Friday, July 30, 2010

Aku Dapat Kerja!


alhamdulillah... aku dah dapat kerja kawan2 semua... 

petang tadi aku pergi untuk second interview dengan syarikat oyl kat sungai buloh ni... it's a factory actually but still aku kerja dalam office... hehe... position yang company ni tawarkan kat aku ialah IT executive... salary pun agak berpatutan dengan tahap aku sebagai fresh graduate... jarak dari rumah dengan tempat kerja pun agak dekat... aku tak perlu melalui kesesakan tren... selamat... cuma maybe jalan jam jela... itupun xdela lama mana pun... hihi...

orang kata kalau dah dipanggil untuk second interview maknanya peluang untuk dapat kerja agak cerah... memang betul la tu... boleh diguna pakai... pak guard yang jaga gate company ni pun cakap camtu gak masa aku nak ambil pas pelawat masa pergi interview tadi...

tapi bukan cepat benar aku nak dengar perkhabaran gembira dari company ni...  agak lama menunggu orang atasan yang kononnya nak interview aku ni... padahal bila dah jumpa dorang duk bercerita kat aku pasal company dan sistem mereka... so maknanya? maknanya aku dapat kerja la... hooray...

start kerja? 16/08/2010... aku yang minta dekat company tu nak start after convocation... banyak plan aku sementara tarikh tu...

pertamanya aku tak nak awal2 kerja reputasi kedatangan tak memuaskan bila aku nak kena skip kerja untuk beberapa perkara sebelum tarikh konvo aku pada 09/08/2010 nanti...

keduanya dorang amat memahami perasaan graduan seperti aku yang mahu mempunyai kenangan indah sebelum dan selepas konvo... maksud dorang macam vacation gitu la walaupun bukanlah aku akan buat gitu pun kan? 

ketiganya pula ialah kesempatan yang ada tu dapatlah aku menyiapkan diri, fizikal dan mental serta pengetahuan aku tentang apa yang sepatutnya aku tau... aku nak kena belajar pasal sap sebab company ni guna sap untuk system dorang... orait!

sebab atau alasan seterusnya tak dapat difikir sekarang... ulser kat mulut aku ni dah buat gigi aku rasa sakit bangat... huh!





Pssttt: sok nak gi ukm untuk ambil jubah konvo...


Entiti Tersembunyi...




dapat cari tak satu entiti yang wujud dalam gambar ni? 

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

actually yang tengah memilih baju tu gambar my mama... entiti yang aku maksudkan tu plak adalah yang di bawah ni... hehe...



gambar adik bongsu aku, si alya kudup tu... at first aku tak perasan adik aku ada kat dalam timbunan baju2 ni... tp aku tengok mama macam kosong je... rasa2 macam dia ada dukung si alya... haha... terkejut gak sekejap bila perasan alya ada atas baju2 ni... rasa macam tengah mencari harta karun...





Pssttt: actually aku yang belanja pakaian raya untuk 3 orang adik aku yang paling kecil ni...duit hasil elaun palapes yang baru masuk...untuk aku? xde...

Kenangan 15 Hari Bersama Kawan2 dotNet...




akhirnya...

~ selesai 15 hari job camp .net yang aku join... ( 2 hari tak datang, so 13 hari...)
~ selesai 15 hari aku ulang-alik dari rumah ke kelas kat pj 8 tu...
~ selesai 15 hari aku naik komuter, lrt, jalan kaki, bas pergi dan balik...
~ selesai 15 hari my abah bagi duit tambang rm** sehari...
~ selesai 15 hari aku cuba memahami .net sebaiknya...



kebaikan...

~ dapat exercise berjalan kaki dan berdiri dalam komuter, lrt dan bas...
~ dapat simpan sikit duit dari baki tambang harian...
~ dapat berkenalan dengan kawan baru...
~ dapat melihat kehidupan manusia yang lain pergi dan balik kerja...
~ dapat mematangkan lagi pemikiran terhadap sasaran kerjaya pada masa depan...



keburukan...

~ bersesak2 dalam komuter, lrt dan bas selama 15 hari...
~ terpaksa bangun pagi untuk bersiap...
~ terpaksa menghadapi pencemaran bau, bunyi dan udara...
~ balik2 rumah saja dah penat, terus tidur awal...
~ kurang masa untuk berhubung dengan orang tersayang...



banyak lagi kebaikan dan keburukan yang aku dapat selain yanga ku nyatakan kat atas ni... tapi itulah yang aku terfikir saat aku mengarang untuk entri kali ni ha... huhu...


selingan kenangan...


petang tu after habis presentation projek kumpulan, aku dengan beberapa kawan2 aku di job camp ni sambut farewell untuk kitorang semua kat kfc...



gambo2 kami tu ada kat sini...


walaupun perkenalan kitorang singkat, harapnya berterusan gitu... hikhik...





Pssttt: adakah kerana hari terakhir, jasinya semua kenderaan yang aku naik agak lengang... dapat duduk, tak perlu berdiri...

Tuesday, July 27, 2010

Lagi 2 Hari...



lagi dua hari aku nak habiskan training dengan nota asia sdn bhd untuk course .net tu... alhamdulillah aku berpeluang untuk ikuti course tu dengan free... maknanya lepas ni kalau aku nak ikuti mana2 course anjuran mdec, kena bayar dahla... sekali je free... hehe... xpe2...

siang tadi kat kelas bertungkus lumus cuba siapkan projek .net kumpulan aku... kena bentang hari khamis ni... agak fed up juga bila buat2 asyik error banyak kan... tapi kena la belajar dari semua error tu... esok penentuan samada projek web based guna .net aku siap or tak...

tadi jugak aku dengan emma plan nak raikan hari tamat course kami tu dengan makan kfc kat kl sentral... kami akan ajak shakira dengan sharifah gak... kalau dorang tak dapat join, kami berdua jela... lepas dari ni xtau la dapat jumpa dorang lagi ke tak kan... huhu...

cukup la kot pasal training aku tu... mau selit pasal beberapa perkara:

1) aku balik rumah petang tadi terus bergaduh dengan my adik si epan tu... agak besar pergaduhan kami... pasal aku nampak bilik aku berselerak, pastu dia tengah online guna my lappy dan ada tempat habuk rokok... maksudnya bilik aku dah berbau asap rokok! pantang sekali! migrain... memang stok tinggikan suara tahap 10... dua2 tak nak mengalah... pastu boleh plak adik aku tu tolak aku macam dia nak gaduh dengan lelaki... adoyai, sungguh tak patut! nasib aku fikir adik-beradik jek... kalau tak nahas kaki dan tangan kat muka... haha...

2)  semalam company yang ada kat sungai buloh yang aku pergi interview aritu call... nak confirmkan pasal 2nd interview this friday, 5 pm... aku pun tak banyak fikir terus setuju... kalau dapat, baguslah... ambil mana yang dapat dulu... lagipun untuk sementara sampailah aku dah berjaya tunaikan hasrat parent aku nanti... ermmm, maybe next year kot...

3) plan dengan kawan2ku untuk pergi ambil jubah sama2... maybe hari sabtu ni... so dah plan dnegan my friend isyad untuk gerak ke ukm sama2 nanti...maybe nak ambil banyak gambar dengan budak kelas aku nanti...

4) raptai konvo pada 4/7/2010 nanti... mahu pergi atau tidak ek?

5) pipi aku dah macam terasa bengkak jek... mulut kena 'mata ikan'... haishhh...





Pssttt: walau macam2 perkara berlaku pada aku setiap hari, my bf tetap diingati... love you cayang...

Sunday, July 25, 2010

Melepas Rindu Pada Yang Sayang...


Hampir sebulan tak bersua muka, akhirnya petang tadi berjaya juga... berjaya untuk berjumpa dengan kesayangan hati aku, mohamad fauzi bin muadir...

janji nak jumpa hari ini dah ditunaikan oleh dia... tapi mood aku dah hilang siang tadi... sebab dah tengahari batang hidung tak nampak2 gak... mesej pun tak... dalam fikiran aku, maybe tak jadi la tu kalau dah namanya pergi latihan palapes... walaupun niat sekadar nak join pt pagi selaku pegawai baru di markas palapes ukm tu, mesti takkan dapat blah dari markas tu cepat2...tambah lak my bf ni rajin orangnya... xleh watpe la kan?

pukul satu tepat aku bagi satu mesej ke fon dia... lebih kurang gini la bunyinya... 

"dah pukul satu..."
 
dapat tangkap tak maksud di sebalik ayat aku ni? well, terus aku dapat panggilan dari my bf ni... bagitau dia dah otw...

konon kalau my bf sampai nak buat muka serius la kan... haha... tak boleh beb... tak mampu... sejuk sikit hati aku yang tengah lebih kurang menggelegak bengang ni ha... boleh saja mengukir senyum bila nampak dia dah sampai... walaupun gitu. still rasa tak puas hati... bajet aku ni bagus yek? haha... 

dalam pukul 3 petang kitorang gerak pergi one utama... tengok wayang... untuk pengetahuan semua, my bf tak gemar tengok wayang ni tapi dek kesian kat aku yang agak kaki wayang ni, dia layan je... lama gler wei aku tak tengok wayang semata2 nak tengok dengan my bf... tapi dia tidur da dalam panggung... aku tengok sorang2 jela cerita sorcerer apprentice tu... nasib my bf tidur comey jek... hihi...
 
macam biasa, kalau keluar mesti makan... apa lagi, melantak la... makan mcd ha... pastu kitorang pergi ikea untuk makan meatball plak... kunun boleh habis la makan meatball 15 biji tu lepas dah kenyang makan ayam mcd 2 ketul sorang... memang sumbat jela sampai habis.. tak habiskan membazir plak, mahal kot... my bf kata makan ganti sebulan tak jumpa... hihi... boleh ek gitu? 

my bf hantar aku balik dalam pukul 10 tadi dengan selamatnya... sekarang ni dia tengah otw balik ke ukm... rasa2nya dah sampai kot... kejap lagi call la tu... hehe... 





Pssttt: my bf pesan jangan sedih...

Thursday, July 22, 2010

Apekah Keputusannya Ek?



huhu.... interview tadi sangat mantap... tanya soalan setiap subjek yang aku ambil masa study... peratusan dapat mengingat dengan baik? sila agak sendiri...


interview 1:

masa: 10 pagi... 
position: IT executive...


interview 2:

masa: 3 petang...
position: .net developer


persamaan: 
nak cepat... aku plak tak boleh nak start secepat yang 2 company tu nak... camne ek? ada peluang or berharap pada interview yang lain plak?





Pssttt: esok ada interview lagi... pergi interview or pergi training .net?

Tuesday, July 20, 2010

Dapat Panggilan Untuk Interview Pun Masalah Juga...


pagi tadi tepon aku bergetar2 ha... time tu aku ada dalam kelas .net anjuran mdec tu la... oleh sebab nombor yang kuar tak dikenali, lama gak aku tengok je... tapi bila fikirkan yang berdering tu nombor celcom aku, lega la sikit... kalau nombor maxis memang aku tak kan angkat sebab tau dah maxis yang call... haha... malas nak jawab menda yang sama tanya pasal bil... boleh blah...

ok2... melalut plak... aku angkat la panggilan tu... rupanya nak bercakap dengan aku... eh, memang sure la kalau call nombor aku tu mestilah nak bercakap dengan aku yek? takkan la nak bercakap dengan my bf pula... hihi... cakap punya cakap2 rupanya salah satu syarikat yang aku minta kat jobstreet tu minta aku datang interview... khamis ni pukul 10 pagi... aku cakap ok jela... nanti ponteng la kelas .net ni sehari... xpe...

tak sampai beberapa minit aku duduk dekat seat aku semula, aik! bergetar lagi tepon... terus je angkat... aik, ada lagi suh aku datang interview... gaya macam urgent jek sebab sampai nak aku datang company tu arini juga... eh, x boleh... dia kata kalau gitu esok la pukul 10 pagi... aku bagitau la nanti aku confirm kan aku free or tak... ish2. mana boleh ponteng banyak hari... rugi woo... so aku try la minta postpone hari khamis petang... hehe... alang2 ponteng biar tak membazirkan masa aku yek?

petang tadi plak sebelum aku balik, dapat emel plak dari syarikat ketiga... minta aku datang interview hari khamis. aiyooo... hari khamis juga company ni nak... yang xleh blah tu pukul 5 petang kot...orang dah balik kerja, aku baru nak pergi interview... apakah??? aku tak jawab lagi emel tu... mr ramesh bagi cadangan minta postpone hari lain je... dia kata boleh je... we'll see...





Pssttt: company yang aku berharap sangat tak bagi feedback lagi... tension plak aku...

Wednesday, July 14, 2010

Macam Pernah Aku Lalui Jek...


Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerana lantang terbaca dari muka
Kau dan aku sudah tiada keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih?

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar disinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Tiap titis airmata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam tapi hanya berdiam
Kerana cuba menafi realiti

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar disinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan




Pssttt: thanx shahir for this song...

Akan Ada Interview Kedua Ke? Bengang Dengan Pakcik Teksi!



hahaha... xperlu kot... menjawab interview petang tadi pun sangat menyakitkan kepala aku ni... ada plak tanya soalan teori yang aku belajar masa first year... memang tak la kan dapat aku jawab... blur2 je kepala otak aku ni... tapi boleh pula orang tu suh balik study, nanti dia akan panggil untuk kali ke2... arghhh!!!

petang tadi aku dengan my kawan yang pergi interview sekali dengan aku tu sangat bengang dengan satu pakcik teksi kat subang jaya... adoyai... mentang2 kitorang ni tak biasa kat situ, dia boleh tipu kitorang! dushhh!!!

interview pukul 3 petang tapi kitorang sampai awal ke subang jaya, dalam pukul 2 petang gitu la... kuar dari kawasan ktm subang jaya tu, tak nampak teksi pun... kuar sikit lagi baru nampak ada 3 buah... so kitorang pergilah kat satu pakcik teksi ni... boleh tak hantar kat tempat kitorang nak pergi tu... dia kata ok, rm4 seorang... so total rm8 la kan? 

~ interview ~

kitorang siap interview dalam pukul 4.20 petang... so tahan la teksi untuk ke ktm semula... naik jela terus kan walaupun pakcik tu macam pelik kitorang nak gi ktm naik teksi... pakcik tu kata dekat je, cuma kena lalu kawasan perumahan dan linta jalan raya besar je... 

"xpela pakcik, kitorang tak larat dah ni..."

"berapa pakcik?" ..."rm4.30"

kuar je dari teksi tu memang aku rasa darah aku panasss jek! bangang punya pakcik teksi yang pertama... berani tipu kitorang... 2 kali ganda kot... membazir duit makan aku... perut tengah kosong tak berisi nasi lagi, memang banyak la aku membebel... penat2...

aku dengan sabrina bawa haluan masing2 bila dah sampai kl sentral sebab haluan berbeza plak lepas tu...





Pssttt: sesungguhnya...bla...bla...bla...

Tuesday, July 13, 2010

Aku Ada Interview Kerja Esok!



nama syarikat--> avows technologies sdn bhd
jawatan yang ditawarkan--> .NET web developer
tarikh--> 14 julai 2010
masa--> 3 petang
tempat--> nota asia sdn bhd



mr ramesh pesan study maksud2 yang berkenaan .net dan seangkatan dengannya... 

tapi aku xde mood la... macam dah mengantuk sebab badan rasa penat sangat... sok nak bangun awal pagi lagi... nak kena pergi kelas dulu... after lunch baru gerak pergi subang jaya untuk interview tu... dapat ke tak tu belakang kira... yang penting cuba... lagipun boleh jadikan sebagai latihan interview... belajar dari kesilapan...

baru lepas tengok google map... cari tempat yang berkenaan... kena naik lrt dari asia jaya ke kl sentral dulu then ambil komuter ke subang jaya arah pelabuhan kelang...x jumpa lrt terdekat dengan subang jaya... padahal sebenarnya tempat tu dekat je dengan petaling jaya... hahaha...

aku sempat gak google syarikat yang nak interview aku sok ni... lokasinya dekat dengan bukit jalil... tpm... tau kan? tau memang tau tapi payah juga tempat tu... apalagi untuk yang tak berkenderaan macam aku ni... haha... xpe, lum tentu dapat kan...

mohamad fauzi, dah sedia nak teman buah hatimu ini mengulangkaji malam ni? ooo... betul ke ni?





Pssttt: wish me luck ok!

Monday, July 12, 2010

Day 1...



aku sampai awal beb pagi tadi... 8:30 pagi... kul 7.15 gitu my abah datang ambil hantar pergi ktm sungai buloh... nasib tak kena menunggu lama, komuter dah sampai... alhamdulillah juga komuter ber'mood' baik hari ni... xde tergendala technical problem macam selalu... 

sampai kl sentral terus beli tiket lrt ke asia jaya... naik je ke platform, wah... lajunya lrt.. terus sampai... seronok... sampai kat stesen asia jaya dalam pukul berapa ntah, tapi memang bagi aku awal lagi la... so, aku dengan senang hati berjalan makan angin ke tempat training aku tu... yeahhh! dah smapai pun...

sampai2 je aku nampak ada seseorang kat balik tembok, terus aku sapa dia... emma, my first friend kat situ... tengah sembang2, datang lagi sorang, sabrina nama dia... hoho... dah ada dua orang member... seronoknya hati xdela rasa bosan kan...

masuk je dalam lab, kena tunggu yang lain sampai... ada yang lambat sampai... disebabkan first day impression tak berapa bagus, sir yang mengajar kitorang tu dah pesan esok 9 am sharp dah ada dalam lab... wow! baru plan nak gerak lewat sikit...x jadi dah...

training asp.net kitorang pun bermula...

lunch time! tak sedar dah tengahari... punya la seronok duk main2 dengan coding... kitorang berkenalan juga la sesama kitorang... so masa rehat tu, aku lepak makan dengan lagi empat orang trainee... emma, sabrina, syakira dengan syarifah.

sesi petang start pukul 2 petang... pembelajaran berjalan lancar, seronok macam budak2 plak rasanya... kena menghiburkan hati, kalau tak mengantuk... so semua digunakan sebaik mungkin... opsss! kena cari group untuk projek nanti... tiga orang dalam satu kumpulan... aku, sabrina dan emma... ok la tu kan... sama2 nak dapatkan sijil microsoft, so kena bekerjasama...

balik agak awal, 4:30 petang dah dapat keluar... berjalan la kitorang bertiga ke stesen lrt... selaju mungkin aku jalan, nak ngelak sesak yang terlampau dekat kl sentral... walaupun tak berapa berjaya tapi ok la... turun je kat kepong sentral, dengan pantas gi bustop... horayyy, pakcik bas tunggu! sampai kat prima damansara dalam pukul 6 petang... 

sampai saja rumah...

"mama, kaklong lapar... makan dulu ye..." hehehe...

tengah berehat2 dalam bilik, teringat perbincangan sms antara aku dengan my bf pagi tadi... dunno la apa nak kena dengan nasib diri ni... pagi tadi masa berjalan ke tempat training, sangta xde mood... dah fikir apa nak luah dekat blog... tapi bila dah depan lappy nak mengarang, bercerita pasal benda lain... apa yang pasti dari semua kejadian yang berlaku pada diri aku telah menyebabkan aku benci pada seorang insan...



Pssttt: hope hari berikutnya lebih menarik dan bernasib baik...

Saturday, July 10, 2010

Bagus Untuk Keduanya...



tahniah aku ucapkan di atas pertunangan ex-bf aku dengan tunangnya pada 12/06/2010 yang lepas... lambat aku tahu pasal hal ni... hahaha... kelakar je rasa... tanpa sebarang berita, rupanya bertunang... 

tarikh pertunangan mereka jatuh pada tarikh bersejarah bagi diri aku bila aku ditauliahkan sebagai leftenan muda... rupanya perkhabaran yang diberitahu oleh dia mengenai permintaan tunangnya untuk bertunang pada bulan 6 tempoh hari, dah pun berlangsung dengan meriah... meriah? aku anggap begitulah sebab aku  xtau apa2... tau pun dari orang2 yang sudi mengkhabarkan berita ni pada aku... ngeee...

dengar khabar juga dia akan berkahwin bulan november ini... baguslah... dah cukup duit bolehlah kahwin yek?

perasaan aku? bohonglah kalau aku kata xde effect apa2 pun bila aku tau pasal ni... tapi aku pelakon terbaik dalam rumah aku ni... hehe... perasaan di kawal dengan sebaiknya... tak lagi macam time perpisahan kami dulu... dah matang kot...

apekah perasaan itu? aku pun xtau... cuma aku berharap, walau apa pun perasaan yang aku rasa sekarang ni, biarlah perasaan tu pergi dengan segera...





Pssttt: mohd faaizuun bin abdul salam, ida lepaskan semuanya bersama kenangan2 lalu dan semoga berbahagia di atas pertunanganmu...


Wednesday, July 7, 2010

Happy Birthday Mama...



07/07/2010...

my mama punya birthday... 
sweet 42 (^_~)

mama sangat beruntung hari ni sebab dapat dua kek beb!







kek buah tu dibeli oleh my abah... wow! sweet tol... besar plak tu abah beli... ingatkan kedekut sangat... hehe...

kek coklat tu plak dibeli oleh gf my adik, nana... adakah ini salah satu cara mengambil hati bakal mak mertua? hahaha...

pagi tadi my adik si bear tu ada call aku... nak bercakap dengan mama... wish birthday la tu... good2... dia tak balik rumah la sebab kena kerja... xpe2, kitorang ada msukkan nama dia dalam hadiah buatan tangan kami adik beradik malam tadi... hadiah spontan dari kami... tiada modal yang dikeluarkan sebab semuanya tak berduit sekarang... haha... 

lupa plak nak ambil gambar hadiah istimewa kami untuk mama tu... aku tidur pukul 2:30 pagi tau untuk siapkan hadiah tu... tapi orang kedai yang laminate hadiah kata2 yang aku buat tu tak reti laminate kot... nampak kurang kemas jadinya... panas jek aku... nasib bukan aku yang hantar untuk laminate, kalau tak siap orang tu... haishhh...

maybe next birthday aku dah mampu untuk beli hadiah yang agak bernilai (harga) untuk mama... tunggu ye...





Pssttt: next birthday ialah my bf... apa yek yang boleh dibuat?

Tuesday, July 6, 2010

Balik Kampung... Cancel!



uwaaa... kenapa cancel?

semuanya sebab aku pergi interview it trainee tu la... ingatkan kalau dapat pun lambat lagi start tapi cepat la plak... khamis ni... damn! erkkk...

plan with my mama untuk balik kampung khamis ni terpaksa lah aku batalkan... tak dapat makan durian la gini... huhu... baru semalam mak cik bagitau durian kat kampung dah masak... sob3...

hari khamis ni aku start latihan .net selama 15 hari yang bekerja... dalam akhir bulan ni la habis latihan ni... latihan yang aku dapat ni free, tajaan kerajaan sepenuhnya... good2... actually under mdec gak... macam yang rozek dengan sepul join sekarang ni dekat ukm... hehe... bezanya aku nak kena naik komuter and lrt untuk sampai kat tempat training tu... tapi bersyukur la sekurangnya aku dapat juga join kan? hoyeyyy...

petang tadi lepas puas rehat2 sambil tengok tv, aku buka tenet... cari nak naik lrt dari mana untuk ke tempat tu... lrt yang paling dekat adalah lrt asia jaya... kena berjalan kaki sikit la walaupun sebenarnya aku rasa macam jauh juga... tapi tadi sempat usya2 kawasan, nampak ramai yang berjalan sebab dekat area tu ada kolej stamford... 

aku ada choice nak naik komuter dari sungai buloh or kepong sentral... bezanya kalau naik dari sungai buloh, kena keluar awal la masa my abah kuar untuk kerja... kalau naik dekat kepong sentral pula, aku kena tunggu bas dekat damansara damai... kalau hari my adik (epan) ada kelas kat tempat study die tu, ada la teman... tapi kalau bukan terpaksa naik sorang? berani ke? takut... tak kisah la mana2 pun aku naik, yang penting kena turun dekat kl sentral... sebab kena tukar naik putra lrt ke asia jaya ikut arah kelana jaya plak...ada siapa2 tahu berapa tambang dari kl sentral ke asia jaya tak? sebab nak kira bajet harian ni...

ada la alternatif lain tapi yang ini aku rasa cara yang terbaik dan tak perlu tukar2 tren banyak2 kali... hehe... cuma kena bersabar je... yela kan... menunggu tren ni memerlukan kesabaran... siapa yang menggunakan perkhidmatan ni akan faham punya la... hahaha...

masalah? aku ni tak suka masalah... itu la masalahnya... nak senang je... huhu... tak dapat la yek? kirim salam... kena la berusaha sendiri... agak2 ada yang nak culik aku tak? eee... perasaan... sila pukul kepala (dushhhX3)

my abah sangat gembira aku dengan mama tak jadi balik kampung... sebab jimat duit dia tak payah bagi kat kitorang... ngeh2... jahat kan?





Pssttt: sesat ke tak agak2 cari jalan untuk pergi interview? jawapannya, SESAT! sebab apa? itu jangan tanya sebab boleh menimbulkan amarah dalam diri aku ni terhadap seseorang...

Saturday, July 3, 2010

Interview Request, Position: IT Trainee



aku dapat emel pagi tadi pasal permohonan untuk IT training kat jobstreet... alhamdulillah, aku dapat interview untuk permohonan online aku tu... tapi just interview jela, belum tentu aku dapat... kalau dapat, bersyukur... lagipun training ni free... kan aku tak dapat join IT training yang member2 course aku join masa kat ukm aritu sebab terlibat dengan pentauliahan palapes aku tu... 

ni antara isi kandungan emel tu:



Dear Noor Shahida, 

Thank you for your application for the position of IT Trainee 

We are pleased to invite you for an interview as follows:- 

Monday, 5th-July -2010 at 11:am 

Venue:

Tel: 


~~~ bla bla bla ~~~



alamat tempat interview tu aku tak sure sangat camne nak pergi... tanya my abah pun, tak tahu... siap my abah kata tak payah pergi... huhu... sedih aku dengar tu... kenapa? sebab bila aku senang2 hati membesarkan badan kat rumah tanpa buat apa2, abah suruh minta kerja... ingat senang ke nak dapat kerja dengan setakat apa yang belajar kat u tu? bukan la aku tak yakin dengan apa yang aku belajar tapi diri aku sendiri... kurang percaya... perlukan lagi latihan...

tapi my mama sangat faham diri aku... mama cakap nak teman aku isnin ni untuk pergi interview tu... naik teksi pun xpe... sayang my mama sangat2... nak minta bantuan my bf pun, dia mesti tak dapat punya tolong... xpela...

hope semuanya berjalan dengan lancar... kalau dapat join training ni, peluang aku untuk dapat kerja maybe lebih cerah... tapi impian untuk menjadi seorang pegawai tentera masih ada dalam diri aku... aku juga tahu abah sangat berharap aku kerja sebagai tentera dari kerja dalam bidang yang aku ambil ni... lain pula dengan my bf... huhu... keliru sebenarnya diri ini untuk puaskan hati orang2 yang aku sayang...

untuk interview? aku tak prepare apa2 pun... xde semangat jadinya... tapi tadi aku dah siapkan perkara2 yang aku kena bawa nanti... persediaan mental xde pun... orang yang aku harap berada di sisi aku saat ni, xde... 





Pssttt: i'm alone...



Friday, July 2, 2010

09/08/2010, Sidang 5, 7:30 - 12:00




alhamdulillah.. macam tajuk entri kat atas ni, tu adalah maklumat untuk konvo aku...

tengok kat fb tadi, terbaca update status ayus pasal benda ni... so aku terus check la... hehe... terus la update kat blog... ngee...






Pssttt: dah puasa ke time ni?

Thursday, July 1, 2010

Butak Suda Si Kudup...



ngeh3... kudup dah butak!



sebelum dibotakkan, umpan dulu dengan susu... 
hehehe...


bismillahirrohmanirrahim... 
my mama start mencukur...


hahaha... 
mama ni xde bakat membotakkan kepala la...


ini hasil tangan aku... 
kepala alya kudup dah botak jadinya...


ketiduran suda budak kudup ni... 
kasi bedak sejuk atas kepala sket...





Pssttt: siapa nak botakkan kepala boleh bagitau aku... hahaha...

Jadual dan Waktu...




hahaha... aku buat jadual waktu beb... dah lama tak buat jadual... menipu yek? baru 6 bulan lepas aku baut jadual masa kat ukm... tapi tu jadual yang aku buat guna komputer... taip punya... ni lain...


haaa... ni la jadual yang aku buat tadi... jadual waktu kelas adik aku, boboy... jadual yang cikgu dia bagi dah koyak... kesian aku tengok ha... tulisan pon dah hilang... aku apa lagi, memandangkan aku agak free di rumah ni jadinya aku menawarkan diri untuk buat yang baru la... tak nak taip tapi nak gunting2, tampal2 guna kertas a4 berwarna... macam aku sekolah rendah dulu2 jek... ish2, rindunya kenangan lama...

lepas aku siap buat jadual ni, aku masukkan dalam plastik jernih... pastu selotep elok2... bukan apa, tak nak bagi koyak macam jadual dia sebelum ni je... 

comel tak? aku xdela ambil masa yang lama sangat untuk buat ni, adela 30 minit... so hasil pun cincai2 jela...





Pssttt: tiba2 terasa nak gunakan bakat seni yang lama tersimpan ni untuk benda lain plak... any idea?