Friday, July 30, 2010

Aku Dapat Kerja!


alhamdulillah... aku dah dapat kerja kawan2 semua... 

petang tadi aku pergi untuk second interview dengan syarikat oyl kat sungai buloh ni... it's a factory actually but still aku kerja dalam office... hehe... position yang company ni tawarkan kat aku ialah IT executive... salary pun agak berpatutan dengan tahap aku sebagai fresh graduate... jarak dari rumah dengan tempat kerja pun agak dekat... aku tak perlu melalui kesesakan tren... selamat... cuma maybe jalan jam jela... itupun xdela lama mana pun... hihi...

orang kata kalau dah dipanggil untuk second interview maknanya peluang untuk dapat kerja agak cerah... memang betul la tu... boleh diguna pakai... pak guard yang jaga gate company ni pun cakap camtu gak masa aku nak ambil pas pelawat masa pergi interview tadi...

tapi bukan cepat benar aku nak dengar perkhabaran gembira dari company ni...  agak lama menunggu orang atasan yang kononnya nak interview aku ni... padahal bila dah jumpa dorang duk bercerita kat aku pasal company dan sistem mereka... so maknanya? maknanya aku dapat kerja la... hooray...

start kerja? 16/08/2010... aku yang minta dekat company tu nak start after convocation... banyak plan aku sementara tarikh tu...

pertamanya aku tak nak awal2 kerja reputasi kedatangan tak memuaskan bila aku nak kena skip kerja untuk beberapa perkara sebelum tarikh konvo aku pada 09/08/2010 nanti...

keduanya dorang amat memahami perasaan graduan seperti aku yang mahu mempunyai kenangan indah sebelum dan selepas konvo... maksud dorang macam vacation gitu la walaupun bukanlah aku akan buat gitu pun kan? 

ketiganya pula ialah kesempatan yang ada tu dapatlah aku menyiapkan diri, fizikal dan mental serta pengetahuan aku tentang apa yang sepatutnya aku tau... aku nak kena belajar pasal sap sebab company ni guna sap untuk system dorang... orait!

sebab atau alasan seterusnya tak dapat difikir sekarang... ulser kat mulut aku ni dah buat gigi aku rasa sakit bangat... huh!





Pssttt: sok nak gi ukm untuk ambil jubah konvo...


No comments: