Friday, July 30, 2010

Kenangan 15 Hari Bersama Kawan2 dotNet...




akhirnya...

~ selesai 15 hari job camp .net yang aku join... ( 2 hari tak datang, so 13 hari...)
~ selesai 15 hari aku ulang-alik dari rumah ke kelas kat pj 8 tu...
~ selesai 15 hari aku naik komuter, lrt, jalan kaki, bas pergi dan balik...
~ selesai 15 hari my abah bagi duit tambang rm** sehari...
~ selesai 15 hari aku cuba memahami .net sebaiknya...



kebaikan...

~ dapat exercise berjalan kaki dan berdiri dalam komuter, lrt dan bas...
~ dapat simpan sikit duit dari baki tambang harian...
~ dapat berkenalan dengan kawan baru...
~ dapat melihat kehidupan manusia yang lain pergi dan balik kerja...
~ dapat mematangkan lagi pemikiran terhadap sasaran kerjaya pada masa depan...



keburukan...

~ bersesak2 dalam komuter, lrt dan bas selama 15 hari...
~ terpaksa bangun pagi untuk bersiap...
~ terpaksa menghadapi pencemaran bau, bunyi dan udara...
~ balik2 rumah saja dah penat, terus tidur awal...
~ kurang masa untuk berhubung dengan orang tersayang...



banyak lagi kebaikan dan keburukan yang aku dapat selain yanga ku nyatakan kat atas ni... tapi itulah yang aku terfikir saat aku mengarang untuk entri kali ni ha... huhu...


selingan kenangan...


petang tu after habis presentation projek kumpulan, aku dengan beberapa kawan2 aku di job camp ni sambut farewell untuk kitorang semua kat kfc...



gambo2 kami tu ada kat sini...


walaupun perkenalan kitorang singkat, harapnya berterusan gitu... hikhik...





Pssttt: adakah kerana hari terakhir, jasinya semua kenderaan yang aku naik agak lengang... dapat duduk, tak perlu berdiri...

No comments: