Tuesday, July 20, 2010

Dapat Panggilan Untuk Interview Pun Masalah Juga...


pagi tadi tepon aku bergetar2 ha... time tu aku ada dalam kelas .net anjuran mdec tu la... oleh sebab nombor yang kuar tak dikenali, lama gak aku tengok je... tapi bila fikirkan yang berdering tu nombor celcom aku, lega la sikit... kalau nombor maxis memang aku tak kan angkat sebab tau dah maxis yang call... haha... malas nak jawab menda yang sama tanya pasal bil... boleh blah...

ok2... melalut plak... aku angkat la panggilan tu... rupanya nak bercakap dengan aku... eh, memang sure la kalau call nombor aku tu mestilah nak bercakap dengan aku yek? takkan la nak bercakap dengan my bf pula... hihi... cakap punya cakap2 rupanya salah satu syarikat yang aku minta kat jobstreet tu minta aku datang interview... khamis ni pukul 10 pagi... aku cakap ok jela... nanti ponteng la kelas .net ni sehari... xpe...

tak sampai beberapa minit aku duduk dekat seat aku semula, aik! bergetar lagi tepon... terus je angkat... aik, ada lagi suh aku datang interview... gaya macam urgent jek sebab sampai nak aku datang company tu arini juga... eh, x boleh... dia kata kalau gitu esok la pukul 10 pagi... aku bagitau la nanti aku confirm kan aku free or tak... ish2. mana boleh ponteng banyak hari... rugi woo... so aku try la minta postpone hari khamis petang... hehe... alang2 ponteng biar tak membazirkan masa aku yek?

petang tadi plak sebelum aku balik, dapat emel plak dari syarikat ketiga... minta aku datang interview hari khamis. aiyooo... hari khamis juga company ni nak... yang xleh blah tu pukul 5 petang kot...orang dah balik kerja, aku baru nak pergi interview... apakah??? aku tak jawab lagi emel tu... mr ramesh bagi cadangan minta postpone hari lain je... dia kata boleh je... we'll see...





Pssttt: company yang aku berharap sangat tak bagi feedback lagi... tension plak aku...

No comments: