Wednesday, December 29, 2010

Sambut Birthday Sambil Berekreasi Bersama Keluarga...

hahaha... mengada!


well, ni antara gambar2 masa kitorang sambut birthday my adik, epan hari ahad yang lepas... plan yang dibuat oleh awek epan, nana... tapi tempat tak strategik, aku tukar tempat ke sini... seronok2...

besday boy dengan hadiah besday from his gf...
seekor anak kucing yang diberi nama krismas...
wahahahaha... tapi aku panggil kismot...

tiup jangan tak tiup!

kesian... dari jauh kena bawa lari... dah sampai tempat dituju baru dapat melihat gitu...

eleh epan, poyo jek konon tak nampak... nak jaga hati nana jela tu...



ni pula gambar2 gedik aku dan mereka...
ngeee...



seronok pula lepak kat atas batu2an ni...

paling besar, ayuni... hahaha...
paling kecil, shida... wahahaha... (sebab paling jauh je pun)

me,
bear(adik 1st),
alya(adik last),
is(adik sepupu),
merenung masa depan kat tengah tasik...

me with my bro, epan...

me with my bro, bear...





masa menggedik sorang2...









Pssttt: next birthday?

Sunday, December 26, 2010

Pertemuan Itu...


semalam aku ke ukm... jumpa dengan si dia... untuk clearkan semua rasa yang pending dalam kepala aku ni... yup, aku sedih dengan keputusan tu tapi aku cuba terima... aku faham maksud dia... xpe, sama2 jaga hati masing2 dulu... kita takkan tahu apa yang akan terjadi kemudian hari... maybe jadi seperti yang kita harapkan dan maybe juga terjadi sebaliknya...

untuk dia,
"hope dia ingat apa yang orang bagitau semalam... apa yang orang bagitau, itulah apa yang orang rasa... walau payah orang nak luahkan tapi orang dah cuba... kan?"

Jom Karaoke Kaklong!


hari jumaat beberapa hari lepas, after aku balik kerja... lepak2 la dengan adik2 aku... tiba2 dorang duk mengajak pergi karaoke... aku yang macam duit ada dengan xde ni, aishhh... dilema... tambah lak adik aku, si bear tu baru balik dari kolej dia, lama dah tak lepak sama2... dorang duk pujuk punya pujuk aku ni... last2 aku setuju la... kaklong(me), adik2 aku (bear, epan, ayuni) dan is (cousin)... jom!



posing before start melalak...




lawan mulut sapa lagi besar nganga... hahaha...




nampak keperempuanan la epan ni... hikhik...




adik aku si ayuni nak nyanyi sebenarnya tapi malu2 kucing sket orangnya... haha...




wah... sangat relax aku karaoke... time ni lagu jiwang slow...




kaklong dengan adiknya berduet...




ok, ko gelek lagu pe ni epan?




nyanyi jangan tak nyanyi...




me and ayuni...




me and bear...






Pssttt: lain kali boleh lagi kalau ada duit++... haha...






Thursday, December 23, 2010

Rasa Nak Meletup!

xtau apa yang aku rasa time ni... tambah lak lepas baca komen seseorang tu... kenapa mesti seperti yang aku rasa juga? kenapa mesti aku fikir firasat aku tu betul? kenapa mesti ada dia sebagai orang ketiga? kenapa mesti kau kacau fikiran aku? kenapa kau tak boleh biarkan aku tenang untuk 5 hari yang akan tiba ni?



kenapa???





Pssttt: ternyata aku insan yang lemah...

Tuesday, December 21, 2010

Bebelan Sebelum Tidur...


huhu... ngantuk sungguh rasanya mata aku ni... tapi tak terasa nak tidur agi... actually baru balik dari ambil my bro, bear kat pekeliling... mengada nak dera aku drive malam2 ni semata2 untuk ambil dia... tapi alhamdulillah, selamat sampai ke rumah walaupun otw tadi mengantuk sangat...

balik2 je, sambung bermesyuarat pasal planning event aku dengan coursemate minggu hadapan ni... pastu tambah plak event terbaru, dengan kawan2 masa kecil aku... plan untuk reunion ke salah satu pulau kat malaysia ni... belum decide lagi ke mana dan bila sebab masih dalam perbincangan...

sempat juga aku diberi kaunseling oleh kaunselor tak bertauliah, aep... pasal aku cerita kejadian sebuah motor dengan kereta hampir2 excident depan aku je pun tadi... dah dia keluarkan skrip dari belakang tabir tu... haha... aku malam2 ni dah takde tenaga nak berbahas balik... padahal dalam kepala banyak isi2 yang nak dihujahkan... wait ha...

oh ye, sesiapa yang ada mesej aku secara sengaja ataupun tak sengaja tu, harap maklum ye... sekarang ni talian disekat... sebab tak bayar bil la... tunggu gaji aku bayar... insyaallah aku reply semula kalau aku ingat... kalau urgent, sila mesej di fb... ataupun buzz di ym... hihihi...

kepada ahli2 group aku:

TS/TC 20072010,
sila confirmkan kehadiran anda2 sekalian untuk event tu... jangan lengah2, risau timbul masalah pula nanti...

Kem Lok Kawi ~ ians,
sila add sesiapa yang berkenaan lagi... harap dapat kumpulkan semua kenalan kecilku sebelum event ynag dibincangkan tiba...

untuk ahli homeroom kesayanganku, homeroom setia:
mari kita turun muar serbu majlis kahwin si yan, adik beradik tiri homeroom kita tu... 2 in 1... makan kenduri sambil reunion... mahu ke tak? ke aku nak kena create satu event untuk tu?





Pssttt: menghitung hari... 1 hari... 2 hari... 3 hari... dot dot dot hari...

Monday, December 20, 2010

Surat Untuk First Love...


aku tengok telefonku yang berdering di atas meja kerja... siapa yek? lama juga aku tengok nama si pemanggil... dah lama nama tu tak muncul di telefonku... tapi agak pelik rasanya bila nama tu muncul... then aku tekan butang hijau... jauh2 aku dengar suara yang dah lama aku tak dengar tu... tapi still sama cuma agak serak... awal2 jela seraknya... maybe sebab takut aku hambur baik jek kat telinga kot... tapi aku xdela sejahat tu... walau macam mana sakit pun hati aku, aku akan cuba sembunyikan...

siapa?

dia ialah someone yang pernah hadir dalam hidup aku... someone yang pernah ceriakan hidup aku, buat aku ketawa dengan mimik2 mukanya, buat aku senang hati dengan rajukannya... someone yang banyak lukakan perasaan aku... someone yang pernah wujudkan impian di hati aku untuk bersamanya... someone yang sentiasa ada dalam hati aku sebagai kenangan yang tidak boleh aku lupakan...

dia... yang aku anggap sebagai first love...





dear my first love,

tahniah untuk perkahwinanmu... dan tahniah untuk bakal baby yang akan lahir beberapa bulan lagi... ida tumpang happy untuk kebahagiaan tu... walau apa pun, semua yang pernah berlaku dah lama berlaku... takkan boleh diputar kembali masa tu... takkan ada peluang kedua mahupun seterusnya... apa yang ada hanyalah semua yang kita dah perolehi sekarang ni...

ida tahu tujuan sebenar telefon tu sebab nak tahu ida marah ataupun tak kan? huhu... kenapa baru sekarang nak tahu ek? oh ye, pasal macam mana dapat nombor telefon ida tu, actually semua cerita yang berjela2 tu ida tak percaya pun... hihi... tak mungkin macam tu sekali caranya untuk dapatkan nombor ida... apa2 pun, thanks sebab berani contact ida walaupun sekadar di telefon... tapi itulah yang seeloknya bila dah bergelar suami someone and bakal ayah kan?

lagi satu kan, jangan pernah terfikir yang ida cuba larikan diri... sebab semua yang berlaku telah menunjukkan siapa yang sebenarnya melarikan diri selama ni... please think before argue dengan kenyataan ida ni... you know what you are doing... hehe... ingat, don't ever try muncul di hadapan ida... it's better for us to be just like this...

salam tadi dah ida sampaikan pada mama... mama tanya masih ingat ke kat dia? huhu... kalau rasa still anggap mama ida sebagai your mama juga, contact jela... mama tak pernah lupa... apa lagi dengan semua yang dah berlaku ni...

Regards,
IDA





Pssttt: tak pernah lupa...

Wednesday, December 15, 2010

Biarlah Dorang...


persoalan ni aku just tujukan untuk sesiapa yang belum berkahwin... yang dah berkahwin boleh baca saja... jangan berfikir... hehe...

pernah tak kita rasa...



"kenapa ye orang lain macam senang je dapat jodoh?"



kenapa? aku pun macam2 sebab aku dah fikir... sebab yang munasabah dan tak munasabah, semua aku dah fikir... akhirnya muhasabah diri yang terbaik... tapi kat sini, nak kongsi sebab yang dicakapkan oleh seseorang... lebih kurang macam kat bawah ni la bunyinya...



"sebab Allah ada rancangan lain untuk dorang... tak semestinya dorang cepat kahwin, dorang bahagia cepat... tak semestinya kahwin lambat, tak boleh bahagia macam orang yang kahwin awal... orang yang kahwin awal ada cabaran dia dalam rumahtangga... orang yang kahwin lambat pun ada cabaran dia dalam hidup dia sebelum kahwin... Mungkin orang yang kahwin awal ni akan ada peluang untuk jadi lebih matang dalam hidup dan juga hubungan... orang yang kahwin awal tak ada peluang untuk tu... sebab dia kena matangkan diri dia dalam rumahtangga... jadi, semua kematangan dia lain dari orang yang kahwin lambat... so, x perlu banding2kan semua ni... just remember yang Allah tu Maha Adil.."





Pssttt: siapa yang kahwin dalam bulan ni, selamat pengantin baru ok... selamat melayari alam berumahtangga... gudluck!

Senyummu...


tadi melawat blog kak nad, baca pasal annual camp yang dia join untuk tahun ni... actually takde cerita la, just gambar2 yang kak nad snap time melawat dorang semua tu...

tengah duk usyar2 gambar yang ada, hati aku berdebar2... terdetik kat kepala aku "agak2 ada tak ek gambar dia?" huk! terhenti sekejap aku kat satu gambar tu... gambar someone tengah tersenyum... comel sangat aku rasa... makin kuat berdebar rasanya jantung aku time tu... rasa nervous tengok senyuman yang dah lama aku tak tengok...tapi lepas tu aku rasa sedih... sedih sebab senyuman tu bukan untuk aku...





dan gambar tu ialah gambar dia...





Pssttt: kenapa mesti aku yang rasa semua ni?

Memang Prihatin Pun... Hehe...

untuk pengetahuan korang2, company aku dapat anugerah "Majikan Prihatin" sempena Hari OKU Peringkat Kebangsaan 2010 dekat MITC, Melaka pada 11/12/2010 yang lalu...





tahniah OYLM!




zoom sket...






klip-klip...







Pssttt: pekerja OKU kat company aku ni majoriti pakai kereta besar2 kot... gler mantap dorang...

Monday, December 13, 2010

Dia...

tak rindu ke dia kat aku?

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

huuu...

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


aku sangat rindu pada dia...






Pssttt: :(

Saturday, December 11, 2010

Aku Bengang Kot...

ngeee... rasa cam lama tak update blog... berapa hari yek? hehe... no idea tapi nak bagitau yang aku xde plan esok... huhu... terasa boring la plak...

tadi masa tengah online fb dan syok2 main game, someone chat with me... menyampaikan bahawa salam aku dah disampaikan pada yang empunya badan... terima kasih kak nad... tapi kenapa tak rasa happy? sebab empunya badan tu x balas apa2? memang... takde respons... sedihnya kau ni shida...

dan lebih menyedihkan, semalam punya hal... aku dah buat something yang aku tak pernah terlintas or berani nak sebut pun... tapi aku dah "sebut" tu kat ym... haha... remember this korang2... don't put feeling into ym... seyes bahaya!

kat ofice tengah banyak kerja sangat sekarang... huhu... tambah tekanan kalau ada user yang suka push2 kita... setakat push melalui email aku boleh tahan lagi, tapi kalau dah pedih telinga aku dengar kat telefon... adoiii, rasa nak bagi penyepak je! nasib aku ni x ikut perasaan, kalau tak xtau apa la kan... rupa2nya bukan aku sorang anti dnegan user tu... senior colleague aku pun pernah rasa... apa dia buat? kalau user tu call, she will not answer it!

aku rasa nak menangis je tadi... projek aku tak start agi... tinggal 2 minggu je lagi... macam mana nak start buat, baru nak mukadimah, kring kring... "shida, kenapa bla bla bla...?" kalau bercakap dengan elok sebagaimana cara aku bercakap xpela gak... yang mana cakap elok tu thanks... tapi yang sorang tu... aishhh! xleh blah betl rasanya... punya lembut aku cakap, lagi kuat intonasi dia... macam nak bagitau satu department dia tu yang dia tengah marah aku! it's ok, after aku settlekan masalah dia yang kecoh2 sangat tu, jangan harap aku layan ko agi...

huh! aku sangat bengang ni...

kenapa la consultant yang bijak sangat tu menyusahkan hidup aku sekelip mata? habis semua bermasalah sebabkan apa dia buat... pastu tak terangkan kat kitorang mana yang diubahnya... pastu kenapa semua orang ingat aku bertanggungjawab untuk semua masalah tu? sebab aku yang kena handle semua perkara kat portal tu? sebab tu la semuanya aku la yang tau segala ceruk segala benda?





Pssttt: bila aku terasa tension, aku...

Tuesday, December 7, 2010

Angau Drama Korea Kembali...



Ji-dok-ha-ge… Ji-ul-su-rok peo-jyeo-ga-deon sa-rang-a

Un-myeong-cheo-reom han-got-man-eul ba-ra-bwatt-deon du nun-i

Se-sang ap-e eol-eum-gat-deon na-reul an-deon son-gil-i

Ga-seum gip-eun gos-e jam-deul-eo nae-ge na-reul ga-du-go na-reul sum-swi-ge ha-ne

Chu-eok gip-eun gos-e jji-deul-eo na-eui a-peum-i han-sum-i nun-mul-ro jjoe-eo-wa

Na-reul ddeo-na-ga-ji-ma neo-reul bo-nael su eobs-eo

Eot-gal-ryeott-deon un-myeong-e neo-eui son-eul noh-chi-go

Mae-il a-peu-go a-peu-ge ni i-reum bul-ryeo-bwa

Da-reun sa-rang-ha-ji-ma nae-ga yeo-gi itt-janh-a

Neo-reul man-na geu-nal-ro su-cheon-beon-sshik dol-a-ga

Neo-reul an-a-jul an-a-jul geu-nal-eul geu-ryeo-bwa

Un-myeong-cheo-reom neo-reul da-shi bo-ge doe-neun o-neul-i

Mal mot-ha-go meon-ji-cheo-reom dwi-eong-kyeott-deon mal-deul-i

Ga-seum gip-eun gos-e jam-deul-eo nae-ge na-reul ga-du-go na-reul sum-swi-ge ha-ne

Chu-eok gip-eun gos-e jji-deul-eo na-eui a-peum-i han-sum-i nun-mul-ro jjoe-eo-wa

Na-reul ddeo-na-ga-ji-ma neo-reul bo-nael su eobs-eo

Eot-gal-ryeott-deon un-myeong-e neo-eui son-eul noh-chi-go

Mae-il a-peu-go a-peu-go ni i-reum bol-ryeo-bwa

Da-reun sa-rang-ha-ji-ma nae-ga yeo-gi itt-janh-a

Neo-reul man-na geu-nal-ro su-cheon-beon-sshik dol-a-ga

Neo-reul an-a-jul an-a-jul geu-nal-eul geu-ryeo-bwa




aku baru habis tengok cerita yang dipinjamkan seseorang kepada aku... tajuknya "My Girlfriend Is A Gumiho" gumiho ni dalam bahasa melayu maksudnya serigala berekor sembilan... ada 16 episod semuanya... boleh dikatakan tolak rehat, makan, solat, tidur, adalah satu hari aku guna untuk habiskan semua episod ni... haha, sangat bangga dapat habiskan...

angau rasanya dengan pelakon dalam drama ni... cute and handsome... arghhhh!!!

ada tujuh lagu kalau tak silap dalam drama ni... tapi ada tiga lagu yang aku minat sangat... time ni pun tengah duk putar2 lagu2 tu berulang kali...

1) Losing My Mind
2) Fox Rain
3) Trap

aku paling suka lagu losing my mind... rupanya hero drama ni yang nyanyi... patutlah menusuk kalbu je... haha... nama betul dia ialah lee seung gi... baru berumur 23 tahun beb... untuk pengetahuan semua, lagu ni jadi ringtone phone aku sekarang... hehe...

fox rain? tak ingat siapa yang nyanyi tapi bukan pelakon2 dalam drama ni la... lagu ni mengisahkan hujan yang turun bila si gumiho tu rasa sedih sangat dan menangis... hasilnya hujan yang tiba... kira hero taulah buah hati tengah bersedih hati... touching2...

lagu trap tu plak, haha... second hero yang nyanyi... seyes aku cakap, aku lebih angau dengan pelakon ni... nama betulnya no min woo... sampai mencari2 kat youtube, pastu share kat fb... gler sengal rasanya... tapi xpela asalkan aku happy kan? sebab tu share video lagu trap je... haha...





Pssttt: lepas ni nak tengok drama korea apa pula ye?

Monday, December 6, 2010

Semoga...

tadi aku merajinkan badan ke pantri untuk buat air milo + oat panas... sebab perut dah bunyi2... ingatkan nak puasa arini tp dengan keadaan badan yang tak berapa nak sihat ni, x jadi la kiranya kan... hehe...

keluar dari pantri terserempak dengan kak wan... kecoh dia kat luar department dia tu tanya aku tertinggal phone, my mama call dia... haishhh, tahu2 je cari nombor telefon kak wan... nasib bukan no telefon colleague aku... erk!

xtau apa yang disembangkan antara kak wan dengan mama, kak wan kata nanti lunch dia ajak makan sama2 kat kafe... nak menolak tapi takut terasa hati... ok jela... walaupun xde selera nak makan...

kak wan sampaikan pesan mama kata mama pergi _ _ _ _ _ _ . hehe... bersungguh mama dengan abah pasal hal tu... xpela, aku dah buat apa yang mama suruh, so skang pasrah je... harapnya dapat berita gembira la nanti untuk my parent...





Pssttt: payahnya nak fahamkan orang tua kita kan? lain yang kita maksudkan, lain yang dorang faham... hurmmm... aku sedih...

Berani?

berani...
siapa berani?
berani seorang lelaki dan berani seorang perempuan...
mana lebih berani?
berani pula ada banyak jenisnya...
berani itu dan berani ini...

fleksibel!

kenapa kena berani?
lelaki suka perempuan yang berani tak?
depends...
perempuan suka lelaki yang berani tak?
of course...
ada yang suka dan ada yang tak...



jom fikir2...



petunjuk:
A = lelaki
B = perempuan


situasi:
A berkawan dengan B... B pun berkawan dengan A...


konfliks:
B confused pasal hubungan kawan dia dengan A... B tak sure A faham atau tak apa yang dia rasa... kadang2 B rasa cam A faham tapi buat2 tak faham... tapi kadang2 B rasa A memang tak pernah faham apa yang B tengah rasa...


pernyataan:
A beritahu B yang dia nak pasangan dia seorang yang berani! bla bla bla...


persoalan:
apa B patut buat sekarang?


pilihan jawapan:
1) cuba untuk jadi berani yang A maksudkan...
2) berundur bukan bermakna kalah... ( better kawan je...)
3) wat xtau sudey... ( biar masa yang tentukan... ceewahhh...)


tafsiran penulis:
B syok sendiri... hahaha...





Pssttt: entri mari berfikir kali ke berapa ni yek? haishhh. sejak bila pula aku suka korang berfikir2 bila baca blog ni? hehehe...

Thursday, December 2, 2010

Aku Keliru Dengan Mainanmu...

Aku sangkakan aku memahami tingkahmu... tapi sebaliknya... kini aku semakin tak mengerti kenapa... jadi apa yang patut aku lakukan?

memang berbagai penyelesaian yang boleh difikirkan tapi mampukah aku nak lakukannya? diam... sabar... biar...lantak... fikir... tabah... macam2 perkataan yang bermain dalam kotak fikiran aku ni... tapi satu pun seakan tak serasi untuk aku ambil dan buat seperti yang sepatutnya... jadi bagaimana?

kini aku jadi semakin keliru... dengan suasana "sunyi" yang tercipta, aku bertambah keliru... keliru kenapa? kerana aku tak biasa... ya, aku tak biasa dengan "sunyi" tu...

something happened in my life right now... dan "something" ini menambahkan lagi rasa keliru aku... dugaan kah? atau satu petunjuk? ataupun satu lagi musibah?

walau apapun sebenarnya, aku hanya mampu berdoa... dan berdoa... dan terus berdoa... berusaha untuk kebahagiaan aku... dan akhirnya tawakkal kepadaNya...





Pssttt: semoga keliru ku cepat berakhir...

Tuesday, November 30, 2010

Pengakhiran November Ku...

hari ni last day untuk bulan november... esok dah masuk bulan disember... then bulan depan dah masuk tahun 2011... kejapnya masa ni berlalu... apa yang aku dah buat sepanjang hari ni, bulan ni, dan tahun ni? rasanya baru sekejap peristiwa2 gembira, sedih pada tahun lepas tu tergambar dekat kotak fikiran aku ni... lalainya aku...

bulan 12? ye, aku menghitung hari... andai apa yang aku harapkan tercapai, aku akan rasa gembira pada tarikh tersebut... dan andai dia baca luahan aku ni, mungkin dia tahu tarikh yang aku maksudkan dan mungkin juga tak... tapi seandainya apa yang aku harapkan terjadi sebaliknya, itu sudah suratan dariNya... :(

Apa yang dah berlaku pada hidup aku kebelakangan ni ek? Something had happened! tapi aku sendiri tak sure... Ya Allah, ku mohon dijauhkan perasaan ini andai perasaan yang aku rasakan sekarang ni bukan yang terbaik untuk diri aku...

Bulan 12 menanti aku dengan projek2 erghhhh... hahaha... buat masa sekarang ni aku kena siapkan 3 projek serentak... tapi keutamaan aku pada 1 projek ni yang baru aku terima pengesahan dari user semalam...ketua aku dah plan kan untuk aku siapkan dalam masa 3 minggu, start minggu depan... 1 minggu untuk testing dengan user... semuanya sebulan di bulan 12 nanti... tahun depan kena go live untuk projek ni... hope aku dapat siapkan mengikut perancangan... bersemangat shida!


oh ye, patut ke aku buat satu folder khas untuk kerja2 projek aku ni sebagai "kenangan" bila aku melangkahkan kaki keluar dari company ni nanti? opsss! xleh blah btol dah simpan angan2 camni kan? hahaha... sabar shida, perlukan masa untuk capai semua yang diidamkan...

peace!!!

macam sempat je aku ni mengupdate blog kat office kan? padahal baru habis small discussion dengan ketua dan senior colleague aku pasal system kitorang yang seakan ada problem tempias dari peng'upgrade'an masa cuti deepavali tempoh hari... hari2 aku dapat call dari user maklumkan problem tu problem ni masalah tu masalah ni...

ah sudah, start membebel... ok la, see you all next month and next update!





Pssttt: dalam proses...

Monday, November 29, 2010

Calar?

sedih...

calar yang banyak sangat... huuu...





Pssttt: baru pagi ni perasan...

Sunday, November 28, 2010

Terima Kasih Kak Wan...

hihihi... "jom shida, kita gi kutip kerang, remis sabtu ni..."





semalam, aku join family kak wan dari office sebelah aku tu gi picnic kat jeram... aku kata aku akan follow kalau liza dengan kak ida join sekali sebab segan la kan, tu picnic family dia... paginya tengok phone xde apa2 mesej pun dari dia... so ingat tak jadi dah la... tapi dalam pukul 11 pagi gitu, kak wan telefon kata jadi...

oleh sebab dah janji camtu, aku pergilah... kak ida jemput aku pastu gi puncak alam... then dari sana naik kereta dengan liza, kereta kak ida tinggal je kat petronas... time tu dah kul 2 petang lebih gitu lah... kitorang sampai kat pantai dalam kul 3 petang dah...

nasib sampai sana, family kak wan dah siap2 masak ayam bakar... so kitorang makan lah sebab perut dah ras lapar sangat... on the way pergi tu pun kitorang dah menyinggah tepi jalan beli goreng pisang, tak tahan perut berbunyi... hihi... makan banyak...

after makan tu plak kak wan ajak aku, kak ida dengan liza pergi beli ikan dari peraih yang dia kenal... masuk2 kampung juga lah... memang confirm aku tak ingat jalan punya... kitorang sampai tu, kak wan beli macam2... udang besar, ikan, ketam... sempat juga kak wan belikan ikan untuk aku bawa balik... baik sungguh... pastu kitoang gi beli kerang... eh2, kak wan juga yang beli... kitorang ikut je... tapi ni kak wan belikan sebagai belanja untuk kitorang je... 3 kilo seorang... kak wan memang tak lokek, dia nampak remis banyak, dia belikan juga untuk kitorang... orang nak bagi, kita ambil jela kan... lagipun beli terus dari orang kampung lagi murah dari beli kat pasar... thanks la ye kak wan...

dalam pukul 5 lebih camtu baru kitorang balik ke tempat picnic semula... time tu dah tak panas... so bolehlah berjalan2 tepi pantai sambil tengok orang kutip kerang dengan remis...tapi tak lama sangat la sebab air dah pasng time tu... yang penting dapat snap beberapa keping gambar kenangan...



mari makan ais-krim... kembali ke zaman kanak2...




aku dengan liza...




aku dengan kak ida...




ni la kak wan...





Pssttt: teringat kenangan...


Saturday, November 27, 2010

Lagi Seronok Belajar Dari Bekerja...

bila tengah belajar, teringin nak kerja... tapi bila dah kerja ni, ternyata belajar lagi seronok... tapi apa boleh buat, masa tak dapat diputar semula... takkan nak belajar seumur hidup tanpa bekerja ye tak? haha...

actually perasaan ni datang semula sebab training yang aku hadiri siang tadi... company aku yang nominate my name dengan sorang lagi my colleague... tak pergi kena bagi sebab pula, leceh... so baik pergi je...

dalam hati berharap sangat training tu tak bosan... 8.30 pagi sampailah 5.30 petang... nasib makanan disediakan... alhamdulillah, jimat di situ... hehe... trainer kitorang tadi namanya shankar santhiram... memang trainer khas company aku... tak mengantuk pun aku sebab dia tak henti2 bercakap... macam2 aktiviti dia buat... tu yang terasa macam berada dalam kelas...

ok, sekarang aku rindu kelas dan bebudak ts... korang, rindu nak datang ke kelas... kadang2 bangun lambat, lambat la sampai ke kelas... siap ponteng pun ada... tapi semua tu dah lepas, takkan kembali ke saat itu lagi... just kenangan je yang ada...





Pssttt: manusia ni jarang bersyukur, sebab tu macam2 kerenah datangnya... shida, sila bermuhasabah diri...

Tuesday, November 23, 2010

Babai Alex...



"alex, babai... huhu..." kata aku dalam hati jela...

hehe... alex ni one of my colleagues... antara orang terawal beramah-mesra dengan aku yang aku rasa sangat sempoi kat department aku tu... tau jela kan... IT... ramai orang kata department penyenyap... huhu... tapi sebenarnya department yang busy sebab phone asyik berdering2... antara nak angkat ke tak jela bezanya... haha...

dah 3 bulan lebih aku join company ni, dia la yang selalu merayap ke meja aku... untuk makan kerepek2 yang aku bawa... sembang2... selalu pun kalau aku bawa apa2 kat office, mesti aku offer dia dulu... dia belasah je semua asal bukan asam... hikhik... kalau aku tak sempat offer, dia sendiri offer untuk diri dia... kelakar sangat...

tapi agak terkilan... sebab aku tak tahu pun dia nak blah dah dari company ni... dah tu last day di aku tengah bercuti... isnin ritu jela aku baru tau sebab baca emel yang dia hantar kat semua... punya terkejut aku ha... dah kurang lagi sorang dalam department... dahlah dia banyak pengalaman... senior la katakan...

agak2 korang berapa umur dia ek? aku tak pernah ambil tahu plak pasal tu... tapi yang aku tau dia dah lama dengan company aku ni... dah 12 tahun kalau tak silap... lama kan? ha, cuba lah teka umur dia... memang patut pun dia bertukar company baru... tak pun bersara je terus... eh2 memandai je aku kan?





Pssttt: lepas ni siapa la plak yang nak blah yek? huhu...

Sunday, November 21, 2010

Kami Terloncat-Loncat?

alhamdulillah... pertama sekali aku panjatkan syukur kepadaNya sebab aku dan family aku dah selamat sampai ke rumah kami petang tadi... bergerak dari kampung dalam kul 9 pagi...

keadaan aku amat tegang aku rasa sepanjang perjalanan tadi.. kenapa? sebab hidung aku ni... selesema... huuuuu... tambah lak perut kosong... kepala pun berdenyut2 la... then tambah lak kepala rasa panas gler, cam nak demam... aku dapat rasanya keadaan aku sangat stress... arghhh... actually pembawakan dari bengang aku malam tadi masa still kat rumah... kenapa bengang tu biarlah rahsia...

haha... my abah pandai wat lawak tadi... tengah muka aku duk tegang melawan denyut kepala and try fokus memandu, abah kata aku macam nak berlumba... sampai terloncat2 kereta... hahaha... mana tak nya, jalan bengkang-bengkok, lubang sana lubang sini... pastu kena jalan lurus sikit mula la 120++... belok kiri... belok kanan... naik bukit... turun bukit... pastu boleh plak xnak kereta lain potong aku kan... mana tak terloncat2 jadinya... tapi tu bukan kitorang je exercise meloncatkan kereta, yang lain pun sama... semua nak cepat sampai... tapi stress bertambah bila kat area raub dan highway karak agak berderet jam... penat gak la duk usyar kereta kiri kanan...

aishhh, hidung aku ni... sekarang ni pun tengah meleleh2 rasanya... tapi aku dah prepare sapu tangan untuk esok... rasa2 cam teruk, baru aku nak gi klinik... cuti pun dah banyak hari kan... tu yang badan jadi manja kejap... semua jenis penyakit nak datang la...





Pssttt: xleh lupa masa balik aritu, lalu jalan dabong yang berlubang2 tu, kedegang tayar kereta masuk dalam lubang dengan laju dan keadaan membrek tiba2... fuh semangat! semua terdiam seketika... cuba kawal perasaan walaupun jantung aku dup dup dup laju gler... terasa nak tukar driver time tu gak tapi hehe... relax la shida...

Monday, November 15, 2010

Dilema Emel Tak Berbalas...

16/11/2010 - ?
17/11/2010 - public holiday (Hari Raya Haji)
18/11/2010 - annual leave
19/11/2010 - unpaid leave

planning asal, after kerja esok, 16/11/2010 mahu gerak balik ke kampung aku kat jeli, kelantan... then tiba2 mama minta kalau boleh esok nak gerak siang, xnak aku drive malam dah... huhu... dahlah keesokannya dah raya...

dilema? yep! dah emel my boss 2 kali beb tanya aku leh ganti compulsory annual leave yang aku kerja selasa ritu ke tak dengan ambil cuti untuk esok... tapi tak reply agi! dari minggu lepas dah sekali, ni pagi tadi pun dah tanya... erggghhhhh!!! bila boss aku nak buka emel dia ni?

dalam kepala? balik nanti aku nak singgah panel klinik company ni... mahu minta mc... tapi alasan pe? memang la migrain still ada sisa baki kesakitan tapi macam tak seteruk masa hari cuti ritu... adoiii... tiba2 berdoa migrain aku teruk sekarang kan? supaya senang nak yakinkan doc tu... hahaha... wish me luck jela... hope berjaya...

kalau tak dapat mc? huhu... boleh tak aku andaikan my boss approve permintaan aku tu?





Pssttt: aku nak cuti gak sok!

Friday, November 12, 2010

Repair Je...

aku rasa berbelah bahagi plak nak bagi celcom repair modem broadband aku tu... siapa yang tak tahu apa da jadi, baca sini dulu... ke terminate je broadband aku yang sekarang ni dan amik yang baru... tapi kalau terminate, maknanya aku kena start bayar macam mula2 aku guna ritu la... haishhh, parak juga duitnya nanti keluar... lagipun macam rugi la sebab modem tu under waranty lagi...

pape pun, ni la keadaannya setelah modem ni mengalami kemalangan ngeri pada malam hari ritu... hahaha...


rasanya aku nak hantar je kot untuk repair... harapnya tak kena charge la... celcom please consider, tidak disengajakan...





Pssttt: nasib masih bernyawa walaupun dah bengkok...

Thursday, November 11, 2010

Mencari Keikhlasan...

pertanyaannya:
macam mana nak mencari keikhlasan untuk menerima seseorang kalau dalam hati dah ada penghuni?


andaiannya:
yang nak mencari keihlasan tu sebagai A...
yang seseorang sebagai B...
yang penghuni sebagai C...


situasinya:
B bercinta dengan A... B terasa bahagia ada A di sisi dia... then sampai satu ketika, A tiba2 berubah... B mula tertanya2 tapi tiada jawapan yang diterimanya... A diam dan terus diam...

B bergelut dengan perasaan dia sendiri...
"kenapa tu?"
"kenapa ni?"
"kenapa jadi begitu?"
"apa salah aku?"

then sampai satu ketika pula, timbul desas-desus kehadiran C dalam hidup A... so, B tanya A pasal tu...

(???)

A cuba untuk menerima B semula dalam hati dia... tapi A kata tak jumpa keikhlasan tu... kenapa B tanya...

(???)


persoalannya:
kenapa bukan A yang bercinta dengan B?





Pssttt: B bercinta dengan A memang untuk dikecewakan...

Tuesday, November 9, 2010

Sunyi Pun Tekanan...

ok... aku kat opis sekarang, sedang sibuk menyiapkan tugasan yang my chief bagi minggu lepas sebelum cuti... ditemani oleh my chief dan seorang daripada my colleague... masing2 busy dengan kerja masing2...






Pssttt: oh, sangat boring berkeadaan sunyi sepi seperti di padang pasir ini...

Monday, November 8, 2010

Macam Orang Tua Dah!

urat2 kat tangan dan kaki aku dah timbul2... cam bengkak pun ada... masuk angin? hahaha... macam orang tua dah! tapi yang sure, tu tanda aku tengah sakit, letih ataupun sebab aku sangat tension...

sakit? ye...
aku memang tengah sakit... demam... sakit kepala... migrain... sakit urat...

letih? pasti...
sebab aku kan tengah sakit...

tension? maybe...
sebab aku tak sure aku tension sebab apa kali ni... mungkin sebab yang sama ataupun dah datang satu lagi penyebab yang menambahkan lagi tension aku... walau apa pun sebab rasa tension aku ni, hope aku dapat hadapi dengan tabah...





Pssttt: aku tidak berbohong bila aku kata hati aku sangat terluka tika ini...

Saturday, November 6, 2010

Aku Diuji Lagi...

salam siapa yang membaca...

hari ni plan semuanya macam tak menjadi... actually plan nak kuar tengok wayang movie mastermind 3d dengan ima, amal dan arip... then tiba2 amal tak jadi disebabkan hal yang tidak dapat dielakkan... pastu ima pun ak jadi gak join sebab hal yang tak dapat dielakkan gak...

so tinggal aku dengan arip la ye? oh, tidak boleh begitu... aku tidak mahu menimbulkan masalah bagi sesiapa... so aku ajak adik2 aku si bear, epan, ayu dan seorang sepupu aku join sekali... awalnya dorang ok je...

tengahari tadi lepas aku dah bersiap, dorang cakap tak jadi la plak... malas tengok cerita kartun katanya... sebelumnya tu plak arip dah bagitau kedatangan dia bersama kawan perempuannya terpaksa dibatalkan sebab hal yang tak dapat dielakkan juga... huhu...

pagi tadi aku dah memang terasa kurang sihat, pening2 dah kepala aku ni... tapi sebab adik aku si ada yang berumur 4 tahun lebih tu dah bising nak mengikut aku, jadinya aku bawa la dia bersama2 adik aku ayuni... kiranya kami bertiga jela...

kitorang keluar dah 2 lebih time tu walaupun plan awal nak gerak pukul 2 petang... movie yang kami nak tengok pula pukul 2.45 petang... ditolak jalan yang tak berapa nak jam, kitorang sampai dalam 2.35 petang...cepat2 kitorang naik ke tingkat atas untuk beli tiket... nasib sempat...

sebelum masuk ke hall 6 yang memang dikhaskan untuk 3d tu, aku bawa adik ada aku ke toilet dulu untuk buang apa yang patut... my mama dah pesan supaya dia tak buat hal nanti masa tengah syok tengok movie... aku agak risau sebenarnya kot adik aku tu buat hal sampai nak kuar awal ke kan... rugi lah nanti sebab tiket kitorang dah habis rm48... nasiblah dia dapat stay dalam hall tu sampai habis cerita...

memandangkan adik aku tu dikira pendek lagi, macam kesian kat dia sebab kena memanjangkan kepala sedikit untuk tengok dengan jelas... dahlah kena pakai kaca mata 3d tu kan... kejap2 aku tanya dia nampak tak kartunnya, rasa pening ke tak... sebab aku memang dah terasa pening... perut pun dah memulas... dia pun dah mula tunjuk loya2 dengan cakap sakit perut dia tu... haishhh, agak bising jugalah kami walaupun hanya bertiga, perempuan pula semuanya... tapi aku cuba jadi kakak yang terbaik time tu... huhu...

habis je movie tu terus aku gi toilet... pening sangat... risau pula nak drive balik tapi aku gagah juga lah... memang kondisi badan terasa lemah sangat time tu... tambah lak dengan sejuk aircond hall tadi... alhamdulillah, kitorang selamat sampai ke rumah... terus aku melabuhkan diri depan my mama sebab aku dah tak larat sangat...

time tu juga adik aku si bear suh teman dia beli tiket kat putra sebab dia nak balik ke kuantan dah esok... aku suruh dia urut aku... kalau aku tak rasa bertambah sihat sikit, memang dia kena ajak kawan dia la teman... berusaha dia mengurut aku... haha...

memang terasa badan still tak ok, tapi sebab kesian kat adik aku yang jarang balik tu, aku gagah juga lah membawa dia ke putra... tapi sebagai backup, aku ajak my mama sekali... kot la aku dah gila2 tak larat nak drive, my mama boleh gantikan sebab mama je ada lesen... tapi nak suruh mama je yang pergi terasa kesian pula...

rasa nak menangis drive dalam keadaan badan aku yang sakit sangat, urat terasa berdenyut2, kepala pening, tambah lak hujan renyai2... lagi tambah pening... tapi untuk mengelakkan perkara yang tak diingini berlaku, agak perlahan la pergerakan kami... nasib family aku memahami... dan tadi aku terasa perjalanan kami sangat lama sekali...

cuaca sejuk menambahkan gelodak dalam perut aku ni, terasa nak muntah... dahlah perut ni kosong tanpa berisi apa2 hari ni... sangat tak ada selera...






Pssttt: skang ni tunggu masa nak ke toilet saja dan keluar dengan keadaan yang longlai... huhu...

Thursday, November 4, 2010

Saman Pertama Aku...

4 november 2010...

huhu... sepanjang 22 tahun aku hidup di atas muka bumi ni, hari ni hari bersejarah aku kerana berjaya mendapatkan saman pertama... masa study kat ukm dulu pun tak berjaya dapatkan saman, tapi dah habis ni baru berjaya...


actually saman ni aku dapat tanpa sengaja aku gatal2 nak suh polis perbandaran tu saman... atas kesalahan tidak mempamerkan tiket parking kereta di cermin... aik? bilamasa plak ada tiang2 masuk duit untuk parking kat kawasan tu? serius tak nampak! setahu aku dan sepanjang aku pergi kawasan tu dengan my abah sebelum ni, tak pernah terjadi pun... even tak pernah nampak pun ada polis yang menyaman secara beramai2 macam tadi... rm100 wei kena bayar... hehe... tapi of course la tak bayar lagi kan, duit mana ada ma...

niat pergi ke situ punya lah baik kan, buka akaun tabung haji... alhamdulillah, kali ketiga aku ke bank islam tu, akhirnya baru hari ni berjaya mendaftarkan diri sebagai ahli tabung haji... jangan tanya kenapa kedatangan aku yang dua kali tu tak berjaya... huhu...

yang paling bengang dengan saman yang aku dapat tu semestinya my mama... gila bengang mama aku sebab tak puas hati... memang sebelum ni tak pernah nampak ada polis yang suka round2 menyaman kereta2 yang parking kat situ...

aku? aku macam tak tahu apa perasaan time tu... bengang tu memang la ada sebab nilai nak bayar untuk parking yang beberapa ringgit tu digantikan dengan ratusan ringgit saman... tapi terasa gak bangga sebab rupanya aku dah berjaya menjadi pemandu yang normal macam orang lain... tak lepas dari saman... hahaha... sah aku mereng!

apa2 pun benda dah jadi bubur... nak merayu kat dorang yang menyaman tu pun xtau yang mana satu penyamannya... ramai sangat... kereta yang disaman pun banyak... silap2 lagi dorang up saman, mampus aku nak membayar nanti... kena bayar dalam tempoh 2 minggu dari tarikh saman... insyaallah simpan rm10 sehari dapatlah gi bayar yek? abah, silalah bermurah hati membantu anakmu ini... aminnn...



on da way balik dari buat akaun tabung haji dan layan bengang my mama, kitorang singgah isi minyak... pastu my mama belanja ais krim sebab katanya nak bagi cool kepala dari kebengangan tersebut... hihi...

pastu kitorang gi lunch kat sungai buloh... aku, mama dengan adik bongsu aku je... xpe, mama yang belanja... aku on jela...

lepas tu kitorang gi kota damansara, tetiba terasa nak gi tukar ic aku yang dah jadi macam apa ntah... lagi 2 minggu gak bolehlah gi ambil yang baru... agak frust sebab aku tak mekap2 pun muka masa kuar tadi sebab plannya nak gi wat tabung haji je kan... xpela, terima seadanya...





Pssttt: petangnya pula, kitorang keluar lagi, khas untuk my wugie punya hal... then gi makan kat kampung melayu.

Wednesday, November 3, 2010

Aku Cuba...

korang, aku cuba nak create suasana ceria kat blog aku ni... tapi terasa macam ada wrong somewhere jek... xtau mana idea2 aku pergi...

Kena Kerja 9 November...

ok, my ketua dah balik dari mc dua hari...
dan dia dah bagi tugasan sempena cuti deepavali ni...
haha!







Pssttt: nasib kena datang selasa je, bukannya isnin... hehe...

Esok Aku Cuti...



hari ni terasa tiada mood untuk concentrate pada kerja
sebabnya



esok cuti!

Tuesday, November 2, 2010

Giliran Aku Pula Kerja Pada Hari Cuti...



waaa... tak sukanya... aku kena kerja time compulsory leave company... suppose compulsory leave sempena deepavali ialah 4, 8 dan 9 november ni... 5 november kan public holiday... kalau kira weekend sekali adalah 6 hari cuti... banyak kan?


tapi sekarang dah agak sedih sebab kena bekerja pada 8 november atau 9 november atau dua2 hari tu sekali... huuu... dah tinggal 4 hari je cuti... :(






rupanya sedih juga bekerja dalam bidang IT ni... company boleh shutdown duty tapi server dengan sistem tak boleh... time cuti ni la nak upgrade tu la ini la... check tu la ini la... test tu la ini la... hukhuk...

apa2 pun, aku still berharap pada satu hal tu berlaku dalam tempoh 4 hari cuti aku nanti...






"dia, orang harap dia paham maksud orang ni..."





Pssttt: nasib belum buat planning apa2 lagi...

Monday, November 1, 2010

Aku Akan Terus Berdiam...




aku akan terus berdiam
andai itu yang kau mahukan



aku akan terus berdiam
andai itu yang kau harapkan



aku akan terus berdiam
andai itu yang kau gembirakan



aku akan terus berdiam
andai itu yang kau maksudkan



aku akan terus berdiam
andai itu yang kau inginkan



aku akan terus berdiam
andai itu yang kau impikan



aku akan terus berdiam
andai itu yang kau simpulkan



aku akan terus berdiam
andai itu yang kau lengahkan



aku akan terus berdiam
andai itu yang kau dalihkan



aku akan terus berdiam
andai itu yang kau senyumkan






Pssttt: pengubat diam ku ini hanyalah kamu...

Aku Kecewa Lagi...



pagi ni aku kecewa lagi


kerana
satu lagi kebenaran telah aku ketahui



aku kecewa dengan orang yang hanya pandai berjanji tapi tak kotakan...
aku kecewa kerana orang yang berjanji itu sama jenis denganku...
aku kecewa kerana aku telah percaya dengan kebaikan kau...
aku kecewa kerana kau telah aku anggap sebagai kawan...
aku kecewa kerana kau menyalahgunakan maksud sebenar "kawan" itu...
aku kecewa kerana kau telah mengambil kesempatan atas kelemahan dan kekuranganku...





for that, aku tak maafkan orang yang telah berjanji tu...





Pssttt: mungkin aku kejam, tapi kau lagi kejam...

Saturday, October 30, 2010

Bergembira Bersama Keluarga HR...



pagi2 lagi aku dah terjaga... aku tengok kat tingkap hujan tengah lebat... after solat pun still xde tanda nak reda... aishhh, jadi ke tak dorang ni dengan plan dorang tu... tak jadi pun aku tak kesah tapi kesah la juga sebab dah bagi rm10 untuk bahagian aku join program family bagi HR department... huhu... rm10 pun berkira ke? mesti...


8.45 pagi aku dah sampai kat caltex depan kawasan perumahan aku... ditemani my mama after bawa mama pergi beli sarapan pagi... lagipun mama kea bawa balik my wugie sebab aku tumpang kereta member je...

9.20 pagi baru aku nampak kelibat dorang2 tu masuk ke caltex berderet2 3 buah kereta... aku pun naik la kat salah satu dari kereta tu... naik kembara menemani 2 orang anak dara yang lain... yang lain sudah berfamili... segan plak rasanya... kitorang pun meneruskan perjalanan ke detinasi yang hendak dituju...

kitorang sampai ke ulu yam xtau la pukul berapa... eh, ke ulu yam ke kitorang pergi tu? hahaha... baru nak bagitau kan? aah, dorang plan picnic ke ulu yam... kehadiran aku macam menyerikan keadaan la...

sampai2 je terus mengangkut semua barang2 and kitorang turun ke pondok yang telah kak wan tempah... apa lagi, teruslah buat apa yang sepatutnya...

tengah duk buat persiapan, datang la lagi keluarga2 yang lain... tiba2 rasa mengganggu pula program mereka... tapi aku cuba tak merasa rendah diri sangat sebab dorang sangat sempoi... tambah lak ada geng, si zaliza from SHE department... kitorang ni dah jadi keluarga angkat la gitu ha...

dah puas baham2 kerang bakar, ayam bakar, ikan bakar, bihun, sandwich... terasa nak berendam jadi badak dalam air la kan... tunggu la aku dengan liza untuk sesiapa merasmikan acara masuk dalam air... dalam kul 12 gitu la baru kitorang memasukkan diri kitorang ni dalam air... weee... sejuk...



(gambar akan diupdate kemudian)



dah puas bermain air, kitorang pun bergerak balik... eh tak... kitorang menuju ke arah subang... singgah bermain boling 1 game kat mana entah... tapi dalam kawasan golf... aku dah berkira2 sebab time tu duit rasanya ada rm30 jek dalam dompet... nasiblah dorang nak main 1 game je... hihi...





Pssttt: malamnya aku bawa my family makan2 di aiman seafood yang terletak di kampung melayu...huhu... maybe akan ada entri pasal ni... next time ok...




Friday, October 29, 2010

Kemalangan Telahpun Berlaku Pada "Mereka"...



waaa... broadband aku bengkok! my lappy tertiarap! dorang telah mengalami kemalangan yang tidak disengajakan pada pagi2 buta tadi...


camni ceritanya...

kitorang tengah tidur... my mama, 2 orang adik aku telah mengecilkan badan mereka untuk tidur bersama aku malam tadi... biasa pun selalu gak macam tu... tapi entah kenapa pagi tadi tanpa diduga aku terjaga sebab dengar bunyi macam benda jatuh... dah macam bunyi kut bunyinya... aku fikir adik aku si ada tu yang jatuh sebab dia dah banyak kali jatuh katil bila tidur dengan kakak dia si ayuni tu...

terjagalah aku ni, terus bangun! "aik, si intan ni ada je atas katil... habis apa yang jatuh?"

wuuu... dalam kesamaran gelap2 pagi kul 2 lebih tu, aku nampak my mama tengah angkat my lappy yang tertiarap atas lantai... aku tergamam dah... dalam hati, "habislah lappy aku ni... dah la usang, terhempas plak..." tapi muka aku budget relax sambil bangun buka lampu dan tengok apa yang jadi... muka agak tegang bila mama pegang broadband aku... erk! bengkok!

my mama macam selalu, kalau dah nampak muka straight aku confirm agak gelabah... boleh nampak dari raut wajah mama kesayanganku tu... terus keluar dari bilik aku, bawa sekali si kecil alya...

"arghhh... cepat2 try on lappy..." aku cakap dalam hati jela... dah la nak on lappy tu pun ada caranya... pen... garfu... semua ada dalam bilik aku tu untuk buat prosedur menghidupkan my lappy...

alhamdulillah, hidup lagi lappy tu walaupun mengalami hentakan yang amat kuat tanpa bantuan daya serapan seperti carpet ke... tilam ke... hanya lantai simen yang berlapik tikar getah... huuu... nak ketawa pun ada tengok broadband aku tu... bengkok... tapi try la cucuk pada my lappy... sekali lagi alhamdulillah still dapat detect ke"broadband"an tu...

hehe... pagi tadi aku bagitau my mama yang broadband kena hantar kedai kot... bengkok xleh nak betulkan... hihi... my mama pun kata esok pergi sama2 tengok camne... gelak2 aku dengan ayuni dengar cerita my mama yang gelisah lepas keluar dari bilik aku pagi tadi... risau aku marah katanya... tambah lak pagi tadi masa bersiap aku senyap je, tak bersembang dengan my mama yang tengah memasak untuk bekal aku... actually tak tahu pun apa yang mama bekalkan untuk aku ni... lunch nanti baru tau... hihi...

aku tak marah pun dengan my mama, memang tak sengaja la kot tersepak meja tu sampai terbalik harta pusaka yang banyak berjasa sepanjang aku study 3 tahun kat ukm... tak apa mama, benda dah jadi... pasal broadband tu jela maybe ada masalah sikit... nanti akan diselesaikan...

tak sempat nak snap gambar broadband aku yang telah bengkok itu... nantilah, di lain entri...





Pssttt: goodluck again to him for today's paper... sorry menyemakkan inbox dengan my message yang merepek je pagi2 buta tadi...


Thursday, October 28, 2010

Sakit Dan Rasa Malas Teramat...



hari ni dah masuk hari ketiga gastrik aku ni... semalam pergi klinik, doktor bagi ubat je... siap pesan aku makan on time... doktor tu ingat aku diet apa? xde masa nak diet sekarang ni... makan je cuma selera tu kadang2 xde... nak buat camne kan?


my colleague suruh minta mc je ha... tapi aishhh, berat plak rasanya... dah la aku ni baru kerja, belum confirm lagi... dah macam2 nanti bos aku fikir... " belum confirm dah ada banyak masalah kedatangan..." aku rasa la bos aku akan fikir camtu...

tambah lak hari tu aku dah minta satu hari unpaid leave sebab nak balik kampung raya haji ni... bukan saja2 ok... company ni yang bagi cuti sehari je untuk raya haji, mana cukup... siapa yang kampung memang stay area sini xpela...

adoiii... nak buat kerja pun tak senang dengan sakit camni... rasa macam nak gi jumpa doktor tu sekali lagi dan minta mc... tapi tak boleh... task skang belum settle, dah datang task baru... pening2... user yang request plak hanya tahu benda tu nak siap cepat... bukan nak faham aku ni budak baru la wei kat company ni...

sekarang baru aku tahu pentingnya documentation untuk sesuatu projek... sebab... bila aku dah kena sambung projek dari previous staff yang dah resigned, ha... terkapai2 aku nak faham... dah ambil masa untuk faham benda tu... tu satu hal... tiba2 dah jalan kerja tu cantik je ada plak timbul masalah... aku rasa macam senang je sebenarnya kalau dapat cari sebab kenapa jadi masalah tu, tapi aku tak dapat cari kat celah mana orang tu sorok benda tu... bengang kot...

haha... hari ni aku tak buka lagi projek aku tu... sebab utama, mood belum ada... second, ketua aku macam tak datang je hari ni... third, macam dah tahu je aku takkan jumpa walaupun dah cuba ikut 'treasure hunt' projek ni satu persatu... actually, aku mengharapkan orang tu akan bermurah hati memberitahu kitorang mana dia sorok benda tersembunyi tu... hehe... agak2 ada harapan tak?





Pssttt: hari ni dia ada 2nd paper untuk final exam... wish him goodluck...


Monday, October 25, 2010

Bukan Niatku Bertindak Begitu...

aku tak faham la...

nampak baik luaran tapi dalaman? huh! ada udang di sebalik batu! huhu... itulah manusia... suka mengambil kesempatan atas permasalahan orang lain untuk kepentingan sendiri...

boleh aku anggap dalam situasi yang berlaku terhadap diri aku sekarang, aku adalah mangsanya?

apa2 pun, bukan niat aku nak sakitkan hati sesiapa... dan begitu juga sebaliknya... tolonglah jangan sakitkan hati aku yang dah sedia sakit ni... setiap tindakanku hanyalah kerana untuk mempertahankan...





Pssttt: wahai pengubat hatiku, yakinlah padaku...

Sunday, October 24, 2010

Mekaseh Korang...



23/10/2010...
8 am - 12 am

thanks to ima & amal...

thanks untuk masa yang korang spend untuk aku... walaupun kejap je tapi sekurang2nya kurang rasa lonely kat hati aku ni... hope kita boleh spend masa lagi lain hari...

berjaya juga rasa mbo cinema kat manjalara tu... best2... rasa nak pergi lagi lain kali...





to amal, good luck tomorrow punya interview... kalau kau dapat, boleh spend masa lagi dengan kau...






to ima, good luck juga dengan interview kau... hati2 dating hari ini ye... kesian kau ketiduran dalam panggung walaupun orang lain tengah syok gelak sakan... ngeh2...






thanks gurlz...






Pssttt: tertanya2 apa khabar dia sekarang...