala ni bila dah lama mata ni tak mengalirkan air matanya... Menangis sorang2 sambil cuba mengawal tangisan dari didengari orang lain... Time menangis ni la terasa nak tarik semula apa yang aku cakap... Tapi semua tu tak mungkin...mesti dia benci dah dengan aku...

Poor shida... Hurmmm...





Mek, kaklong rindu kat mek...cucu mek ni tengah sedih... Tak sabar nak balik kampung... Nanti kaklong balik sorang jumpa mek. Next week gi beli tiket bas... Tunggu ye. Banyak yang kaklong nak ngadu... :(





Pssttt: Ya Allah, kuatkanlah hati hamba-Mu ni...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, October 20, 2011

OYL Hospitality - Educational Video (part 2)


hahaha... macam yang aku janjikan kat sini, aku akan update mengenai pembikinan educational video aku tu kan? so mari layan beberapa gambar yang aku sempat ambil...




















tak sempat aku nak stay untuk habiskan semua scene (ada 5 scene) sebab hujan turun da... oleh sebab aku ni kat tempat kerja nampak ladies gler, sejuk sangat tak boleh... panas sangat pun lagi la tak boleh... so xdela aku menebalkan kulit berjuang gak kat bawah hujan tu... woha!

aku sempat follow 3 scene je... lagi 2 aku serahkan kat team aku yang lain... xpe, dorang sporting... tadi terserempak dengan one of my team member, katanya sejam lepas aku blah tu la gak dorang baru siapkan shooting... oh, masa tu aku dah kekenyangan makan nasi lemak... hehe...

actually pasal alasan hujan turun tu, sekadar alasan je... hujan rintik2 je pun... sebenarnya malas nak tunggu sampai habis sebab aku sorang je perempuan ha... lagi sorang girl dalam team aku tu on leave arini... kira baik la tu aku turun juga kan... 8:30 sampai 9:45 pagi kot aku meluangkan masa...

pagi tadi lepas habis je morning assembly kat department aku, terus cabut... naik2 semula ke office dah time minum pagi... terus lah lepak di pantry ha... sampai kul 10 lebih... lepas tu abru masuk office dan buat kerja sikit... balas2 emel apa yang patut... online tenet tu wajib... haha!

12:20 aku dah turun dengan kak wan ke kantin... lunch! balik semula ke office lepas tu... rehat2... buat apa yang patut, then pukul 2 sampai 3:30 ada meeting hospitality committee... post mortem...

go go go OYL HOSPITALITY!!!





Pssttt: bila video dah siap diedit oleh dorang, aku akan update pasal tu pula... part 3 maybe...

Wednesday, October 19, 2011

FB Shared: Bagaimana Menyayangi Seseorang Hingga Hujung Usia

1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu hubungan berdasarkan perasaan, ia hanya akan gagal karena perasaan senantiasa berubah dari masa ke kemasa.

2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sebenarnya seorang yang istimewa dan biarkan dianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia karena sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya karena dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.

3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sekali kali mencoba untuk mempermainkan keluhuran cintanya.

4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan membuat alasan supaya dia menerima cinta anda karena kelak, yang akan anda dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.

5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia karena dia telah cukup sempurna semenjak anda mulai terpikat padanya.

6. Percaya akan dirinya. Senantiasa berbaik sangka padanya, jika kita juga menginginkan begitu darinya . Pastikan anda akan senantiasa memperlakukan diri anda pada tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apalagi dia.

7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya karena selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.

8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, niscaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.

9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa alasan. Dia bukan hanya akan menangis kecewa dan kemudian meneruskan hidupnya seperti biasa, ketahuilah bahwa jiwanya akan mati secara perlahan.

10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda, mendapatkan hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda peroleh setelah anda berjaya menyayanginya hingga akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah karena dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha dengan segala upaya untuk memenangkan cintanya, maka dengan itu haruslah anda juga berusaha untuk terus mencintai dirinya apapun keadaannya

OYL Hospitality - Educational Video (part 1)

sok aku ada shooting... kahkahkah!!! tapi bukan sebagai pelakon la, pembantu pengarah filem 3 minit... toing3...

ni sebagai kesinambungan menyahut seruan boss besar company aku ni supaya dibuat educational video bersempena Happy Month kami... entri berkaitan boleh usya di sini dan di sini... hehe...

harap-harapnya untuk video kali ni tak perlu ambil masa yang lama macam masa buat promotional video hari tu... yela kan, untuk promotion kena deal dengan ramai orang, follow masa dorang lagi... lepas tu baru boleh start editing... tapi untuk education punya ni, kami deal dengan beberapa orang pelakon sahaja... pekerja sini la ye, bukan pelakon betul...

minggu lepas dah selesai meeting segala bagai, apa yang nak kena buat sebelum video tu di ambil... dan hari ni semuanya dah prepare, tunggu hari jadinya je... esok! kena siap shoot minggu ni juga sebab next week kitorang cuti panjang, seminggu tak kerja kau... gler baik company aku ni bagi cuti lama2...

naik cuti nanti baru kerja suntingan akan dilakukan... wah2... dah macam ambil bidang penerbitan filem pula rasanya... excited! gler tak betul aku hari ni... hope team aku dapat buat editing dengan bersungguh2 tanpa kehadiran aku... kalau aku sempat aku dapatlah tolong... bukan nak curi tulang ye tapi aku dah apply leave untuk balik kampung... sebelum tahu kena buat video ni lagi... 10 hari di kampung... yeahhh!!!

filem 3 minit kami ni akan ditayangkan masa annual dinner company kami, tengah bulan November ni... so, kena buat yang terbaik! hoho... nanti aku update pasal apa yang jadi masa shooting pula... tunggu next entri pasal ni...

bak kata pengarah filem 3 minit kami ni --> Gentlemen, lets start our journey to Hollywood!! J





Pssttt: hope semua yang dirancang berjalan dengan lancar... amin...

Dapat Gift Voucher daripada Perfumes Farm!


hohoho... tak menang la masuk contest aritu... tapi xpe, discount voucher of 10% untuk 1 pembelian kat blogshop dia... lalala...









Pssttt: thanks perfumes farm...